Khamis, 4 September 2014

Suplemen Vitamin Berlebihan Memudaratkan

Bismillah,

Kehidupan seharian didalam sebuah negara yang sedang membangun,dengan gaya hidup yang semakin sibuk dan pantas telah membuatkan ramai,terutama sekali wanita mula mementingkan pengambilan vitamin,atau lebih dikenali sebagai makanan tambahan atau suplemen.Sebahagian daripada mereka menjadikannya sebagai satu keperluan dan mesti diambil setiap hari.

Saya tidak nafikan vitamin A, B, D, E dan K semua mampu memberi nutrien tambahan kepada tubuh.Ianya juga tidak membahayakan dan memberi kesan buruk kepada tubuh selagi diambil mengikut jumlah dan keperluan yang betul. 


Secara luarannya, mungkin pengambilan pil makanan tambahan ini dapat membantu menambah nutrien serta mengurangkan simptom membabitkan masalah kesihatan. Namun tetapi jika tubuh kita sudah cukup segala vitamin yang diperlukan adakah kita perlu menambah lagi?

Adakah ia sebenarnya selamat diambil setiap hari? 

Pengambilan suplemen yang banyak terdapat di pasaran boleh memudaratkan diri jika diambil secara keterlaluan dan membuta tuli.

Realitinya,“Vitamin A, D, E dan K yang kita harap memberi nutrient tambahan sebenarnya perlu dikawal pengambilan disebabkan ianya larut lemak, di mana ia akan terus berkumpul dalam tubuh dan apabila dihimpun dan dikumpul  boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan seperti gangguan saraf, buah pinggang, sakit kepala, tekanan darah tinggi, sembelit atau cirit-birit.Lebih bahaya lagi jika vitamin berlebihan yang diambil oleh wanita hamil,anak dalam kandungan mungkin berisiko cacat menurut laporan jurnal sains.

Sebenarnya hidangan biasa yang dimakan setiap hari pun sudah cukup mengandungi pelbagai nutrient.Pengambilan suplemen secara berlebihan hanya memudaratkan dan memberi kesan sampingan kepada sistem tubuh.

Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa kebaikan pengambilan suplemen hanya untuk kes-kes tertentu.Umpamanya,bagi kes-kes wanita yang mula menunjukkan tanda-tanda menopaus.Pengambilan suplemen berasaskan estrogen tumbuh-tubuhan amat digalakkan bagi membantu untuk mengurangkan simptom,kesan perubahan diri dan murung yang bakal dialami sebelum menopaus.

Bagi wanita yang terdedah kepada masalah kurang zat besi dalam tubuh dan keadaan akan lebih buruk apabila mereka mengalami pendarahan haid yang banyak.Pengambilan suplemen yang tinggi kandungan zat besi boleh membantu.Biasanya pakar hanya mengesyorkan pengambilan dalam jumlah kecil untuk mengantikan nutrien yang tidak mencukupi.Sementara bukti kajian mendapati pengambilan berlebihan vitamin C tidak memudaratkan disebabkan lebihannya boleh disalurkan menerusi sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh.

Apa yang membimbangkan,kini telah tumbuh bagai cendawan selepas hujan, ribuan pakar suplemen yang giat menutupi ruang-ruang media sosial dengan promosi suplemen sebagai rawatan kepada 1001 macam penyakit.Yang pasti kumpulan ini hanya menjalankan aktiviti yang telah diatur oleh ibupejabat syarikat (HQ) yang berteraskan industri dan gimik pemasaran pelbagai tingkat (MLM).Tujuanya tidak lain semata-mata untuk meraih keuntungan atas kebimbangan dan sikap masyarakat yang mula mengambil berat mengenai tahap kesihatan.

Apa yang lebih utama adalah memberi perhatian dalam penjagaan kesihatan secara normal seperti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam dan menjalani rawatan berkala di klinik atau hospital.

Secara jujur,setiap wanita perlu sedar dan memahami keperluan tubuh mereka sendiri. Diet yang seimbang disusuli senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu serta menjauhkan perkara yang memudaratkan seperti merokok dan minuman keras sudah cukup untuk kesihatan yang baik daripada suplemen yang kadangkala tidak diperlukan oleh tubuh.

