Kehidupan
seharian didalam sebuah negara yang sedang membangun,dengan gaya hidup yang semakin
sibuk dan pantas telah membuatkan ramai,terutama sekali wanita mula
mementingkan pengambilan vitamin,atau lebih dikenali sebagai makanan tambahan
atau suplemen.Sebahagian daripada mereka menjadikannya sebagai satu keperluan
dan mesti diambil setiap hari.
Saya
tidak nafikan vitamin A, B, D, E dan K semua mampu memberi nutrien tambahan
kepada tubuh.Ianya juga tidak membahayakan dan memberi kesan buruk kepada tubuh
selagi diambil mengikut jumlah dan keperluan yang betul.
Secara
luarannya, mungkin pengambilan pil makanan tambahan ini dapat membantu menambah
nutrien serta mengurangkan simptom membabitkan masalah kesihatan. Namun tetapi
jika tubuh kita sudah cukup segala vitamin yang diperlukan adakah kita perlu
menambah lagi?
Adakah
ia sebenarnya selamat diambil setiap hari?
Pengambilan
suplemen yang banyak terdapat di pasaran boleh memudaratkan diri jika diambil
secara keterlaluan dan membuta tuli.
Realitinya,“Vitamin
A, D, E dan K yang kita harap memberi nutrient tambahan sebenarnya perlu
dikawal pengambilan disebabkan ianya larut lemak, di mana ia akan terus
berkumpul dalam tubuh dan apabila dihimpun dan dikumpul boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan
seperti gangguan saraf, buah pinggang, sakit kepala, tekanan darah tinggi,
sembelit atau cirit-birit.Lebih bahaya lagi jika vitamin berlebihan yang
diambil oleh wanita hamil,anak dalam kandungan mungkin berisiko cacat menurut
laporan jurnal sains.
Sebenarnya
hidangan biasa yang dimakan setiap hari pun sudah cukup mengandungi pelbagai nutrient.Pengambilan
suplemen secara berlebihan hanya memudaratkan dan memberi kesan sampingan
kepada sistem tubuh.
Walaubagaimanapun
masih terdapat beberapa kebaikan pengambilan suplemen hanya untuk kes-kes
tertentu.Umpamanya,bagi kes-kes wanita yang mula menunjukkan tanda-tanda
menopaus.Pengambilan suplemen berasaskan estrogen tumbuh-tubuhan amat
digalakkan bagi membantu untuk mengurangkan simptom,kesan perubahan diri dan
murung yang bakal dialami sebelum menopaus.
Bagi
wanita yang terdedah kepada masalah kurang zat besi dalam tubuh dan keadaan
akan lebih buruk apabila mereka mengalami pendarahan haid yang
banyak.Pengambilan suplemen yang tinggi kandungan zat besi boleh membantu.Biasanya
pakar hanya mengesyorkan pengambilan dalam jumlah kecil untuk mengantikan
nutrien yang tidak mencukupi.Sementara bukti kajian mendapati pengambilan berlebihan
vitamin C tidak memudaratkan disebabkan lebihannya boleh disalurkan menerusi
sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh.
Apa
yang membimbangkan,kini telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan, ribuan pakar
suplemen yang giat menutupi ruang-ruang media sosial dengan promosi suplemen
sebagai rawatan kepada 1001 macam penyakit.Yang pasti kumpulan ini hanya
menjalankan aktiviti yang telah diatur oleh ibupejabat syarikat (HQ) yang
berteraskan industri dan gimik pemasaran pelbagai tingkat (MLM).Tujuanya tidak
lain semata-mata untuk meraih keuntungan atas kebimbangan dan sikap masyarakat
yang mula mengambil berat mengenai tahap kesihatan.
Apa
yang lebih utama adalah memberi perhatian dalam penjagaan kesihatan secara
normal seperti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam dan menjalani rawatan
berkala di klinik atau hospital.
Secara
jujur,setiap wanita perlu sedar dan memahami keperluan tubuh mereka sendiri.
Diet yang seimbang disusuli senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu serta
menjauhkan perkara yang memudaratkan seperti merokok dan minuman keras sudah
cukup untuk kesihatan yang baik daripada suplemen yang kadangkala tidak
diperlukan oleh tubuh.
Semoga
Bermanfaat
0 ulasan:
Catat Ulasan