Rabu, 12 Februari 2014

Keputihan Remaja Perkara Biasa Atau Luarbiasa?

gif
Bismillah,

Kesinambungan dari artikel yang pernah saya tulis pada bulan july 2012 bertajuk dilema keputihan dikalangan gadis remaja.Berita baiknya,semejak itu semakin ramai remaja mula tampil untuk meluahkan masalah yang pernah dirahsiakan sejak sekian lama.

Apa yang agak membimbangkan saya adalah masa yang diambil untuk tampil bertanyakan masalah ini agak lama,just imagine ada seorang gadis berusia 21 tahun dan bakal melangsungkan perkahwinan hanya beberapa bulan lagi menceritakan pada saya tentang masalah yang dialami sejak berusia 13 tahun lagi.Kini setelah 8 tahun dan bakal berkahwin,baru mula mencari penyelesaian kepada masalah keputihan yang telah ditanggung sekian lama.Apa yang saya tuliskan dalam artikel pada 2012 benar-benar menjadi kenyataan kerana keputihan yang selalu dianggap biasa kini telah bertukar menjadi luarbiasa.

Pengalaman saya mengatakan bahawa majoriti wanita di malaysia masih keliru tentang masalah jangkitan mikro organisma yang sering di label sebagai keputihan.Ada sesetengah menganggap ianya adalah fenomena biasa dan akan hilang dengan sendirinya.Anggapan sedemikian adalah tidak benar sama sekali.Fenomena ini akan menjadi luarbiasa apabila mencapai tahap yang disebut dalam bahasa perubatan sebagai “prolong infection” .Candidiaisis,bacterial vaginosis, PID,herpes,gonorrhoea,HPV,HIV,Salpingitis,semua ini bukan fenomena biasa tetapi sememangnya LUARBIASA.

Tidak kurang ramai yang masih beranggapan mikroorganisma keputihan ini mudah dihapuskan dengan memakan suplemen ,jamu, memasukkan bendasing kedalam faraj,pengunaan pembersih yang ada ‘fragrance’,pad herba,tuala wanita yang beraroma,sabun,gel mandian dan yang sealiran dengannya.Bukti-bukti yang didapati dari jurnal sains mendapati masalah ini hanya boleh dirawat dengan cara yang holistik iaitu melawan jangkitan,mengawal pH dan mengembalikan keseimbangan bakteria didalam tubuh.Tidak kurang ramai juga yang beranggapan rawatan antifungal atau antibiotik kurang berkesan dan soalan yang saya terima selalunya “kenapa keputihan saya berulang selepas seminggu?”

Jawapan ikhlas dari saya juga merupakan soalan,berapa lama agaknya keputihan tidak dirawat?1,2,3,4,5 tahun?Dah tu kalau dah tahu terlalu lama kenapa hendak pulih serta merta,tentu ianya akan mengambil masa.Sebenarnya dengan rawatan antifungal paling cepat seseorang itu sembuh dari jangkitan kulat candida sahaja pun mengambil masa 6 bulan sehingga 2 tahun.Itu pun bergantung kepada penjagaan dari bahan –bahan yang saya sebutkan diatas dan penokokan bakteria baik.Bukan menjadi kehairanan lagi sebab ada juga kes-kes yang telah mencapai usia 20 tahun dan masih belum mendapat keseimbangan bakteria sepenuhnya.Keseimbangan hanya boleh diperolehi hanya dengan penjagaan dan dikuti dengan diet yang seimbang.

Apa yang saya khuatiri apabila dari remaja lagi tidak mendapat informasi yang betul dan masih berpegang pada persepsi yang songsang bakal meningkat dewasa kelak dan menjadi seperti segelintir wanita yang selalu suka berkata,"saya tiada masalah keputihan"akhirnya didiagnosis salpingitis atau ectopic pregnancy dan yang lebih malang lagi menghidap kanser serviks.Mereka kini sedang menangis mengenangkan nasib yang malang di atas ketidak perhatinan terhadap penjagaan yang betul.