Semoga Bermanfaat

Sabtu, 30 Ogos 2014

9 Antara Tanda-Tanda Awal Kanser Yang Kita Tidak Pernah Peduli

Bismillah,

Sebut sahaja nama kanser,mungkin ramai dah tahu dan dah jemu mendengarnya namun bagi segelintir yang masih belum mengenali apa sebenarnya kanser,biar saya mulakan dengan memperkenalkan ciri-ciri  sebenar apa yang di maksudkan dengan kanser.Selamat berkenalan ya!



Apakah itu Kanser?

  • Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.
  • Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.
  •  Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.
  • Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

Lazimnya,dari peringkat awal kanser menyerang tubuh seseorang, tanda-tanda awal penyakit ini sudah ada namun tetapi ramai yang bersikap ‘Tidak apa-apa’ cuma sakit biasa sahaja. Lalu ramai yang mengambil langkah yang paling bijak ketika itu ialah dengan menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.Saya tidak salahkan sesiapa tetapi alangkah baiknya jika kita tidak sahaja berhenti disitu dan mengambil satu lagi langkan bijak untuk melakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca sebenar.

Kalau saya sebut beberapa pemeriksaan tahunan seperti colonoscopies atau ujian PSA agak-agak berapa ramai yang pernah melakukanya? Apapun bagi mereka yang perihatin tentang masalah kesihatan menganggapnya penting walaupun ini tidak menjamin atau melindungi mereka dari kanser. 

Bukan apa,sekarang ini terdapat banyak kes-kes kelewatan dan mereka hanya menyedari mendapat kanser setelah berada di tahap 4.Semoga 9 tanda-tanda awal kanser ini dapat membantu menganalisa serta membuat keputusan yang paling terbijak dalam hidup ini.InsyaaAllah


1.    Sakit perut atau senak perut.

Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab.

2.    Perut kejang dan sakit perut berterusan.

Antara tanda awal kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang membesar, lalu menekan bawah perut disebelah kiri. 

Sejujurnya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jika mengalami sakit perut dan ianya bukan berpunca dari tersalah makan atau masalah pencernaan, langkah terbaik adalah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh serta ‘ultrasound'

3.    Perut berasid atau rasa penuh walaupun makan hanya sedikit.

Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Rasa bagaikan perut dipenuhi gas dan kerap rasa pedih hulu hati.Biasanya berlaku selepas makan dan rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah bawah perut kanan boleh menjadi tanda awal kanser hati yang juga dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga.
  
4.    Kerap demam atau terkena jangkitan.

Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dari dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

5.    Muka Membengkak

Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

6. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan).Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

7.    Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti.

Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

8.    Pendarahan rektum atau darah dalam najis.

Mula-mula saya ingatkan buasir adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor dengar apabila mendiagnosis pesakit kanser kolorektal.

9.    Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan.

Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada.Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 


Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/



Maklumat lanjut,sila whatsapp Dr Herba

 

Khamis, 21 Ogos 2014

Bakteria Punca Utama Kehamilan Luar Rahim

Bismillah,
Di dalam kehamilan ektopik, embrio tidak sampai ke rahim, sebaliknya ia tertanam dalam lapisan tiub fallopian dan menyebabkan pendarahan. Saiz embrio yang semakin membesar menyebabkan tiub fallopian meregang lalu pecah.Maka ianya boleh menyebabkan pendarahan yang teruk didalam abdomen serta mengancam nyawa. Jangkitan ini diketahui menyebabkan kemandulan kerana ia boleh membawa kepada parut dan penyumbatan tiub fallopio.

Satu Kajian yang dibiayai oleh Majlis Penyelidikan Perubatan dan Kesejahteraan Wanita yang diterbitkan dalam American Journal of Pathology mendapati wanita yang dijangkiti bakteria chlamydia berisiko tinggi mengalami kehamilan ektopik disebabkan kesan berterusan jangkitan tersebut.

