Saya
perhatikan agak ramai juga dalam masyarakat Malaysia yang masih mengambil
makanan tambahan suplemen Ginkgo Biloba
dengan harapan agar dapat "merangsang ingatan " atau mungkin mengelak
dari penyakit dementia.
Human
Psychopharmacology ,sebuah jurnal penerbitan
antarabangsa yang berkualiti dalam
menerbitkan penyelidikan,uji kaji klinikal untuk ubat-ubatan psychotropic ,telah
menerbitkan hasil uji kaji klinikal terhadap
gingko biloba dan telah melaporkan dalam
keluaran November 2012
Sebelum
itu maafkan saya seandainya berita ini mengecewakan ramai pihak namun suka atau
tidak “ the truth is the truth” .Hasil dari kajian yang telah dilakukan
mendapati gingko tidak memberi sedikit pun reaksi atau manfaat kepada klaim yang selalu kita dengar dari penjual
produk.Ini amat mengecewakan disebabkan ramai dikalangan masyarakat dunia yang telah
mengantunkan harapan terakhir mereka kepada suplemen gingko, lebih-lebih lagi
bagi ramai pesakit warga emas dan anak-anak mereka.
Dalam
meta analisis gingko biloba sebagai penggalak kognitif , penyelidik mendapati ginkgo tidak mempunyai
kesan positif terhadap fungsi kognitif .Begitu juga dementia yang didapati tidak berkesan dalam mengurangkan dementia
dan juga alzheimer..
Kini
teka teki gingko biloba telah terjawab setelah sekian lama ,namun jika masih
ada yang ingin menggunakan ginkgo untuk meningkatkan keupayaan mental atau menghalang dementia ,nasihat saya adalah
lebih baik dijimatkan wang tersebut untuk perkara lain yang lebih mendesak. Yang
pasti gingko biloba telah dibuktikan tidak berupaya meningkatkan keupayaan
mental atau dementia cuma yang akan meningkat kelak ialah akaun bank orang yang menjualnya.
Semoga
Bermanfaat
0 ulasan:
Catat Ulasan