Rabu, 14 Ogos 2013

Masalah Yang Sering Dialami Wanita Ketika Haid

gif
Bismillah,
Selamat menyambut hari raya aidilfitri,maaf dzahir dan batin

Memandangkan terdapat banyak soalan-soalan yang ditanyakan adalah berkaitan haid,kali ini saya akan cuba menfokuskan artikel ini dari sudut haid yang mudah difahami,semoga dengan izin Allah s.w.t ianya bermanfaat dan berjaya membantu ramai kalangan wanita mentelah lagi remaja yang masih samar-samar tentang persoalan haid yang kadangkala mengelirukan ibarat teraba-raba didalam gelap.

Haid : Kitaran dan Fungsi

Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk hamil. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah.Sementara tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid
.
Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina. 

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid  bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. 

Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis remaja  adalah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Antara punca berlakunya gangguan haid.

Kegemukkan (obesity) merupakan antara punca utama yang menyebabkan pusingan haid  terlewat  atau jaraknya yang berpanjangan , mungkin jarak 6 – 9 bulan atau lebih di antara satu sama lain. Keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidaksuburan. Ada di kalangan mereka yang tumbuh rambut pada kaki atau misai. Apabila dilakukan vaginal ultrasound kedua ovari mereka didapati bengkak dan tidak menetas ke dalam rahim(Polycystic ovary).

Bagi seseorang wanita yang perjalanan haidnya tetap dan teratur, apabila  mengalami gangguan pada pusingan haidnya bermakna sesuatu perkara sedang berlaku. Salah satu puncanya ialah kemungkinan hamil. Apabila kehamilan terjadi haid dengan tersendirinya akan berhenti. Wanita yang menyusukan anak juga mendapati perjalanan haidnya terganggu. Ketika penyusuan bayi, hormon susu (Prolactin) meningkat dalam aliran darah ibu. Hormon ini menghalang penetasan telur berlaku dan menghentikan kitaran haid. 

Peningkatan paras hormon susu (prolactin) juga boleh disebabkan oleh ketumbuhan dalam kelenjar pituitary menyebabkan haid tidak berlaku atau hanya datang sekali-sekala sahaja.Ianya juga menandakan seseorang wanita yang kurang subur.Gangguan hormon mungkin juga boleh berpunca dari ketumbuhan dalam kelenjar ovari. Ketegangan rohani atau tekanan jasmani seperti kesedihan oleh sebab kematian ibu bapa atau yang lainnya, boleh juga melambatkan kedatangan haid.


Antara punca-punca berlaku haid berlebihan dan berpanjangan

1.  Ketumbuhan bukan kanser - Wanita yang mengalami keluaran darah haid yang berlebihan atau berpanjangan daripada biasa, tandanya ada penyakit, khususnya jika keluaran darah haid yang banyak disertai dengan senggugut. Gangguan haid seperti ini jika melibatkan wanita dalam usia 30 tahun hingga 50 tahun keatas, mungkin menandakan sesuatu penyakit tumbuhan bukan kanser pada pangkal rahim seperti ‘cervical polyp’ atau dalam rahim seperti ‘fibroid’ atau ‘Adenomyosis’.Cervical polyp adalah daging sangat kecil berwarna merah berbentuk bulat yang tumbuh di merata-rata tempat. Fibroid ialah ketumbuhan yang  teksturnya kelihatan seperti sabut kelapa apabila dikupas. Ia boleh membesar dengan banyak jika dibiarkan.

2.  Kanser Pangkal Rahim – Perkara yang paling menakutkan lagi ialah tumbuhan kanser rahim atau  pangkal rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan berpanjangan keluar dari faraj.

3.  Penggunaan alat perancang keluarga - Wanita yang menggunakan alat dalam rahim (IUD-Intra-Uterine Device) juga boleh mengalami masalah pendarahan yang berpanjangan dan berlebihan. Mereka yang menggunakan kaedah suntikan atau ‘implant’ hormon sebagai cara mencegah kehamilan kadang-kala mengalami maslah perdarahan bersifat sedikit demi sedikit tetapi berpanjangan.

4.  Kehamilan luarbiasa - Keadaan ini mungkin juga menandakan kandungan yang terancam keguguran (Threatened abortion), keguguran, kandungan anggur (molar pregnancy), kehamilan di luar rahim.

Antara jenis-jenis pendarahan abnormal:
  1. Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining)dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidak-seimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sejenis ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor 
  2. Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30 puluhan dan telah berkahwin dan telah pun mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.
  3. Perdarahan lepas putus haid. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon oestrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon oestrogen.

Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Antaranya adalah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid atau kesakitan ketika melakukan hubungan seksual.


