Isnin, 8 September 2014

Memahami Istilah Bahasa Keputusan Papsmear

Bismillah,

Seperti yang kita sedia ketahui,beberapa jenis virus HPV hadir dalam 99.7 peratus kes kanser serviks. Walau bagaimanapun, tidak semua jangkitan HPV berkesudahan dengan kanser pangkal rahim.Terdapat banyak kes-kes HPV yang hilang dengan sendiri selepas 2-3 tahun berada di-kawasan sel serviks.

Lazimnya,ramai wanita tidak menyedari mereka telah di- jangkiti HPV sehingga menerima keputusan hasil dari saringan Pap smear yang tidak normal.

Sehingga artikel ini di-tulis,ujian lumuran pap atau papsmear yang dilakukan ramai wanita sebagai sebahagian daripada ujian berkala adalah antara satu-satunya ujian pengesanan awal yang terbaik bagi mencegah kanser serviks.



Namun masalah lain pula timbul, apabila semakin bertambah ramai wanita yang saya andaikan berperasaan sedih,keliru serta stress apabila diberitahu tentang keputusan ujian yang telah dilakukan terdapat sel abnormal.Ada juga di juga antara mereka yang langsung emailkan slip keputusan papsmear yang baru didapati mereka kepada saya, untuk meminta nasihat kedua(2nd opinion).

Semoga sedikit pencerahan ini bermanfaat menghilangkan perasaan keliru disebabkan ramai wanita yang tidak memahami istilah bahasa atau “science jargon” yang di-tulis oleh doktor pakar di-dalam slip keputusan papsmear.

Berikut adalah beberapa istilah yang biasa di-gunapakai oleh doktor pakar dan apa sebenarnya yang di-maksudkan:

Atypical Squamous Cell

Ianya membawa maksud bahawa sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear yang besar kemungkinan disebabkan oleh jangkitan. Sel-sel ini juga mungkin boleh berkembang menjadi kanser.

Dysplasia


Membawa maksud sel abnormal mungkin kelihatan semasa Pap smear. Dysplasia bukannya kanser namun tetapi terdapat risiko kecil ianya berkembang,walaupun tidak semestinya menjadi kanser serviks.

Jenis-jenis Dysplasia


Squamous Intraepithelial Lesion.(SIL)

Ini bermakna sel berbentuk leper dan nipis di permukaan luar serviks dikesan tidak normal. Seperti dysplasia, SIL terutamanya yang agak parah mungkin boleh berkembang menjadi kanser serviks peringkat awal.

Cervical Intraepithelial Neoplasia.(CIN)

Ini bermakna terdapat pertumbuhan yang tidak normal pada serviks. Perubahan tidak normal ini hanya berlaku pada permukaan paling luar serviks.

Carcinoma in situ (CIS)


Bermaksud ianya bukan kanser serviks dan merupakan salah satu bentuk SIL yang mengisyarakan sel yang berkemungkinan boleh berkembang menjadi kanser.Ianya terhad pada permukaan serviks dan belum masuk ke lapisan yang dalam.

Sekali lagi saya nasihatkan,papsmear adalah kaedah pengesanan awal dan terdapat beberapa lagi ujian dan penyiasatan perlu dilakukan oleh doktor pakar seperti copolscopi,biopsi dan lain-lain, bagi memastikan ianya adalah benar-benar sel kanser yang boleh mengakibatkan kanser serviks. Dari itu,memahami serba sedikit istilah dalam keputusan mungkin boleh membantu mengurangkan kekeliruan dan ketidakstabilan emosi.
Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