Selasa, 11 November 2014

Hormon Tidak Seimbang 2 - Penyakit,Punca Dan Xenoestrogen

xenoestrogen
Bismillah,

Akhir-akhir ini saya juga menerima banyak soalan-soalan yang hampir sama tentang masalah haid,endometriosis,ketidaksuburan, dan saya dapati kebanyakkan mereka yang bertanya,mungkin tidak  menyedari terdapat ciri-ciri yang sinonim dan boleh dikaitkan secara langsung kepada dominasi hormon estrogen atau sebutan melayu yang lebih mudah untuk di sebut iaitu estrogen berlebihan.

Secara jujur,kita tidak boleh menyalahkan estrogen seratus peratus atas segala punca kepada berbagai penyakit.Realitinya tanpa hormon estrogen manusia mungkin sudah lama pupus dari muka bumi ini.Perumpamaan yang paling mudah untuk kita faham adalah estrogen ini umpama nafas bagi wanita tanpa nafas tidak mungkin wanita boleh hidup.

Sebenarnya,estrogen mempunyai banyak sifat-sifat yang bermanfaat dan bertanggung jawab keatas banyak faedah kepada wanita, dari kulit yang licin sehingga kitaran haid Masalah timbul apabila nisbah dua hormon yang dominan untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang.Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga yang baru sahaja tahu mengenai punca ketidakseimbangan ini.Apapun saya akan beri penerangan lebih jelas lagi tentang puncanya di akhir artikel ini.

Namun apa yang merisaukan saya adalah sikap sesetengah wanita, kerana selalu alpa tentang faktor keseimbangan dalam setiap perkara yang dilakukan.Begitu juga hormon estrogen yang sepatutnya menjadi teman baik yang begitu akrab dan banyak menghulurkan bantuan,kini bertukar watak,menjadi ganas dan tidak berperikemanusiaan apabila hormon estrogen kini boleh dianggap sebagai ibu kepada segala penyakit yang dialami oleh wanita masakini.

Berikut adalah senarai panjang jenis-jenis penyakit yang boleh dikaitkan dengan estrogen berlebihan. Jangan terkejut kalau dapati diri anda berada dalam salah satu tanda tersebut ye….

  • Proses penuaan lebih cepat
  • Alahan, termasuk asma, gatal-gatal, ruam, lelah dan sinus
  • Gangguan autoimun seperti lupus dan erythematosis tiroiditis, dan mungkin penyakit Sjoegren ini
  • Kanser payudara
  • Payu dara kendur
  • Displasia serviks
  • Tangan dan kaki sejuk sebagai gejala disfungsi tiroid
  • Kelebihan tembaga
  • Nafsu seks menurun
  • Kemurungan
  • Mata yang kering
  • Permulaan awal haid
  • Endometrium (rahim) kanser
  • Penambahan lemak, terutama di sekitar perut, pinggang dan paha
  • Kelelahan
  • Payudara fibrocystic
  • Pemikiran Berserabut
  • Penyakit pundi hempedu
  • Keguguran rambut
  • Sakit Kepala
  • Hipoglisemia
  • Peningkatan pembekuan darah (meningkatkan risiko strok)
  • Ketidaksuburan
  • Haid yang tidak teratur
  • Sifat cepat marah
  • Susah tidur (Insomnia)
  • Kekurangan magnesium
  • Kehilangan ingatan
  • Perubahan hati
  • Osteoporosis
  • Ovari polikistik
  • Premenopaus kehilangan tulang
  • Sindrom pra haid
  • Proses metabolisma terganggu
  • Disfungsi tiroid meniru hipotiroidisme
  • Kanser rahim
  • Fibroid
  • Gemuk air, kembung
  • Kekurangan zink
Antara penyakit atau masalah yang paling banyak dilaporkan dan dianggap berkait rapat dengan atau dipengaruhi oleh estrogen yang berlebihan dan kekurangan progesteron wanita adalah:
  • Penambahan berat badan
  • Kerintangan insulin
  • Penyakit payudara fibrocystic
  • Sindrom pra haid
  • Migrain
  • Gangguan haid-tidak teratur dan pendarahan banyak
  • Endometriosis, gangguan tisu rahim, yang membantu dengan menggunakan penghalang estrogen
  • Fibroid, tanda kapasiti proliferatif lebih dari rahim, yang mungkin tidak seimbang dengan progesteron yang mencukupi
  • Cyst ovari
  • Kanser payudara
Antara punca-punca  hormon estrogen berlebihan yang perlu di ketahui dan di kawal:-