Rasanya,telah banyak informasi tentang kesihatan dan penjagaan kesihatan wanita telah saya kongsikan walaupun dalam keadaan harian yang sentiasa sibuk.Ribuan soalan telah saya jawab sejak dari tahun 2008 lagi,namun saya tidak pernah jemu dan tidak akan berputus asa dari perjuangan ini.Pesanan saya sekali lagi betulkan persepsi,jaga kebersihan,jaga pH faraj kekalkan pH3.8-4.2,lebihkan diet berasaskan bakteria baik,mudah-mudahan usaha ini membantu menjauhkan penyalit kronik yang berputik dari hanya sekedar keputihan biasa. sahaja.

Semoga Bermanfaat 


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Ahad, 9 Februari 2014

Kanser Serviks Sifar

Bismillah,
Semoga semua pengunjung beragama Islam blog ini dirahmati dan dilindungi Allah swt dan sentiasa dibawah pelindunganNya.

Kita baru sahaja sebulan memasuki tahun 2014,masa berlalu begitu pantas dan dalam usaha kita mengejar kejayaan duniawi kita sering terlupa akan haq pencipta yang sering kita abaikan dalam perjalanan hidup yang serba singkat ini.Apa yang saya maksudkan ialah penjagaan bahagian intim dan yang ingin saya sentuh disini adalah masalah yang semakin menghimpit dan membebankan ramai keluarga melayu Islam apabila didiagnos penyakit yang menjadi igauan ngeri setiap wanita di muka bumi ini iaitu KANSER SERVIKS.

Bulan januari 2014 lalu ,saya telah berkesempatan melawat seorang mangsa kekejaman kuman hpv type 16 yang dikatakan sains sebagai salah satu punca penyakit kanser,namun secara realiti ianya belum benar-benar dikenal pasti.Suasana sedih dan sebak sangat melihatkan seorang wanita yang pernah saya kenal sejak puluhan tahun dahulu kini terlantar tdak bermaya,sesekali mengerang kesakitan akibat sel-sel kanser yang tidak pernah kenal belas kasihan yang telah mula menganas dan memamah hingga sampai ke buah pinggang kirinya.SubhanAllah

Yaa Allah beri lah wanita ini kekuatan iman dan ketabahan,kurniakan lah sebanyak-banyak pahala atas penderitaan yang di tanggung dan sembuhkan lah penyakit seandainya takdir ajalnya belum sampai.Aaminnn

Keinsafan yang mendalam membuatkan saya berazam untuk membantu memberikan kesedaran kepada semua wanita Islam supaya dapat melengkapkan diri dengan serba sedikit ilmu pengetahuan tentang KANSER SERVIKS dan fakta-fakta sains.Walaupun saya pernah menulis beberapa artikel dan banyak soalan yang telah saya jawab mengenainya yang diemailkan kepada saya,namun itu masih lagi tidak memadai memandangkan peningkatan kes-kes baru yang sangat ketara akhir-akhir ini.maka saya perlukan kesinambungan usaha untuk teruskan perjuangan.Maka tambahan daripada usaha sediada,saya akan memulakan dalam bulan febuari 2014 ini kempen kanser serviks sifar.Semoga Allah swt mempermudahkan usaha ini dan memberi kejayaan yang belum pernah saya lihat selama ini.InsyaaAllah


Realitinya kita tidak akan dapat mencapai target sifar namun biarkan lah ianya menjadi ayat yang boleh memotivasi minda dan emosi kita.

Sila klik untuk membesarkan gambar

gif


Rabu, 1 Januari 2014

Barah Ketika Hamil

gif
Bismillah,
Satu masa dahulu kes seorang wanita yang didiagnos barah ketika hamil amat jarang berlaku,ianya hanya kes terpencil sahaja dan disebabkan itu maka kurang pendedahan dan pengalaman membuatkan ramai para doktor pakar mendapati sukar untuk mengendalikan kes yang sedemikian.