Semoga Bermanfaat,

 
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 


































Selasa, 2 Julai 2013

Barah Payu Dara - Cara mengesan awal

Bismillah,

Mengikut statistikKementerian Kesihatan bagi tahun 2011, kes barah payudara mencatat 18.1 peratusberbanding kanser usus (12.3 peratus), paru-paru (10.2 peratus) nasofarinks(5.2 peratus) dan servik (4.6 peratus).Secara tidak langsung ini meletakkan barahpayudara sebagai PEMBUNUH UTAMA WANITA berbanding barah –barah lain dengan anggaran 29 bagi setiap 100,000 wanitamenghidapnya.
Barah payu dara berlakuakibat dari sel- sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yangtidak terkawal. Disebabkan ianya tidak dikesan awal dan dirawat sesegera yang mungkin,barah ini boleh menular ke organ lain seperti kelenjar limfa ,tulang, paru-paru dan hati.

Walaupun punca sebenar barahpayudara masih belum di ketahui namun setiap wanita berusia 20 tahun ke atas dikhuatiriberisiko.Menurut beberapa kajian, berikut adalah antara faktor-faktor yangmenjadikan seseorang itu berisiko tinggi menghidap barah payu dara :
  • Usia yang meningkat
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  • Telah mendapat kanser pada satu payudara.
  • Muladatang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur melebihi 50 tahun.
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30tahun.
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.
Tatkala punca sebenar masihsamar-samar,wanita disaran supaya mengambil langkah yang lebih pro aktif dalammenanggani masalah ini dengan cara pengesanan awal selain dari melakukanpemeriksaan berkala setiap tahun.Insya’Allah

Atas kesedaran ini dan fakta85% benjolan di payudara ditemui sendiri oleh pesakit secara kebetulan maka sayatuliskan beberapa kaedah/cara bagi melakukan pemeriksaan kendiri supayapengesanan awal barah payudara dapat dilakukan bagi wanita yang masih belummengetahui cara-caranya :-

Pemeriksaan kendiri bolehdilakukan dalam 3 tahap iaitu :
  1. Melihatpayudara
  2. Mengurutpayudara
  3. Merabapayudara
Antaragejala yang perlu dicermati ketika melakukan pemeriksaan kendiri  adalah seperti berikut:
  • Benjolan pada atau di sekitar payudara setelah habistempoh haid
  • Perubahan pada bentuk dan ukuran payudara
  • Keluar cecair jernih atau kemerah-merahan dariputing
  • Kulit payudara berkedut atau bersisik
  • Kulit payudara berubah menjadi kemerah-merahan(radang) dan berlaku perubahan pada puting (misalnya, mengelupas)
Step 1:
Mulakan dengan melihatpayudara di depan cermin dengan posisi bahu menegak dan kedua tangan dipinggang(rajah 1)

gif
Rajah 1

Perkara yang harusdiperhatikan adalah :
  1. Adakah bentuk dan ukuran payudara seimbang?
  2. Adakah ianya membesar atau mengeras ?
  3. Adakah arah puting tidak lurus ke depan atau berubah arah ?
  4. Adakah puting tertarik ke dalam ?
  5. Adakah puting atau kulit ada yang melecet ?
  6. Adakah ada perubahan warna kulit (kemerahan) ?
  7. Adakah kulit payudara menebal dengan pori-pori melebar (seperti kulit limau)?
  8. Adakah permukaan kulit tidak mulus seperti ada kerutan atau bersisik ?
Step 2:
Angkat tangan dan amati jikaada perubahan-perubahan yang telah disebut pada step 1.(rajah 2)
gif

Rajah 2

Step 3 :
Ketika bercermin, cubacermati samada terdapat cairan yang keluar dari kedua puting (cairan bening,seperti susu, berwarna kuning atau bercampur darah). Picit puting danperhatikan samada terdapat cairan yang keluar.(rajah 3)


Rajah 3
Step 4 :
Periksa payudara dengan caraberbaring. Letakkan tangan kiri di belakang kepala dan sebuah bantal di bawahbahu kiri. Kemudian raba payudara kiri dengan jari jemari kanan, lakukanu jugasebaliknya. (rajah 4)

gif

 Rajah 4

Periksa samada terasa adabenjolan pada payudara atau tidak. Urut perlahan namun mantap dengan tigahujung jari (telunjuk, tengah, dan manis). Pastikan posisi hujung jari mendatarterhadap permukaan payudara. Gunakan gerakan memutar, sekali putaranmengelilingi semua bahagian payudara.
Urut perlahan seluruhpayudara dari atas sampai bawah, kiri kanan, dari tulang bahu sehingga sampaibahagian atas perut dan dari ketiak sampai belahan payudara. Lakukan polamemutar untuk memastikan seluruh payudara sudah di urut. Mula dari puting, buatgerakan memutar semakin lama semakin besar sampai mencapai bagian tepipayudara. Atau boleh juga melakukan urutan naik turun. Gerakan ini bagisebagian besar wanita dianggap lebih efektif. 

