Bismillah,
Suatu perkara yang agak merungsingkan bagi wanita apabila tempuh haid telah berakhir namun masih lagi terdapat cecair yang keluar dari faraj untuk beberapa hari. Adakalanya berwarna merah kecoklatan dan keluar bersama cecair seperti air kencing, kadang kala pula ianya keluar bersama-sama dengan lendir serta beberapa titis darah dan selalunya dalam kuantiti yang sedikit namun sudah cukup merisaukan.Biasanya perkara ini hanya akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka.
Suatu perkara yang agak merungsingkan bagi wanita apabila tempuh haid telah berakhir namun masih lagi terdapat cecair yang keluar dari faraj untuk beberapa hari. Adakalanya berwarna merah kecoklatan dan keluar bersama cecair seperti air kencing, kadang kala pula ianya keluar bersama-sama dengan lendir serta beberapa titis darah dan selalunya dalam kuantiti yang sedikit namun sudah cukup merisaukan.Biasanya perkara ini hanya akan disedari semasa wanita membersihkan bahagian sulit mereka.
Saya juga menerima banyak soalan “carbon copy” yang sama
dan untuk itu,dalam kesempatan ini biarlah kita “refresh” kembali tentang
masalah ini dan membawa wanita memahami semula seawal proses kitaran
haid,masalah-masalah yang bakal timbul dan komplikasi yang juga bakal dihadapi
seandainya tidak mendapatkan rujukan yang betul.
Proses
Kitaran haid
Kedua-dua ovari yang berkedudukan di kiri dan kanan rahim
secara alami berfungsi untuk mengeluarkan dua jenis hormon yang penting untuk
wanita iaitu estrogen dan progesteron.Hormon-hormon ini pula apabila
digandingkan berfungsi menyediakan benih serta penebalan dinding dalaman rahim
untuk menghadapi kemungkinan penanaman selepas persenyawaan sperma dan telur.
Lazimnya,ovulasi akan berlaku antara 12 sehingga 14 hari sebelum datang kitaran
haid yang berikutnya.
Hasil dari benih yang telah berjaya dikeluarkan akan
melalui tiub fallopian di mana persenyawaan mungkin (atau gagal) berlaku
bersama sperma. Sekiranya persenyawaan gagal berlaku, paras hormon akan jatuh
dan ini akan memberikan isyarat kepada dinding dalaman rahim supaya digugurkan
sebagai darah haid. Kebanyakan kitaran haid berlangsung selama 28 sehingga 35
hari adalah dikira normal.
Antara
Sebab-sebab pendarahan selepas haid
Pendarahan selepas haid bermakna berlaku pendarahan yang
keluar dari faraj selepas kitaran haid seorang wanita itu berakhir. Pendarahan
haid dalam kitaran haid yang normal perlu berakhir untuk memulakan proses
reproduktif yang baru.Walau bagaimanapun pendarahan selepas haid membuatkan
wanita merasa bimbang, dan selalunya berfikir kemungkinan terdapat sesuatu yang
tidak kena pada sistem tubuh badan mereka.
Dalam banyak kes,pendarahan berlaku selepas tempuh haid
adalah disebabkan oleh lebihan tisu atau darah haid yang tidak dikeluarkan
secara sempurna, maka saki bakinya akan
dikeluarkan dalam masa tempuh seminggu atau dua minggu selepas haid
berakhir.Tisu menstrual adalah tisu endometrium pada dinding rahim yang secara normal akan keluar sebagai darah
haid apabila sampai waktu haid.
Pendarahan selepas haid mungkin juga berlaku atas
faktor-faktor lain, seperti perubahan hormon secara tiba-tiba,pertambahan berat
badan, bebanan tekanan emosi dan fizikal atau telah mula mengalami masalah yang
lebih berat melibatkan kelenjar ovari.
Selain itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh memberi
kesan pendarahan selepas haid. Masalah kesihatan seperti diabetes, kanser dan
tiroid juga boleh menjadi punca untuk perkara ini berlaku.Pengambilan ubat atau
suntikan pencegahan kehamilan dan juga wanita yang berhenti mengambil ubat
tersebut secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan perkara yang sama.Bagi remaja
pula,situasi ini biasanya disebabkan oleh kitaran haid mereka yang belum stabil
akibat dari kelenjar ovari yang masih belum matang.
Antara lain, pendarahan selepas haid ini juga berkemungkinan
disebabkan oleh kehadiran ketumbuhan
fibroid didalam rahim. Walaupun ketumbuhan fibroid ini tidak terlalu merbahaya,
ianya patut dibuang segera sebelum
membesar dan mengganggu rutin seharian seorang wanita.
Akhir sekali,nasihat saya kepada wanita,jika situasi ini
tidak berlaku pada setiap bulan dan darah yang keluar hanya dalam kuantiti yang
sedikit,maka tiada apa yang perlu dirisaukan namun tetapi jika situasi ini
kerap berlaku dan pendarahan yang dialami pula banyak, maka pemeriksaan dan
siasatan yang lebih teliti harus dijalankan oleh pakar.
Semoga Bermanfaat
Semoga Bermanfaat
FEMININE WASH PILIHAN KAMI
Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari
Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan)
Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206
Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/
Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266
0 ulasan:
Catat Ulasan