Bismillah,
Masalah haid yang tidak teratur,PMS,senguggut agak kompleks apabila ianya melibatkan masalah keseimbangan hormon.Rata-rata ramai wanita mengalami masalah ini dan terdapat juga antaranya yang telah mula mengalami masalah ini sejak dari zaman gadis lagi.
Keseimbangan hormon dalam kitaran haid
Kitaran pembiakan wanita melibatkan interaksi hormon yang lazimnya menyebabkan perubahan kitaran dalam ovari dan uterus. Setiap kitaran mengambil masa lebih kurang 28 hari untuk dilengkapkan dan ini melibatkan pembangunan dan pelepasan telur dari ovari dan persediaan rahim untuk menerima telur yang disenyawakan. Jika persenyawaan tidak berlaku, lapisan endometrium akan runtuh dan haid bermula.
Ketidakseimbangan antara estrogen dan progesteron
Estrogen dan progesteron adalah dua hormon utama yang mengawal kitaran haid. Tahap estrogen akan meningkat semasa bahagian pertama kitaran sementara tahap progesteron pula akan meningkat diakhir kitaran manakala paras estrogen mula berkurangan secara perlahan-lahan.
Apabila berlaku ketidakseimbangan estrogen dan progesteron di seluruh kitaran,maka ini akan menyumbang kepada gejala PMS, senggugut dan kitaran yang tidak teratur.
Berita baiknya selain dari beberapa kaedah yang pernah saya tulis dalam artikel-artikel yang lalu seperti pengambilan vitex,maca dan beberapa suplimen lain.Terdapat satu lagi kaaedah yang agak berjaya juga pernah diamalkan oleh kebanyakkan wanita.Kaedah ini berfungsi untuk mengawal keseimbangan kedua hormon penting ini dengan cara natural melalui kitaran bijian.
Apa fungsi kitaran bijian dan bagaimana cara melakukannya?
Kitaran bijian berfungsi untuk memberi manfaat kepada kesimbangan dan kesihatan keseluruhan kitaran haid dengan cara menyokong pengeluaran hormon,ikatan dan metabolisma.
Bijian yang berbeza mengandungi pelbagai jenis dan jumlah lignan dan asid lemak.Lignan membantu tubuh untuk mengikat hormon berlebihan,manakala asid lemak membantu dengan pengeluaran hormon.
Gabungan kedua lignan dan asid lemak ini telah dibuktikan dalam banyak kajian,membantu mengimbangi hormon sepanjang keseluruhan kitaran haid.
Cara yang terbaik adalah untuk mengambil flaxseed dan biji labu difasa pertama kitaran haid sementara biji bijan dan biji bunga matahari semasa fasa kedua
Flaxseed dan biji bijan mengandungi tinggi lignan berfungsi untuk menghalang estrogen yang berlebihan.
Biji bunga matahari pula mengandungi tinggi selenium dan trace mineral yang penting untuk detoksifikasi hati
Biji labu tinggi dalam zink yang boleh membantu menyokong pembebasan progesteron
Bersama-sama, bijian ini akan membantu mengimbangi kitaran haid seseorang wanita apabila diambil dalam fasa yang sesuai.
Cadangan untuk kitaran bijian bulanan:
Hari 1-14 : 1 sudu besar setiap satu flaxseed dan biji labu (dikisar) setiap hari(boleh dicampur dalam minuman jus buah-buahan))
Bermula hari ke 15 sehingga haid : 1 sudu besar setiap satu biji bunga matahari dan bijan (dikisar) setiap hari.(boleh di campur dalam minuman jus buah-buahan)
Keputusan terbaik mungkin boleh diperolehi selewat-lewatnya 3 bulan namun jika setelah berusaha dengan konsisten selama jangkamasa 3 bulan tetapi masih belum terdapat perubahan,maka langkah terbaik adalah menjejakkan kaki keklinik/hospital berdekatan untuk melakukan pemeriksaan.
Semoga Bermanfaat
0 ulasan:
Catat Ulasan