  • Seseorang wanita yang kebiasaan hidup secara pasif dan tidak banyak bergerak
  • Gemar kepada makanan yang tidak sihat,dengan sendirinya juga membuat hormon tidak seimbang. Pengumpulan lemak dalam tubuh juga menyebabkan hormon tidak seimbang, sehingga sukar untuk menyingkirkan lebihan lemak yang ada. 
  • Gemar diet makanan yang rendah serat sedangkan diet yang rendah dengan serat menyebabkan kadar estrogen lebih tinggi, sementara diet yang tinggi dalam serat pula menyebabkan kadar estrogen menurun dalam aliran darah. Kajian telah membuktikan bahawa wanita berdiet tinggi serat mempunyai tahap estrogen yang jauh lebih rendah.
  • Melakukan kerja yang berlebihan dan kurang mendapat rehat secukupnya boleh menyebabkan kimia didalam tubuh terganggu.
  • Pengurusan stress yang kurang efektif
  • Pengambilan pil perancang tanpa pengawasan  antara paling mudah mengalami risiko ketidakseimbangan hormon. Ini disebabkan oleh tubuh dipaksa mengikut kitaran hormon yang telah ditentukan  dan bukannya membiarkan tubuh mengaturnya secara alami.
  • Begitu juga dengan kehamilan, beberapa ketidakseimbangan hormon boleh berlaku, termasuk hipertiroidisme dan diabetes gestasional.
  • Usia lanjut juga menjadi faktor mengapa hormon menjadi tidak seimbang, baik pada wanita ataupun lelaki.
  • Gejala dan faktor yang boleh dikaitkan dengan menopaus akibat dari  "persaraan" fungsi ovarium.
  • Terlalu membebankan fungsi hati dengan toksin dalaman dan banyak menyerap toksin dari alam sekitar.
Kita sebenarnya hidup dalam negara dimana ekonomi  bergantung kepada sektor industri Sektor inilah dikenalpasti sebagai pemicu xenoestrogen kepada alam sekitar dan menjadikanya sebagai lautan estrogen “jahat” buatan manusia.

Xenoestrogen adalah molekul yang strukturnya hampir serupa dengan estrogen alami yang dirembis oleh tubuh manusia.Xenoestrogen ini mendatangkan keburukkan kepada tubuh apabila ianya menggangu penghasilan,perjalanan dan cara kegunaan estrogen alami di dalam tubuh.

Sejauh mana xenoestrogen telah menyusup masuk dalam hidup kita.Jangan terkejut ye…lautan estrogen!

Xenoestrogen kini boleh dijumpai dalam banyak produk keluaran industri seperti klorin, baja, racun rumpai, racun perosak, racun serangga, produk tenusu, daging, farmaseutikal, kosmetik dan produk peribadi (sumber utama untuk wanita, terutamanya dalam produk kecantikan untuk kulit seperti losyen, syampu, sabun), mainan kanak-kanak, botol bayi , kimia industri dan banyak lagi.

Xenoestrogen juga boleh  larut ke dalam makanan dalam tin dan makanan dibungkus dengan plastik dan ianya juga berada di dalam air, tanah dan udara.Masalah timbul apabila xenoestrogen tidak mudah dipecahkan dan boleh terkumpul dan tersimpan di dalam sel-sel lemak tubuh, termasuk lemak payudara.

Pengambilan harian walaupun sedikit  xenoestrogen akan dikumpul dan mengikat kepada reseptor estrogen menyebabkan ketidakseimbangan sistem endokrin dengan kesan-kesan kesihatan yang teramat buruk.

Kita sedang berada ditengah lautan estrogen “jahat “ dan apa yang mampu kita lakukan adalah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan risiko dari makanan atau produk yang mengandungi xenoestrogen ini.Agak payah tetapi demi kesihatan yang lebih baik saya rasa kita mampu lakukanya.