Sehingga akhir abad ini apabila semakin bertambah ramai pesakit barah wanita yang telah mula menerima hakikat dan memberi kerjasama yang baik telah membuka era baru dalam pengumpulan data-data dan telah berjaya membantu pakar dalam kaji selidik yang mereka jalankan.

Dari pendedahan dan ujian yang telah dilakukan ,maka terhimpun lah sekian banyak informasi yang secara tidak langsung membantu cara pengendalian serta rawatan yang sesuai bagi kes-kes sedemikian.Menerima hakikat terpaksa hidup bersama sel barah semasa kehamilan adalah suatu pengalaman yang duka buat pesakit namun ianya menjadi pengalaman yang amat berharga untuk generasi akan datang.

Perkara utama yang perlu difahami bahawa seseorang wanita yang hamil dalamasa yang sama menghidap penyakit barah masih boleh melahirkan seorang bayi yang sihat disebabkan sel barah didapati amat jarang merebak sehingga boleh memudaratkan janin.Walaupun terdapat beberapa kes ,dimana sel kanser merebak sehingga ke placenta(uri) namun dalam kebanyakkan kes ianya berhenti setakat disitu sahaja.

Mengikut statistik, peringkat umur pesakit barah yang hamil pada masa yang sama adalah dalam lingkungan umur 32 hingga 38 tahun. Secara amnya,terdapat 6 jenis barah yang lazimnya dihidapi oleh pesakit yang hamil.Ini termasuklah:

1. Payu dara.


2. Pangkal rahim.


3. Limfoma.


4. Tiriod.


5. Leukimia.


6. Malignant melanoma.

Menduduki di tempat teratas sekali adalah barah payu dara dimana nisbahnya adalah 1 dalam 3000 kehamilan.Dari itu kepada wanita apabila telah disahkan hamil dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan payu dara sama ada diklinik atau boleh juga dilakukan sendiri di rumah.Pastikan jika terdapat sesuatu yang abnormal, sebaik-baiknya jalani lah ujian diklinik,jangan tunggu sehingga selepas bersalin.

Untuk tulisan kali ini,biarlah saya memfokuskan kepada jenis barah yang lebih sinonim kepada wanita dan berada ditempat kedua iaitu barah pangkal rahim ketika hamil.

Fakta menunjukkan wanita yang menghidap barah pangkal rahim ketika hamil amat jarang berlaku,rata-rata hanya satu dalam 1000 kehamilan.

Berfikir lah secara positif,seseorang wanita itu harus memahami apabila didiagnos barah setelah kehamilan,ianya bukan disebabkan oleh kandungan atau kehamilan.Ianya berlaku secara kebetulan dan telah dibuktikan secara ilmiah barah dan kehamilan adalah merupakan 2 keadaan yang berbeza.Jangan pula sampai ada yang cuba menyalahkan diri sendiri.

Perlukah saya mengugurkan kandungan ?

Oh! Tentu sekali tidak,selain haram disisi agama (jika tidak memudaratkan)malahan ramai pakar O&G juga berpendapat pesakit yang menghidap barah pangkal rahim tidak perlu mengugurkan kandungan disebabkan kajian yang pernah dilakukan mendapati mengugurkan kandungan tidak bermanfaat untuk menghalang sel barah daripada terus merebak.

Jika pesakit yang telah disahkan menghidap barah pangkal rahim ketika hampir sembilan bulan kehamilan,rawatan biasanya ditangguhkan sehingga pesakit selamat bersalin.Bagi sesetengah kes,induksi akan diberi untuk mempercepatkan proses kelahiran. Apa pun diagnosis perlu dilakukan untuk mengetahui tahap barah dan rawatan pula akan diberi berdasarkan usia kandungan.

Wanita hamil yang menghidap barah perlu menerima rawatan paling optimum. Dalam masa yang sama,perlu memastikan rawatan yang diberi adalah berisiko yang terendah untuk kandungan.

