Sabtu, 8 November 2014

Hormon Tidak Seimbang-Punca Dan Bahaya Di Dominasi Estrogen

hormon-tidak-seimbang
Bismillah,
Saya yakin ramai wanita masakini walaupun dari golongan terpelajar jauh sekali mak ayah kita di zaman dahulu(bukan semua ye..), memahami sepenuhnya dalam erti kata sebenar fungsi hormon wanita dan segala kebaikan yang di bawa bersama serta bahaya keburukkan apabila ianya diambil secara berlebihan samada disengajakan atau tidak.Topik hari ini tersangat penting untuk wanita dan sayahanya akan fokus kepada masalah punca berlaku hormon tidak seimbang untuk kali ini.

Apa yang selalu kita dengar adalah perkataan hormon tidak seimbang.Semua pakar yang saya lawati berkata begitu,apa masalah saya sebenarnya?dan apa maksud mereka berkata demikian?

Sejak beberapa tahun kebelakang ini,seluruh dunia telah merekodkan  peningkatan drastik bagi penyakit berkaitan wanita yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Hari ini, kita melihat seorang anak perempuan yang masih berhingus lagi mencapai puberti di usia seawal 10 tahun.Endometriosis,pcos,sindrom pra haid,fibroid,cyst ovari dan berbagai lagi jenis kanser  menjadikan wanita sebagai sasaran.Apa sebenarnya sedang berlaku pada wanita kini?

Lama juga saya berfikir tentang pengunaan ayat atau anologi yang sesuai dan mudah untuk pembaca memahami duduk perkara yang sebenarnya.Pada saya jika seseorang wanita yang sayangkan diri dan kesihatannya wajib mengetahui dan bukan sahaja sekedar mengetahui tetapi juga tahu bagaimana untuk mengelakannya.

Menjalani hidup sebagai seorang wanita di abad ke 21 ini tidak semudah seperti dizaman dahulu.Bayangkan sejak mula didiagnos endometriosis, PMS dan  fibrosystik payu dara dari usia muda, kemudian menular kepada fibroid , histerektomi, hormon gantian (HRT) dan akhirnya kanser payudara sebelum sampai waktu putus haid.

Mengapa wanita mengalami serangan yang bertali arus,dimana datang punca serangan tersebut? Satu-satu jawapan yang paling logikal dan  kita selalu kurang peduli adalah hormon tidak seimbang atau lebih tepat lagi masalah dominasi estrogen iaitu keadaan seseorang wanita dengan hormon estrogen berlebihan(estrogen dominance).

Estrogen adalah hormon utama untuk wanita dan ianya berperanan sebagai hormon seks wanita. Estrogen mengawal pertumbuhan serta mengekalkan ciri-ciri kelamin pada wanita, seperti payudara, pinggul serta mengawal kitaran haid. (cuba baca artikel saya terdahulu tentang bab ini).

Namun sama seperti ketidakseimbangan bakteria apabila ianya berlebihan bukan sahaja wanita hilang kemanfaatanya namun boleh bertukar pula menjadi kemudaratan.Punca penyakit seperti fibroid,cyst dan sebagainya dikenalpasti adalah dari dominasi estrogen
 .
Apa itu dominasi estrogen dan bagaimana ianya boleh berlaku?

Sepertimana yang kita semua tahu,paras estrogen tinggi akan membawa kepada risiko kanser payudara dan kesan kesihatan yang lebih kronik. Dominasi estrogen berlaku melalui peningkatan paras estrogen, juga disebabkan oleh tahap hormon lain yang samada tinggi atau rendah, faktor-faktor alam sekitar dan tahap kesihatan.

Keluhan yang selalu kita dengar dari seseorang wanita yang didominasi hormon estrogen.Boleh lah check sendiri ye..
  • Payu dara saya membengkak dan semakin membesar
  • Saya tidak dapat menyarung cincin yang selalu saya pakai.
  • Saya mudah hilang kesabaran sejak akhir ini
  • Orang kata saya suka mengarah
  • Saya selalu merasa kejang sama sewaktu saya lebih muda
  • Dah lama saya tidak haid
  • Saya selalu tidak dapat kitaran haid yang biasa
  • Haid saya tidak teratur
  • Saya takut melihat darah yang berketul-ketul ketika haid
  • Saya mengalami sindrom pra haid
  • Sakit payudara apabila dipeluk suami
  • Saya ada fibroid
  • Saya ada endometriosis
  • Saya tidak muat kasut yang biasa saya guna
  • Saya ada ketulan di payudara
  • Saya sering keletihan
Saya akan sambung kemudian pula dengan kaedah atau cara konvensional,alami dan makanan yang baik ataupun perlu dihindari bagi mengekalkan keseimbangan hormon estrogen,InsyaaAllah

Semoga bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