Saya akan sambung lagi dengan makanan dan cara alami untuk mengelak dari di dominasi hormon estrogen pula selepas ini.InsyaaAllah

Semoga bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Ahad, 9 November 2014

Rahsia Mengesan Jangkitan Keputihan

Rahsia Mengesan Jangkitan Keputihan: Setiap wanita pasti akan mengalami jangkitan mikroorganisma sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Jangkitan yang lazimnya disebabkan ol...

Sabtu, 8 November 2014

Hormon Tidak Seimbang-Punca Dan Bahaya Di Dominasi Estrogen

hormon-tidak-seimbang
Bismillah,
Saya yakin ramai wanita masakini walaupun dari golongan terpelajar jauh sekali mak ayah kita di zaman dahulu(bukan semua ye..), memahami sepenuhnya dalam erti kata sebenar fungsi hormon wanita dan segala kebaikan yang di bawa bersama serta bahaya keburukkan apabila ianya diambil secara berlebihan samada disengajakan atau tidak.Topik hari ini tersangat penting untuk wanita dan sayahanya akan fokus kepada masalah punca berlaku hormon tidak seimbang untuk kali ini.

Apa yang selalu kita dengar adalah perkataan hormon tidak seimbang.Semua pakar yang saya lawati berkata begitu,apa masalah saya sebenarnya?dan apa maksud mereka berkata demikian?

Sejak beberapa tahun kebelakang ini,seluruh dunia telah merekodkan  peningkatan drastik bagi penyakit berkaitan wanita yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Hari ini, kita melihat seorang anak perempuan yang masih berhingus lagi mencapai puberti di usia seawal 10 tahun.Endometriosis,pcos,sindrom pra haid,fibroid,cyst ovari dan berbagai lagi jenis kanser  menjadikan wanita sebagai sasaran.Apa sebenarnya sedang berlaku pada wanita kini?

Lama juga saya berfikir tentang pengunaan ayat atau anologi yang sesuai dan mudah untuk pembaca memahami duduk perkara yang sebenarnya.Pada saya jika seseorang wanita yang sayangkan diri dan kesihatannya wajib mengetahui dan bukan sahaja sekedar mengetahui tetapi juga tahu bagaimana untuk mengelakannya.

Menjalani hidup sebagai seorang wanita di abad ke 21 ini tidak semudah seperti dizaman dahulu.Bayangkan sejak mula didiagnos endometriosis, PMS dan  fibrosystik payu dara dari usia muda, kemudian menular kepada fibroid , histerektomi, hormon gantian (HRT) dan akhirnya kanser payudara sebelum sampai waktu putus haid.

Mengapa wanita mengalami serangan yang bertali arus,dimana datang punca serangan tersebut? Satu-satu jawapan yang paling logikal dan  kita selalu kurang peduli adalah hormon tidak seimbang atau lebih tepat lagi masalah dominasi estrogen iaitu keadaan seseorang wanita dengan hormon estrogen berlebihan(estrogen dominance).

Estrogen adalah hormon utama untuk wanita dan ianya berperanan sebagai hormon seks wanita. Estrogen mengawal pertumbuhan serta mengekalkan ciri-ciri kelamin pada wanita, seperti payudara, pinggul serta mengawal kitaran haid. (cuba baca artikel saya terdahulu tentang bab ini).

Namun sama seperti ketidakseimbangan bakteria apabila ianya berlebihan bukan sahaja wanita hilang kemanfaatanya namun boleh bertukar pula menjadi kemudaratan.Punca penyakit seperti fibroid,cyst dan sebagainya dikenalpasti adalah dari dominasi estrogen
 .
Apa itu dominasi estrogen dan bagaimana ianya boleh berlaku?

Sepertimana yang kita semua tahu,paras estrogen tinggi akan membawa kepada risiko kanser payudara dan kesan kesihatan yang lebih kronik. Dominasi estrogen berlaku melalui peningkatan paras estrogen, juga disebabkan oleh tahap hormon lain yang samada tinggi atau rendah, faktor-faktor alam sekitar dan tahap kesihatan.

