Bismillah,
Enam puluh tahun lalu,para doktor mempunyai senjata yang berkesan dan kuat terhadap jangkitan kelamin gonorrhea ,ini termasuk antibiotik seperti penisilin, ampicillin, tetracycline dan doxycycline.Tetapi kini,satu demi satu senjata kuat ini mula didapati tidak sekuat mana malahan telah mula hilang keberkesanan.
Enam puluh tahun lalu,para doktor mempunyai senjata yang berkesan dan kuat terhadap jangkitan kelamin gonorrhea ,ini termasuk antibiotik seperti penisilin, ampicillin, tetracycline dan doxycycline.Tetapi kini,satu demi satu senjata kuat ini mula didapati tidak sekuat mana malahan telah mula hilang keberkesanan.
Sekarang ini hanya tinggal dua jenis ubat seperti cefixime yang boleh diambil secara oral, dan ceftriaxone dengan cara disuntik masih bertahan walaupun sedang menghitung hari.Jika trend ini berterusan,gonorrhea bakal menjadi mimpi ngeri bagi sesiapa sahaja yang menghidapnya dan bakal menjadi ahli baru seumur hidup kelab kanser,herpes,hiv,hpv dan banyak lagi.
N.Gonorrhea semakin bertambah kuat rintangan kepada antibiotik
Dunia perubatan moden tidak mempunyai apa-apa rawatan sandaran untuk gonorrhea. Seandainya sisa beberapa jenis antibiotik ini gagal maka jangkitan gonorrhoea boleh diklasifikasikan semula,sama seperti penyakit-penyakit lain yang tidak upaya dirawat.
Neisseria gonorrhea kini menjadi semakin kuat rintangan untuk kelas keseluruhan antibiotik. Jangkitan ini boleh menyebabkan gatal-gatal, rasa terbakar, cecair berbau, atau sakit ketika membuang air kecil, tetapi sering tidak mempunyai gejala. Jika tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit radang pelvik,salah satu punca kemandulan pada lelaki dan wanita.
Kesan dari rintangan kepada antibiotik ini bakal dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan kes-kes tambahan penyakit radang pelvik (punca utama kemandulan), dan jangkitan HIV ,disebabkan HIV lebih mudah disebar kepada seseorang yang dijangkiti gonorrhea.
N.Gonorrhea punca radang pelvik
Berita buruknya bagi wanita,gonorrhea adalah penyebab utama radang pelvik (pelvic inflammatory disease ).PID boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada tiub fallopian, rahim (uterus) dan tisu-tisu di sekelilingnya. Kerosakan ini boleh membawa kepada rasa sakit yang teruk pada pelvik, kemandulan dan kehamilan ektopik (hamil di luar rahim) yang juga berpotensi mengakibatkan maut.
N.Gonorrhea dan kesan kepada kelahiran bayi
Ophthalmia gonococcal adalah suatu keadaan dimana mata bayi tercemar apabila melalui saluran lahir dari seorang ibu yang dijangkiti N.gonorrhea atau Chlamydia trachomatis .
Untuk mengelakkan ophthalmia gonococcal pada bayi yang bakal dilahirkan, semua wanita hamil yang berisiko untuk gonorhea perlu diuji semasa lawatan pranatal yang pertama dan, jika perlu dirawat untuk gonorrhea.Wanita yang berisiko untuk jangkitan semasa mengandung pula perlu menjalani ujian berulang kali semasa trimester ketiga.
Saranan sebagai kaedah pencegahan
Nisseria gonorhea adalah jangkitan kelamin yang boleh tersebar melalui aktiviti seksual,tentunya pencegahan yang terbaik adalah untuk tidak melakukan hubungan kelamin namun itu agak mustahil bagi pasangan suami isteri.
Mungkin beberapa saranan pencegahan ini boleh membantu:
- Mengelakkan aktiviti seksual(bagi pasangan yang belum berkahwin,lebih-lebih lagi remaja)
- Setia dan hanya melakukan hubungan kelamin bersama pasangan suami/isteri sahaja.
- Menggunakan kondom(jika perlu) bagi suami semasa melakukan hubungan kelamin
- Memastikan pH faraj kekal pada paras berasid 3.8-4.2 dengan pengambilan makanan,buah-buahan berasaskan bakteria baik,sayuran hijau dan pengunaan produk pH yang tepat.Keseimbangan bakteria membantu mengurangkan risiko jangkitan kelamin disamping membantu menguatkan sistem imun didalam tubuh.
Saintis masih gagal mencari penganti antibiotik
Nisseria Gonorrhea bakal kehilangan pergantungan pada antibiotik dan yang lain juga pasti akan menyusul.Sehingga artikel ini di tulis,masih belum ada saintis yang berjaya mencari penganti antibiotik,walaupun mereka bertungkus lumus berusaha siang dan malam dan diperuntukkan dengan bajet jutaan dollar.Tiada apa yang dapat membantu kita selain dari mengamalkan seks yang halal dan selamat sebagai benteng mencegah dari jangkittan kelamin.
Nisseria Gonorrhea bakal kehilangan pergantungan pada antibiotik dan yang lain juga pasti akan menyusul.Sehingga artikel ini di tulis,masih belum ada saintis yang berjaya mencari penganti antibiotik,walaupun mereka bertungkus lumus berusaha siang dan malam dan diperuntukkan dengan bajet jutaan dollar.Tiada apa yang dapat membantu kita selain dari mengamalkan seks yang halal dan selamat sebagai benteng mencegah dari jangkittan kelamin.
Sebagai umat Islam,Allah swt telah berfirman di dalam al quran dalam memberi amaran dan peringatan kepada kita tentang keburukkan berzina,seks luar tabi'e dan memberi petunjuk kepada hubungan kelamin yang sesuai dengan hukum syarak,Kebenaran ini telah terserlah sejak ribuan tahun dahulu.Maka umat Islam tiada sebab dan alasan untuk tidak mengikuti ajaran yang wajib yang diwahyukan melalui Rasulullah saw.Peringatan ikhlas kepada mereka yang telah tersasar dalam aktiviti seksual supaya cepat pulang kepangkal jalan sebelum dijangkiti penyakit-penyakit kelamin yang semakin payah untuk di ubati..
Semoga Bermanfaat
0 ulasan:
Catat Ulasan