Selasa, 11 November 2014

Hormon Tidak Seimbang 2 - Penyakit,Punca Dan Xenoestrogen

xenoestrogen
Bismillah,

Akhir-akhir ini saya juga menerima banyak soalan-soalan yang hampir sama tentang masalah haid,endometriosis,ketidaksuburan, dan saya dapati kebanyakkan mereka yang bertanya,mungkin tidak  menyedari terdapat ciri-ciri yang sinonim dan boleh dikaitkan secara langsung kepada dominasi hormon estrogen atau sebutan melayu yang lebih mudah untuk di sebut iaitu estrogen berlebihan.

Secara jujur,kita tidak boleh menyalahkan estrogen seratus peratus atas segala punca kepada berbagai penyakit.Realitinya tanpa hormon estrogen manusia mungkin sudah lama pupus dari muka bumi ini.Perumpamaan yang paling mudah untuk kita faham adalah estrogen ini umpama nafas bagi wanita tanpa nafas tidak mungkin wanita boleh hidup.

Sebenarnya,estrogen mempunyai banyak sifat-sifat yang bermanfaat dan bertanggung jawab keatas banyak faedah kepada wanita, dari kulit yang licin sehingga kitaran haid Masalah timbul apabila nisbah dua hormon yang dominan untuk wanita iaitu estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang.Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga yang baru sahaja tahu mengenai punca ketidakseimbangan ini.Apapun saya akan beri penerangan lebih jelas lagi tentang puncanya di akhir artikel ini.

Namun apa yang merisaukan saya adalah sikap sesetengah wanita, kerana selalu alpa tentang faktor keseimbangan dalam setiap perkara yang dilakukan.Begitu juga hormon estrogen yang sepatutnya menjadi teman baik yang begitu akrab dan banyak menghulurkan bantuan,kini bertukar watak,menjadi ganas dan tidak berperikemanusiaan apabila hormon estrogen kini boleh dianggap sebagai ibu kepada segala penyakit yang dialami oleh wanita masakini.

Berikut adalah senarai panjang jenis-jenis penyakit yang boleh dikaitkan dengan estrogen berlebihan. Jangan terkejut kalau dapati diri anda berada dalam salah satu tanda tersebut ye….

  • Proses penuaan lebih cepat
  • Alahan, termasuk asma, gatal-gatal, ruam, lelah dan sinus
  • Gangguan autoimun seperti lupus dan erythematosis tiroiditis, dan mungkin penyakit Sjoegren ini
  • Kanser payudara
  • Payu dara kendur
  • Displasia serviks
  • Tangan dan kaki sejuk sebagai gejala disfungsi tiroid
  • Kelebihan tembaga
  • Nafsu seks menurun
  • Kemurungan
  • Mata yang kering
  • Permulaan awal haid
  • Endometrium (rahim) kanser
  • Penambahan lemak, terutama di sekitar perut, pinggang dan paha
  • Kelelahan
  • Payudara fibrocystic
  • Pemikiran Berserabut
  • Penyakit pundi hempedu
  • Keguguran rambut
  • Sakit Kepala
  • Hipoglisemia
  • Peningkatan pembekuan darah (meningkatkan risiko strok)
  • Ketidaksuburan
  • Haid yang tidak teratur
  • Sifat cepat marah
  • Susah tidur (Insomnia)
  • Kekurangan magnesium
  • Kehilangan ingatan
  • Perubahan hati
  • Osteoporosis
  • Ovari polikistik
  • Premenopaus kehilangan tulang
  • Sindrom pra haid
  • Proses metabolisma terganggu
  • Disfungsi tiroid meniru hipotiroidisme
  • Kanser rahim
  • Fibroid
  • Gemuk air, kembung
  • Kekurangan zink
Antara penyakit atau masalah yang paling banyak dilaporkan dan dianggap berkait rapat dengan atau dipengaruhi oleh estrogen yang berlebihan dan kekurangan progesteron wanita adalah:
  • Penambahan berat badan
  • Kerintangan insulin
  • Penyakit payudara fibrocystic
  • Sindrom pra haid
  • Migrain
  • Gangguan haid-tidak teratur dan pendarahan banyak
  • Endometriosis, gangguan tisu rahim, yang membantu dengan menggunakan penghalang estrogen
  • Fibroid, tanda kapasiti proliferatif lebih dari rahim, yang mungkin tidak seimbang dengan progesteron yang mencukupi
  • Cyst ovari
  • Kanser payudara
Antara punca-punca  hormon estrogen berlebihan yang perlu di ketahui dan di kawal:-