Satu kajian baru menunjukkan bukti buat pertama kali dalam sejarah sains,bagaimana chlamydia boleh meningkatkan risiko kehamilan ektopik.Dalam kehamilan ektopik implan embrio berlaku di luar rahim lazimnya didalam tiub fallopio.

Penyelidik juga mendapati bahawa wanita yang mempunyai jangkitan kelamin lebih cenderung untuk menghasilkan protein tertentu dalam tiub fallopio mereka.Peningkatan pengeluaran protein ini yang dikenali sebagai PROKR2 membuatkan kehamilan lebih cenderung berlaku didalam tiub fallopio.

Sudah berulangkali saya menasihati wanita supaya lebih peka pada penjagaan bahagian mahkota penting ini dari sudut keseimbangan bakteria disebabkan berbagai jenis jangkitan boleh berlaku apabila wanita hilang keseimbangan bakteria didalam tubuh.Ambil lah sedikit peluang ini untuk membaiki cara penjagaan yang betul,pengunaan feminine wash pH yang betul,makanan yang betul serta elakkan semua yang tidak betul(sendiri faham lah ye)

Semoga Bermanfaat

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut,sila whatsapp Dr Herba



Ahad, 17 Ogos 2014

Tidak Mustahil Cacing Kerawit Bersarang Di Dalam Kemaluan Wanita

Bismillah,

Beberapa bulan dahulu saya pernah menerima email dari seorang wanita bernama Pn X yang menurutnya berusia 45 tahun.Pn X telah mengalami masalah kegatalan pada bahagian kemaluan sejak sekian lama dan setelah puas berikhtiar mencari penawar ubat,namun nasib masih belum menyebelahinya apabila kegatalan itu masih terus dialaminya lebih-lebih lagi diwaktu malam.Akibat dari itu,tidur malam sering terganggu dan sehingga menjadi tekanan sewaktu menjalani kehidupan seharian.Apa sebenarnya berlaku pada Pn X?

Jom kita kenali antara punca,bagaimana kegatalan dan iritasi boleh berlaku dibahagian kemaluan ?


Masalah cacing ini berlaku kepada semua peringkat usia tidak kira tua ataupun muda.bagaimanapun usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara 6 hingga 7 tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah usia dibawah 1 tahun.Namun fokus kita hari ini adalah cacing juga boleh bersarang didalam kemaluan wanita.Benar kah ianya boleh berlaku?

Cacing kerawit adalah cacing kecil halus seperti benang atau berbentuk seperti parutan kelapa, berwarna putih dengan panjang sekitar 3-5 mm untuk cancing jantan & sekitar 8-13mm utk betina.Cacing kerawit akan merayap keluar menuju dubur hingga membuatkan rasa gatal. Jka di garu pula akan melekat di hujung kuku dan jika tidak membasuh tangan sebelum makan ianya boleh memasuki mulut ketika makan.

Antara gejala dan tanda-tandanya:

1. Gatal pada dubur, terutama pada waktu


2. Kurang bernafsu untuk makan, mual atau muntah


3. Berat badan semakin berkurangan

Adalah satu kesilapan jika menganggap cacing hanya bersarang didubur,kajian pakar parasitologi dari beberapa universiti mendapati cacing kerawit juga boleh bersarang dikemaluan wanita.

Bagaimana cacing kerawit boleh memasuki kemaluan wanita?

Lazimnya apabila seseorang wanita mengalami kegatalan dibahagian dubur,secara tidak sengaja akan mengaru dan perbuatan ini tanpa disedari boleh menyebabkan cacing kerawit tersebar masuk kedalam kemaluan.Walaupun ianya tidak menganggu sistem reproduksi, namun akan mengakibatkan rasa gatal dikemaluan yang secara tidak sengaja akan membuatkan seseorang wanita tadi menggaru dan akibat dari itu akan timbul kemerahan pada kemaluan, iritasi, atau rasa pedih.

