Setiap wanita berisiko dijangkiti human papilloma virus (HPV) tidak mengira usia atau pola hidupnya.Penyebaran human papilloma virus (HPV) ini lah antara penyebab kanser serviks, kanser pembunuh kedua yang paling digeruni kaum Hawa selepas kanser payudara.
Realitinya virus HPV boleh
berada didalam tubuh tanpa disedari sehingga jangkitan telah menjadi parah.HPV
jenis 16 dan 18 merupakan punca bagi hampir 70 peratus kes kanser serviks,
kanser vulva dan kanser faraj sementara HPV 6 dan 11 menyebabkan kira-kira 90
peratus ketuat alat sulit
Ramai dikalangan remaja
moden beranggapan bahawa melakukan hubungan seks tidak mengapa asalkan tidak
hamil atau selagi tidak diketahui Ibubapa mereka.Walhal perlakuan itu bukan
sahaja ditegah oleh agama malahan boleh meningkatkan risiko timbunan virus HPV
yang bakal memusnahkan kehidupan mereka di masa akan datang.
Secara jujur,risiko kanser
serviks adalah jauh lebih tinggi apabila
aktiviti seks bebas dilakukan oleh remaja dibawah usia 20 tahun.Ini disebabkan
dalam usia yang muda pangkal rahim masih terlalu rapuh dan pembentukan sel-sel
rahim masih belum ditahap sempurna.Keadaan ini boleh mengakibatkan pangkal
rahim yang tidak berupaya untuk membendung serangan HPV. Di burukan pula apabila
masalah keputihan seperti bacterial vaginosis atau STD (berbau) yang tidak
dirawat menjadikan kekebalan sistem pertahanan tubuh yang sangat lemah.
Lazimnya,perubahan prakanser
dan peringkat awal kanser serviks tidak menyebabkan rasa sakit mahupun
menampakkan simtom namun dalam banyak kes hanya akan disedari apabila telah
parah. Antara simtom yang kerap dialami(jika ada) antaranya adalah seperti
berlaku perdarahan yang banyak atau sukar membuang air kecil. Selain itu
keputihan yang bercampur darah,rasa nyeri pada panggul juga perlu diawasi. HPV
boleh menular keorgan-organ selain rahim, seperti panggul, ginjal, hati, malahan
otak.
Antara lain, kanser serviks
juga boleh berlaku akibat kekerapan hamil dan bersalin, kebiasaan merokok aktif
dan pasif, menderita sexually transmitted deseases (STD) atau jangkitan kelamin
serta faktor genetik (keturunan).
Kaedah
Pencegahan
Terdapat dua kaedah
pencegahan yang boleh dilakukan oleh remaja bagi mencegah kanser serviks.
Pertama, dengan mengambil vaksin anti-HPV atau Gardasil keluaran MSD bagi
remaja di Malaysia yang juga telah diluluskan oleh 40 buah negara.Vaksin ini diyakini
efektif dan merupakan kaedah melindung yang boleh dilakukan dari usia seawall 9
sehingga 55 tahun.Remaja yang sudah baligh atau didatangi haid disarankan mengambil
vaksin ini bagi perlindungan dari kanser serviks.
Pencegahan yang kedua adalah
dengan ujian lumuran pap(papsmear) bagi mengesan awal perubahan serviks sebelum
ia berkembang menjadi kanser,ujian ini berjaya mengurangkan kematian akibat
kanser serviks dengan banyaknya sejak ia mula digunakan secara meluas pada
dekad 1950-an.Namun ianya hanya sesuai untuk wanita yang telah melakukan
hubungan seksual olehkerana ujian ini mengguna alat yang boleh menembusi
selaput dara.
Mencegah
lebih baik daripada Mengubati
Untuk menjaga dan merawat
kebersihan kawasan intim, remaja biasanya menggunakan pembersih peribadi atau
tuala wanita ketika haid,untuk itu penggunaan produk yang dikitar semula dan
beraroma wangian untuk tuala wanita serta bersabun,shampu,bermentol untuk
pembersih peribadi sangat tidak
digalakkan.
Nasihat saya kepada remaja, pastikan
setiap produk yang ingin digunakan khas untuk kawasan intim perlu memiliki
komposisi bahan yang mengandungi keseimbangan pH antara 3.8-4.2. Fungsinya
adalah untuk menjaga kadar keasaman kawasan intim disebabkan tanpa keseimbangan
pH boleh merosakkan organisma pertahanan yang sedia ada.
Langkah selanjutnya yang
juga penting adalah pengambilan makanan segar, yang mengandung banyak zat gizi.
Berikut adalah beberapa zat gizi yang boleh membantu mencegah kanser termasuk juga
kanser serviks.
- Betakaroten- melindungi organ dalam tubuh dari keracunan yang boleh memicu sel kanser.
- Vitamin B6- sangat penting untuk menjaga sistem imunisasi dalam tubuh dan melindungi sistem pernafasan dari jangkitan dan pencemaran.
- Vitamin C - baik untuk pencegahan dan pemulihan.
- Vitamin B- mencegah kanser serviks.
- Vitamin E- sumber utama antioksida bagi melindung dari radikal bebas pemicu kanser.
Pada ketika ini, masih tiada ubat antivirus yang boleh
merawat jangkitan HPV.Satu-satunya cara yang saya anggap paling berkesan untuk
mencegah jangkitan HPV adalah dengan mengelakkan sebarang sentuhan alat sulit
secara seksual dengan seseorang yang mempunyai virus ini. Selain itu remaja juga
perlu bersikap lebih proaktif dalam usaha mengambil langkah untuk melindungi
diri mereka daripada penyakit ini.
Semoga Bermanfaat
Semoga Bermanfaat
0 ulasan:
Catat Ulasan