1. Kimoterapi
Rawatan ini perlu diberi hanya selepas minggu ke-12. Namun, kesan daripada rawatan ini akan menyebabkan ibu kerap loya dan muntah. Disebabkan itu, ibu mungkin mengalami anemia atau kurang mineral hingga menjurus kepada risiko bayi dilahirkan kecil ataupun dilahirkan awal.

2. Radioterapi
Walau pun terdapat kajian yang menunjukkan rawatan ini selamat dalam dos yang sangat rendah, majoriti pakar tidak menggalakkan pesakit diberi rawatan menngunakan radioterapi ketika hamil.

3. Pembedahan
Bagi penghidap barah payu dara, pembedahan biasanya dilakukan dan ia selamat dan tidak menjejaskan kandungan.

Prognosis(peluang untuk sembuh)bagi wanita yang hamil agak seimbang dengan wanita biasa yang ditahap yang sama namun tetapi kemungkinan kelewatan didiagnos dan mendapatkan rawatan boleh mengakibatkan barah merebak dan tidak terkawal.Tambahan dengan jumlah hormon yang dihasilkan ketika hamil berpotensi menyebabkan komplikasi yang lebih serius.

Apapun selepas disahkan bebas daripada barah pangkal rahim, pesakit boleh mengandung semula selepas tempoh dua tahun. Namun, kebiasaannya tahap kesuburan bekas pesakit barah amat rendah dan ini agak menyukarkan kehamilan.

Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 


Rabu, 18 Disember 2013

Anak Kecil Keputihan - Apa Harus Anda Lakukan

gif
Bismillah,

Baru-baru ini saya mendapat soalan yang saya kira unik juga dari seorang wanita yang memohon supaya saya membantu meleraikan kekusutannya memikirkan masalah yang dialami oleh anak kecilnya.Anak perempuan wanita tersebut baru berusia 4 tahun dan didapati mengalami keputihan seperti juga orang dewasa apabila terdapat cecair kekuningan yang melekat di seluar dalamnya.

Idea untuk menulis tajuk artikel ini juga bertepatan sekali dengan peristiwa tersebut dan semoga ianya dapat membantu ramai lagi golongan ibu-ibu atau bakal ibu untuk memahami keadaan ini seandainya ianya berlaku kepada anak perempuan sendiri ye..yang paling utama sekali saya nasihatkan supaya jangan panik,cuba hadamkan ‘content’ yang akan saya tuliskan dalam artikel ini,InsyaaAllah dapat membantu.

Masalah anak tadi juga sering berlaku pada kanak-kanak lain yang belum baligh tetapi tidak ramai ibubapa yang membawa anak mereka untuk mendapatkan nasihat atau rawatan.Lazimnya,keluar cecair berwarna kuning juga disertai dengan kulit dibibir faraj kemerahan dan gatal.

Antara punca masalah ini mudah berlaku pada kanak-kanak ialah:-

Faktor pertama adalah penjagaan kebersihan dibahagian kemaluan.Kanak-kanak perlu dididik sedari kecil lagi tentang cara yang betul mencuci kemaluan selepas ketandas.Cara yang betul dan perlu dipraktikan juga untuk orang dewasa ialan dengan mencuci kemaluan dari depan ke belakang dan bukan sebaliknya.Dengan cara ini dapat mengelakkan najis dari dipalit masuk kedalam faraj atau pundi kencing.Mengeringkan kawasan kemaluan selepas mencuci dengan tuala lembut dan sebaik-baiknya dielakan pengunaan sabun yang mengandungi haruman.

Jika perlu mengguna pencuci sekalipun pastikan ianya ada pH3.8 – 4.2 yang diperakui pakar seluruh dunia bagi kegunaan kawasan intim.Untuk seluar dalam pula bagi kanak-kanak yang kerap mengalami alahan atau kegatalan,cuba belikan seluar dalam dari jenis kapas/cotton dan sebaik-baiknya jangan dipakaikan seluar yang terlalu ketat bagi mengelak dari berpeluh dan lembab dikawasan tersebut ye….