Keluhan yang selalu kita dengar dari seseorang wanita yang didominasi hormon estrogen.Boleh lah check sendiri ye..
  • Payu dara saya membengkak dan semakin membesar
  • Saya tidak dapat menyarung cincin yang selalu saya pakai.
  • Saya mudah hilang kesabaran sejak akhir ini
  • Orang kata saya suka mengarah
  • Saya selalu merasa kejang sama sewaktu saya lebih muda
  • Dah lama saya tidak haid
  • Saya selalu tidak dapat kitaran haid yang biasa
  • Haid saya tidak teratur
  • Saya takut melihat darah yang berketul-ketul ketika haid
  • Saya mengalami sindrom pra haid
  • Sakit payudara apabila dipeluk suami
  • Saya ada fibroid
  • Saya ada endometriosis
  • Saya tidak muat kasut yang biasa saya guna
  • Saya ada ketulan di payudara
  • Saya sering keletihan
Saya akan sambung kemudian pula dengan kaedah atau cara konvensional,alami dan makanan yang baik ataupun perlu dihindari bagi mengekalkan keseimbangan hormon estrogen,InsyaaAllah

Semoga bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Jumaat, 7 November 2014

Rahsia Tentang Keputihan Wanita: Ketahui Rahsia Warna Keputihan Anda

Rahsia Tentang Keputihan Wanita: Ketahui Rahsia Warna Keputihan Anda: Gejala jangkitan mikroorganisma yang juga dikenali sebagai keputihan dikalangan wanita Malaysia sebenarnya boleh di kenal pasti melalui r...

Isnin, 3 November 2014

Air Kencing Hilangkan Jerawat

terapi air kencing
Bismillah,

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,ramai wanita barat yang telah berpaling kepada rawatan alternatif bagi menghilangkan masalah jerawat yang degil.Setelah puas mencuba dengan perubatan moden dan hampir berputus asa untuk merawat masalah jerawat,kini mereka telah mendapat sinar baru setelah mencuba nasib dengan sejenis kaedah terapi menggunakan air kencing mereka sendiri atau disebut sebagai urine therapy.

Mereka juga mendapati air kencing yang disapu pada jerawat dengan kapas lembut dan dibiarkan sehingga keesokan hari berkesan menghilangkan bukan sahaja jerawat malahan semua jenis masalah kulit muka termasuk jeragat dan sebagainya.Apakah benar dakwaan mereka? Atau ianya hanya efek plasebo yang datang dari keyakinan minda untuk sembuh?

Susah juga ni kalau dah sampai tahap terpaksa guna air kencing sendiri untuk menghilangkan jerawat.Apapun sebagai tambahan ilmu pengetahuan,elok juga kita selidiki,namun tetapi saya perlu ingatkan terlebih dahulu tentang hukum meminum air kencing atau menyapu ketubuh badan dengan sengaja tidak di dalam keadaan darurat adalah haram di sisi agama.(menurut pandangan mazhab shafie)

Sebenarnya terapi air kencing ini bukanlah sesuatu perkara yang baru,amalan purba budaya dan perubatan di tempat-tempat seperti Mesir, China, India , dan empayar Aztek, telah mengamalkan terapi ini di zaman mereka untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Malahan sehingga hari ini terdapat amalan-amalan perubatan alternatif seperti Ayurveda dari india yang masih mengamalkan terapi air kencing sebagai rawatan untuk asma, artritis, alahan-alahan, jerawat, kanser, ketidak cernaan, migrain, kedut , dan sebagainya.

Walaupun tiada bukti perubatan menyokong air kencing sebagai rawatan berkesan untuk mana-mana jenis penyakit sekalipun , namun beberapa kajian saintifik telah membuktikan bahawa terdapat komponen air kencing yang mempunyai sifat-sifat berpotensi dikembangkan sebagai ubat.

Paling ketara sekali adalah komponen urea,beberapa kajian mendapati urea memiliki antibakteria, antikulat , dan ciri-ciri antivirus. Penyelidikan masih terus dijalankan untuk menyiasat potensi air kencing dalam merawat kemandulan dan beberapa jenis barah khusus.

Sementara khasiat air kencing masih belum disahkan oleh kajian yang lebih terperinci namun tetapi, jika meminum sejumlah kecil air kencing sendiri tidak mungkin boleh memudaratkan.Bekas perdana menteri negara India,Morarji Desai mengamalkan minum segelas air kencing sendiri setiap hari untuk kesihatan.dan dalam usianya yang lanjut masih kelihatan sihat tubuh badan.Masya'Allah

Semoga Bermanfaat


Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