Sabtu, 25 Oktober 2014

7 Cara Mudah Memahami Kitaran Haid Anda

Bismillah,

Saya simpati dengan ramai wanita yang masih keliru tentang masalah kitaran haid,lebih-lebih lagi remaja.Majoriti soalan-soalan yang saya terima setiap hari juga berkisar pada perkara kitaran haid yang sama.Saya juga susah hati,mungkin ramai yang membaca artikel tentang kitaran haid di blog tetapi ramai juga yang masih keliru kenapa ye? Mungkin terlalu akademik kot ? tak mengapa saya ada satu idea….

Bagi sesetengah wanita yang tidak berapa suka atau faham membaca artikel yang terlalu akademik,saya cuba untuk memudahkan pemahaman anda dengan poin-poin yang cepat di cerna dan mudah di fahami.

7 Cara Mudah Memahami Kitaran Haid Anda 
  1. Ramai yang menyangka bahawa haid yang jarang berlaku adalah disebabkan oleh saluran fallopia yang tersumbat namun sebenarnya masalah ini lebih dikaitkan dengan masalah hormon, bukan struktur laluan haid. 
  2. Kitaran haid yang tidak teratur lazimnya berpunca daripada gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur yang secara tidak langsung menjadikan seseorang wanita itu mengalami masalah kesuburan. 
  3. Apabila tidak berlaku ovulasi untuk satu pusingan haid maka ini bermakna tiada peluang untuk seseorang wanita itu hamil pada pusingan tersebut. 
  4. Haid yang tidak teratur bukan penyebab bertambahnya berat badan seperti anggapan sesetengah wanita. Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurus sebenarnya yang menjadi punca kitaran haid tidak teratur. Masalah obesiti juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari 
  5. Anggapan seperti haid tersumbat boleh menyebabkan pengumpulan kotoran dalam badan dan berat badan bertambah adalah satu tanggapan yang tidak berasas. 
  6. Wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan yang berlebihan, haid tidak teratur, menandakan paras hormon androgen yang berlebihan (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan.Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan 
  7. Sewaktu proses haid, penghasilan hormon ternyata sangat penting. Hormon ini adalah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu ianya dinamakan hormon estrogen.
Saya akan sambung bab hormon pula selepas ini,mudah-mudahan dengan susunan poin-poin yang lebih mudah di baca,ramai wanita especially remaja mudah mencerna ilmu yang penting ini, selagi mereka masih mengelar diri sebagai permpuan,wanita,mak cik,nenek.....


Semoga Bermanfaat

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