Faktor kedua kemungkinan kanak-kanak mengeluarkan cecair kekuningan boleh berpunca dari jangkitan kuman yang selalunya banyak dan disertai oleh bau.Sebagai contoh,kandida boleh menyebabkan seseorang mengalami pengeluaran discaj yang berketul dan gatal. Tetapi bagi kanak-kanak, ianya amat jarang berlaku. Kuman –kuman lain juga boleh menjangkiti kanak-kanak dan ini memerlukan ujian bagi mengdiagnosis keadaan sebenar.

Selain itu,cacing kerawit,benda asing seperti pasir boleh termasuk kedalam kemaluan kanak-kanak semasa bermain-main juga boleh menyebabkan masalah ini.

Dalam banyak kes kanak-kanak yang dibawa oleh Ibubapa mereka keklinik didapati bukan semua berpunca dari kuman tetapi kebanyakkanya disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen.Perlu difahami,terdapat dua peringkat umur dimana seseorang itu akan mengalami kekurangan hormon estrogen iaitu semasa zaman kanak-kanak dan menopos.

Akibatnya kemaluan akan menjadi kering dan lapisan dinding menjadi nipis,sedikit sahaja jangkitan kuman akan menyebabkan cecair kuning dan kadangkala pendarahan. Ibu-Ibu tidak perlu panik atau khuatir disebabkan perkara ini hanya bersifat sementara ye…

Semoga Bermanfaat

Selasa, 3 Disember 2013

Keputihan Ketika Hamil Bahaya Terhadap Bayi

gif
Bismillah,
Soalan yang sering ditanyakan kepada saya melalui email dan saya siarkan semula pencerahan terhadap kemusykilan para pengunjung blog ini.Semoga bermanfaat dan dapat sedikit sebanyak dapat membantu ramai bakal ibu untuk memahami hakikat sebenar masalah yang selalu dikatakan biasa namun tetapi bakal menjadi luarbiasa jika tidak ditanggani dari awal lagi.
 
Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.

Bahaya keputihan ketika hamil serta kesan yang bakal dibawa terhadap bayi

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro oranisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya.


Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1. Chlamydia

Keputihan yang dibawa oleh Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2. Kuman Herpes Simpleks
 
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican

Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman HPV

Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5. Neisserea Gonorrhoea


Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.



Kajian Terkini Tentang Kulat Candida


Kajian yang paling terkini mendapati jenis keputihan yang seringkali menjangkiti wanita yang hamil iaitu kulat candida albican bukan sekedar jangkitan biasa lagi sepertimana ramai wanita fahami tentangya.Menurut saintis yang menjalankan penyelidikan,tentang candida albican,kulat yang cepat membiak apabila berlaku ketidakseimbangan bakteria didalam tubuh wanita boleh menyerap masuk ke dalam tisu dan akhir sekali ke dalam saluran darah.Apabila ini berlaku,ianya bukan sahaja menjadi bahaya tahap biasa malahan boleh membawa maut.

Nasihat saya supaya wanita hamil lebih peka tentang perkara ini dan lakukan lah rawatan secepat mungkin,samada dengan antifungal atau terapi herba alternatif yang didapati juga berkesan dan selamat serta tiada kesan sampingan untuk diguna oleh wanita yang hamil.

Akhir sekali,banyak tulisan dalam artikel-artikel dan nasihat yang telah diberikan oleh pakar kepada wanita-wanita yang hamil supaya tidak memandang ringan masalah keputihan .Amatlah bertepatan sekali jika diamati risiko-risiko yang perlu ditanggung seandainya wanita hamil gagal bertindak dengan bijaksana dalam situasi ini.


Mengenal simtom keputihan adalah perkara yang utama,perlu di ketahui oleh semua wanita hamil disebabkan tiada lagi kaedah yang paling sesuai selain empunya diri yang mengesan awal sesuatu jangkitan terhadap diri mereka.Mengenal simtom dan bertindak awal mungkin boleh membantu ibu dan anak yang sedang di kandung daripada menanggung derita emosi dan kecacatan kekal seumur hidup.

Semoga bermanfaat 


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