Sebenarnya tidak susah untuk mengatasi masalah ini.Caranya ialah dengan pengambilan ubat cacing yang boleh dibeli di farmasi 1 kali seminggu selama 2 minggu.Pengambilan ubat cacing pada setiap enam bulan sekali juga dapat mencegah daripada cacing bermigrasi kedalam tubuh.Selain itu menjaga kawasan kemaluan agar sentiasa bersih dan penerapan gaya hidup yang sihat juga dapat membantu.Mencuci tangan sebelum makan dan sesudah buang air besar juga memotong kuku agar sentiasa pendek amat baik untuk diamalkan sebagai pencegahan.

Semoga Bermanfaat 

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Selasa, 5 Ogos 2014

Punca Faraj Kering


Bismillah,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,ma'af zahir dan batin

Setiap wanita tidak kira usia tua ataupun muda boleh mengalami kekeringan faraj. Ini mungkin berlaku akibat dari faktor-faktor fisiologi, seperti perubahan hormon atau kesan sampingan ubat, isu emosi dan psikologi, seperti tidak terangsang,kurang berkeinginan ataupun kebimbangan.

Masalah ini akan mengakibatkan hubungan kelamin menyakitkan dan ramai wanita yang terpaksa berpaling kepada penyelesaian yang cepat dan  mudah iaitu dengan pengunaan produk  pelincir bagi membantu memudahkan penetrasi namun ianya hanya penyelesaian yang bersifat sementara.Apa yang sangat dikhuatiri ialah pengunaan produk pelincir jika kurang berhati-hati boleh memicu kepada masalah jangkitan kuman pada faraj.

Kelembapan Faraj

Adapun kelembapan faraj semula jadi dan cecair yang membuatkan faraj lembap dihasilkan dari mukosa faraj, pangkal rahim, cecair daripada rahim dan daripada saluranFalopio. Isi padu kelembapan ialah antara 20 hingga 120 gram dan cecair ini akan berubah mengikut putaran hormon dan umur yang mana cecair faraj akan berwarna putih dan lebih jernih ketika  waktu subur.

Namun terdapat beberapa keadaan yang boleh membawa kepada kekeringan faraj berlaku,antaranya:-

Perubahan hormon. 

Kekeringan faraj boleh berlaku akibat dari penurunan tahap estrogen semasa menopaus, pre menopaus, selepas bersalin, atau semasa menyusu bayi.

Rawatan kanser seperti kemoterapi dan radiasi pelvis juga boleh membawa kepada penurunan hormon estrogen dan boleh mengakibatkan faraj kering.Faraj bergantung kepada hormon estrogen untuk kesihatan.

Ubat-ubatan.

Alahan kepada ubat yang mengandungi antihistamin serta ubat-ubatanpenyakit  asma boleh membawa kesan pengeringan dalam badan dan menyebabkan pelinciran faraj berkurangan.

Mandi dalam kolam renang dan berendam dalam air yang mengandungi garam yang kononnya dapat menyegarkan badan, boleh menyebabkan kekeringan kulit badan dan terutama sekali vulva dan faraj.

Pemakanan

Selain dari kesihatan wanita,hormon estrogen juga berfungsi sebagai sebagai agen pelembab mukosa faraj. Oleh kerana estrogen dihasilkan daripada kolesterol, kemampuan badan menghasilkan kolesterol mencukupi dapat mengimbangkan penghasilan estrogen daripada kolesterol.

Minyak zaitun, minyak habbatus sauda dan minyak primrose mengandungi asid lemak yang sesuai untuk tujuan itu. Selain itu minum air yang mencukupi dapat mengekalkan kelembapan kulit mukosa badan.Sesetengah minuman didapati tidak sesuai untuk mengekalkan kelembapan kulit seperti minuman kopi dan alkohol.

Antara faktor-faktor lain terdapat juga beberapa penyebab selain dari yang telah disebutkan.Umpamanya pengunaan tuala wanita dan pembersih peribadi yang tidak sesuai kerana yang wajib adalah pembersih peribadi yang ada pH 3.8-4.2,pengambilan antibiotik atau ubat selsema,pengunaan sabun detergen untuk mencuci pakaian dalam juga boleh mengakibatkan kesan sampingan dan menyumbang kepada masalah kekeringan faraj.

Semoga Bermanfaat 

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.


FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