Bismillah,
Atas permintaan ramai dan melalui
soalan yang diemailkan kepada saya tentang cara menurunkan berat badan
dan untuk menjimatkan masa dan memudahkan saya daripada menjawab satu
persatu tentang topik ini,elok lah saya menjawab secara ‘blanket” atas
semua soalan di topik yang sama dalam artikel ini.
Menurunkan berat badan secara natural dan selamat.
Ramai
mengetahui punca utama masalah kegemukan adalah disebabkan pengambilan
kalori yang berlebihan.Dalam banyak kes,amalan pemakanan yang tidak
seimbang berakhir denagn tubuh yang tidak sihat disebabkan bekalan zat
dan nutrien berguna yang diperlukan tubuh tidak dibekalkan dengan kadar
yang mencukupi.
Umum juga tahu bahawa cara paling
berkesan untuk mengelak dari kegemukan dan penyakit bersamanya adalah
dari diet yang tidak seimbang.Bagi mereka yang inginkan menurun berat badan
perlu menerima hakikat tiada jalan pintas untuk mencapai tujuan selain
daripada diet yang seimbang berserta melakukan senaman dengan cara
yang konsisten .
Berikut adalah beberapa tips menurunkan berat badan secara natural dan selamat yang selalu saya syorkan :
Pertama
sekali perlu di ingat bahawa menurunkan berat badan tidak hanya cukup
sekedar bermodalkan niat. Perlu ada tekad dan semangat yang kuat ya..
1) Mulakan dengan target yang masuk akal
Tetapkan
target di awal program. Tidak usah terburu-buru. Jika berjaya turun
berat badan sebanyak 0.5 kg satu minggu adalah sangat ideal. Jika
terlalu drastik,dibimbangi akan memudaratkan kesihatan. Untuk motivasi
tambahan, keluarkan dari almari dan digantung pakaian lama (ketika
slim)yang tidak boleh diguna lagi atas sebab kegemukan. Secara saikologi
menjadi penguat semangat dan membantu mencapai target yang di inginkan.
2) Tidak perlu terlau ekstrim
Tubuh
yang sihat memerlukan 1,200-1,500 kalori setiap hari supaya tubuh tetap
kekal sehat. Mengurangkan kalori sehingga 600 - 800 kalori setiap
hari hanya akan memperlambat proses metabolisma tubuh. Jika metabolisma
berfungsi lambat, kesempatan untuk lemak ditimbunkan di dalam tubuh
semakin besar. Akhirnya bukan menjadi bertambah kurus, malahan
mengundang penyakit yang lain pula
3) Percepatkan waktu sarapan pagi
Jangan
sesekali meninggalkan sarapan pagi.Kajian yang dibuat di Amerika,
4.000 orang Amerika dewasa yang bejaya menurunkan berat badannya
sebanyak 15 kg dalam setahun adalah mereka yang bersarapan
pagi.Malahan mempercepatkan sarapan pada awal pagi,umpamanya pukul 7
amat digalakkan supaya proses pembakaran tenaga dimulakan lebih awal.
4) Pilihan makanan untuk sarapan pagi
Mulakan
hari dengan sarapan 300-400 kalori, tetapi bukan dengan makanan yang
berlemak tinggi. Pilihlah sekeping roti gandum bakar,1 butir telur,
ditambah 1 mangkuk salad atau, 100 gram nasi dengan 1 potong ikan
ditambah 1 mangkuk sayur seperti yang dicadangkan oleh ramai pakar
nutrisi.
5) Kunyah makanan sebanyak 36 kali
Amalkan
mengunyah makanan sebanyak 36 kali,jika kurang dari 36 kali, cubalah
cukupkan. Semakin lama mengunyah, makanan akan lebih mudah dicerna, dan
akan lebih mudah merasa kenyang.
6) Perbanyak minum air putih
Menurut pakar meminum air putih 1.5 liter atau 8 – 10 gelas sehari hari boleh membantu menurunkan berat badan sebanyak 2.5 kg.
7) Lakukan gerakan atau bersenam
Bersenam
selama 60-90 minit, 3-4 kali seminggu wajib dilakukan. Berlari lari
anak atau ber jalan kaki berselang-seli setiap 3 minit amat efektif
untuk membakar lemak. Jika tidak berkesempatan, berjalan kaki sahaja
keliling rumah atau ruangan pejabat selama 5 minit setiap satu jam
akan membantu membakar sekurang-kurangnya 200-300 kalori.
8) Lebihkan makanan berserat
Serat
juga mempunyai peranan yang besar dalam menyerap lemak. Semakin banyak
serat yang masuk kedalam tubuh semakin cepat membesar disebabkan serat
bersifat menyerap air. Orang dewasa perlu sekurang-kurangnya 21 gram
serat setiap hari.
9) Memakan buah-buahan sahaja tidak mencukupi
Memakan
buah-buahan atau sayuran sahaja tidak mencukupi dan ianya hanya akan
mebuatkan mudah lapar.Cuba tambahkan 15%-20% protin di setiap menu
makanan untuk meningkatkan metabolisma disebabkan sistem pencernaan
memerlukan tenaga untuk melakukan proses metabolism.
Semoga bermanfaat,Insyaa Allah
0 ulasan:
Catat Ulasan