Bismillah,
Ramai antara kita tidak mengetahui bahawa penyaki asthma sebenarnya boleh
dikawal hanya dengan pengambilan beberapa jenis suplimen berasaskan natural.Maksud kami adalah bahan-bahan yang selamat diambil dalam jangka panjang
dan tidak membawa kesan sampingan yang buruk berbanding dengan ubat asthma yang diambil selama ini.
Apapun masih belum terlewat untuk pesakit asthma mengurangkan pergantungan
ubat tersebut dengan memilih untuk mengamalkan beberapa tips ini yang diambil
dari kajian-kajian yang diiktiraf dunia.
Berikut adalah kajian-kajian yang pernah dijalankan bersama keputusan yang
memberangsangkan.
1) Curcumin(komponen aktif kunyit)
Kajian menunjukkan bahawa salah satu komponen aktif dalam kunyit iaitu
curcumin, menghalang tindak balas alergi.
Penyelidikan lain menunjukkan bahawa curcumin berfungsi dengan mencegah
atau memodulasi keradangan dan tekanan oksidatif pada saluran penafasan.
Dalam satu kajian 77 pesakit dengan asthma bronkus ringan hingga sederhana
secara rawak dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima rawatan
asthma standard manakala kumpulan lain menerima terapi standard ditambah 500 mg
sehari curcumin.
Selepas 30 hari penyelidik membuat kesimpulan bahawa curcumin dengan ketara
membantu meningkatkan halangan saluran pernafasan dan mencadangkan bahawa
curcumin berkesan dan selamat sebagai terapi untuk rawatan asma bronkial.(1)
2) Magnesium Sulfate
Penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti Brown menguji pengambilan
magnesium pada pesakit pediatrik dengan asthma yang sederhana dan kronik.
Tiga puluh pesakit secara rawak dberi samada 40 mg / kg magnesium sulfate
atau larutan garam. Hanya dua puluh minit kemudian kumpulan magnesium
menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam fungsi paru-paru jangka pendek.
Mengambil magnesium secara oral juga berkesan untuk mengawal asma.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam Journal of Asthma 55 pesakit secara
rawak diberi 340 mg (170 mg dua kali sehari) magnesium atau plasebo. Selepas
enam setengah bulan, kumpulan magnesium mendapati reaktiviti bronkus yang lebih
baik, dan langkah subjektif yang lebih baik terhadap kawalan asma dan kualiti
hidup.
Dalam satu lagi kajian dari Brazil, 37 pesakit menerima fluticasone dihidu
(nama jenama Flonase) dua kali sehari dan ubat asthma salbutamol.Sebahagian
dari peserta kumpulan mengambil 300 mg sehari magnesium.
Selepas dua bulan reaktiviti bronkus meningkat dengan ketara dalam kumpulan
magnesium sahaja. Kumpulan magnesium juga didapati kurang diserang asthma dan
pengurangan yang ketara pengambilan ubat asma salbutamol berbanding dengan
kumpulan plasebo.(2)
3) Vitamin D
Asthma dikaitkan dengan tahap vitamin D yang rendah. Dalam kajian 483
pesakit asma berusia dibawah 15 tahun dan 483 kawalan yang dipadankan, para
penyelidik mendapati bahawa kekurangan vitamin D adalah lebih tinggi pada
pesakit asma.(3,4,5)
Kajian terhadap vitamin D mendapati vitamin D dan kekurangannya mempunyai
beberapa kesan dalam tubuh yang boleh menjejaskan perkembangan dan serangan
astma.
Penyelidik menyimpulkan bahawa vitamin D boleh meningkatkan fungsi paru-paru
dan tindak balas terhadap steroid, dan mengurangkan pembentukan semula pada
saluran penafasan.(3,4,5)
Dalam satu lagi kajian double blind, perbandingan komparatif, 140 pesakit
menerima rawatan standard untuk asthma manakala separuh daripadanya diberikan
1000 mg sehari vitamin D3. Selepas enam bulan penyelidik mendapati bahawa
vitamin D3 ketara meningkatkan kualiti hidup untuk pesakit asma.(3,4,5)
4) Vitamin B6
Kajian double blind daripada 76 kanak-kanak asma yang diberi 200 mg harian
vitamin B6 (pyridoxine). Selepas lima bulan penyelidik mendapati vitamin B6
membawa peningkatan yang ketara dalam gejala asthma dan pengurangan dalam dos
bronkodilator dan kortison.(6)
Semoga bermanfaat
Sumber rujukan:
1)Evaluation of Efficacy of Curcumin as an Add-on therapy in Patients of
Bronchial Asthma.
2) Oral magnesium supplementation in asthmatic children: a double-blind
randomized placebo-controlled trial.
3) Is high prevalence of vitamin D deficiency evidence for asthma and
allergy risks?
4)The immunobiological and clinical role of vitamin D in obstructive lung
diseases
5)Effectiveness of vitamin D3 in severe persistent asthmatic patients: A
double blind, randomized, clinical study.
6)Pyridoxine treatment of childhood bronchial asthma.
0 ulasan:
Catat Ulasan