  • Seseorang wanita yang kebiasaan hidup secara pasif dan tidak banyak bergerak
  • Gemar kepada makanan yang tidak sihat,dengan sendirinya juga membuat hormon tidak seimbang. Pengumpulan lemak dalam tubuh juga menyebabkan hormon tidak seimbang, sehingga sukar untuk menyingkirkan lebihan lemak yang ada. 
  • Gemar diet makanan yang rendah serat sedangkan diet yang rendah dengan serat menyebabkan kadar estrogen lebih tinggi, sementara diet yang tinggi dalam serat pula menyebabkan kadar estrogen menurun dalam aliran darah. Kajian telah membuktikan bahawa wanita berdiet tinggi serat mempunyai tahap estrogen yang jauh lebih rendah.
  • Melakukan kerja yang berlebihan dan kurang mendapat rehat secukupnya boleh menyebabkan kimia didalam tubuh terganggu.
  • Pengurusan stress yang kurang efektif
  • Pengambilan pil perancang tanpa pengawasan  antara paling mudah mengalami risiko ketidakseimbangan hormon. Ini disebabkan oleh tubuh dipaksa mengikut kitaran hormon yang telah ditentukan  dan bukannya membiarkan tubuh mengaturnya secara alami.
  • Begitu juga dengan kehamilan, beberapa ketidakseimbangan hormon boleh berlaku, termasuk hipertiroidisme dan diabetes gestasional.
  • Usia lanjut juga menjadi faktor mengapa hormon menjadi tidak seimbang, baik pada wanita ataupun lelaki.
  • Gejala dan faktor yang boleh dikaitkan dengan menopaus akibat dari  "persaraan" fungsi ovarium.
  • Terlalu membebankan fungsi hati dengan toksin dalaman dan banyak menyerap toksin dari alam sekitar.
Kita sebenarnya hidup dalam negara dimana ekonomi  bergantung kepada sektor industri Sektor inilah dikenalpasti sebagai pemicu xenoestrogen kepada alam sekitar dan menjadikanya sebagai lautan estrogen “jahat” buatan manusia.

Xenoestrogen adalah molekul yang strukturnya hampir serupa dengan estrogen alami yang dirembis oleh tubuh manusia.Xenoestrogen ini mendatangkan keburukkan kepada tubuh apabila ianya menggangu penghasilan,perjalanan dan cara kegunaan estrogen alami di dalam tubuh.

Sejauh mana xenoestrogen telah menyusup masuk dalam hidup kita.Jangan terkejut ye…lautan estrogen!

Xenoestrogen kini boleh dijumpai dalam banyak produk keluaran industri seperti klorin, baja, racun rumpai, racun perosak, racun serangga, produk tenusu, daging, farmaseutikal, kosmetik dan produk peribadi (sumber utama untuk wanita, terutamanya dalam produk kecantikan untuk kulit seperti losyen, syampu, sabun), mainan kanak-kanak, botol bayi , kimia industri dan banyak lagi.

Xenoestrogen juga boleh  larut ke dalam makanan dalam tin dan makanan dibungkus dengan plastik dan ianya juga berada di dalam air, tanah dan udara.Masalah timbul apabila xenoestrogen tidak mudah dipecahkan dan boleh terkumpul dan tersimpan di dalam sel-sel lemak tubuh, termasuk lemak payudara.

Pengambilan harian walaupun sedikit  xenoestrogen akan dikumpul dan mengikat kepada reseptor estrogen menyebabkan ketidakseimbangan sistem endokrin dengan kesan-kesan kesihatan yang teramat buruk.

Kita sedang berada ditengah lautan estrogen “jahat “ dan apa yang mampu kita lakukan adalah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan risiko dari makanan atau produk yang mengandungi xenoestrogen ini.Agak payah tetapi demi kesihatan yang lebih baik saya rasa kita mampu lakukanya.

Saya akan sambung lagi dengan makanan dan cara alami untuk mengelak dari di dominasi hormon estrogen pula selepas ini.InsyaaAllah

Semoga bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