Bismillah,
Penggunaan pil perancang keluarga adalah antara salah satu kaedah yang paling biasa diamalkan di negara Malaysia.
Pelbagai jenis ada dijual di farmasi ,pil seperti Mercilon, Marvelon, Postinor, Yasmin, Nordette, Noriday dan lain-lain.
Terdapat juga Pil Perancang Keluarga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak. Bagi golongan ini hanya pil perancang kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill atau Progestin Only Pill) iaitu Pil Perancang yang mengandungi sejenis hormon Progestogen sahaja.
Setelah sekian lama selesa dengan amalan yang dilakukan selama bertahun-tahun.Pernah kah kita bertanyakan tentang bahan dan keselamatan pil-pil ini...rasanya ramai yang masih tidak tahu ye..
Adakah kaedah perancang keluarga yang diamalkan di Negara ini selamat?
Jawapannya bukan sahaja mengejutkan malahan menakutkan ye…sila baca dan lakukan lah timbangan yang adil untuk diri sendiri dan keluarga.
Satu meta analisis yang dilakukan oleh Department of Internal Medicine, Université de Sherbrooke, Endocrine Division, Sherbrooke, Quebec, Canada dalam mengkaji semula semua kajian-kajian yang telah diterbitkan bermula 1980-2002 terhadap risiko yang dikaitkan dengan penggunaan pil perancang semasa.
Mereka mendapati risiko untuk serangan jantung dan strok telah meningkat dua kali ganda berbanding mereka yang bukan pengguna.
Sumber:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15814774
0 ulasan:
Catat Ulasan