Step 5:
Akhir sekali, sentuhpayudara ketika berdiri atau duduk atau sewaktu mandi kerana bagi sesetengahwanita, mereka merasa lebih mudah memicit kulit payudara dalam keadaan basahdan licin. Lakukan dengan gerakan memutar yang sama seperti ditunjukkan dalam step4.(rajah 5)
gif

Rajah 5

Pesanan saya agar wanita rajinbersenam, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Makan makanan sihat jugadapat membantu mencegah barah, contohnya pelbagai beri (strawberi dan raspberi)yang kaya dengan antioksida dan sayur-sayuran hijau (bayam, brokoli dan kobis)dan seboleh-bolehnya elakkan makanan yang diproses juga yang mengandungi banyaklemak.Insya’Allah

Rabu, 5 Jun 2013

Jangkitan Pundi Kencing

gif
Bismillah,

Pada suatu ketika dalam kehidupan, ramai dikalangan wanita yang mengalami infeksi atau jangkitan pundi kencing. Dalam kebanyakan kes, ia tidak serius dan pulih dengan rawatan.

Jangkitan pundi kencing biasanya dikenali sebagai “cystitis” atau keradangan pada pundi kencing. Ianya agak sinonim berlaku pada golongan wanita dan jarang pula berlaku kepada golongan lelaki.

Berdasarkan kajian, anggaran 20 peratus dari golongan wanita sekurang-kurangnya akan mendapat sekali jangkitan seumur hidup mereka. Walaubagaimanapun, risiko golongan lelaki untuk mendapat cystitis ini juga boleh meningkat apabila meningkatnya usia mereka hingga ke satu tahap berlakunya peningkatan sais kelenjar prostat.

Kebanyakan jangkitan pada pundi kencing adalah disebabkan oleh beberapa jenis E.coli .Ianya adalah sejenis bakteria dan kebiasaannya hidup di dalam saluran penghadaman (usus) dan di bahagian kulit sekeliling kemaluan .

Agak sesuatu yang lazim juga bagi wanita mengalami jangkitan pundi kencing selepas melakukan hubungan seks. Persetubuhan yang dilakukan melalui faraj akan memudahkan bakteria ini sampai ke pundi kencing melalui saluran urethra.

Realitinya pencemaran bakteria boleh berlaku di kalangan wanita semasa mengesat dubur dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Bakteria dalam faraj mungkin akan naik ke pundi kencing semasa melakukan hubungan kelamin.

Antaranya wanita yang menggunakan diagfram, iaitu salah satu alat untuk merancang keluarga, juga mudah mendapat jangkitan pada pundi kencing. Ini berlaku mungkin disebabkan alat ini menekan pada pundi kencing dan mengakibatkan pundi kencing tidak mengosong dengan baik. Keadaan ini akan mengakibatkan bakteria membiak dengan cepat pada takungan air kencing atau baki air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

Wanita hamil juga cenderung mendapat jangkitan disebabkan penekanan pada pundi kencing oleh kandungan yang semakin membesar.

Malangnya sehingga ke hari ini ramai sientis masih belum menemukan jawapan yang tepat tentang mengapa golongan wanita lebih berisiko mendapat jangkitan pundi kencing berbanding lelaki. Kesimpulannya, mereka beranggapan bahawa ia berkemungkinan disebabkan wanita mempunyai urethra yang pendek.

Urethra ialah saluran yang membawa air kencing keluar dari pundi kencing. Laluan yang singkat ini, iaitu lebih kurang satu inci setengah, menyebabkan bakteria mudah untuk masuk semula ke dalam pundi kencing.

  • Berikut adalah antara gejala
  • Kencing dengan kerap
  • Rasa sakit atau rasa pedih selepas kencing
  • Rasa hendak kencing lagi walaupun tiada air kencing (tidak puas)
  • Rasa sakit di bahagian bawah abdomen
  • Kencing berdarah atau kencing yang berbau
  • Demam sederhana
Gejala lebih serius pula akan berlaku apabila jangkitan telah melintasi pundi kencing.Antaranya adalah:
  • Demam yang tinggi berserta dengan rasa sejuk dan menggigil
  • Loya dan muntah
  • Sakit di bahagian belakang pinggang
Tips pencegahan yang baik jika diamalkan 
  • Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda 
  • Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
  • Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air
  • Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing.
  • Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.
  • Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.
  • Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.
  • Tukar tuala wanita dengan kerap semasa haid
  • Elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat
Perlu difahami jangkitan pundi kencing ini jika ditahap yang serius tidak hanya boleh dibiarkan tanpa rawatan yang spesifik atau menanggung risiko ianya menular dan merosakkan buah pinggang.

Semoga bermanfaat 


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI


Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (sila klik) 0163900266


Sabtu, 11 Mei 2013

Bengkak Alat Kelamin Wanita (Bartholin Cyst)

gif
Bismillah,

Dalam banyak email yang saya terima sejak membuka ‘talian hayat’ diblog ini,hampir 15% soalan adalah mengenai bengkak alat kelamin atau masalah bartholin cyst iaitu keadaan dimana kelenjar bartholin tersumbat.Bagi memudahkan pengunjung setia blog ini,berikut adalah pencerahan dengan bahasa yang mudah difahami tentang masalah yang kian melanda ramai wanita moden kini.

Setiap wanita mempunyai sepasang kelenjar Bartholin, satu di kanan dan satu lagi di kiri bahagian berhampiran pintu faraj. Kelenjar ini berfungsi bagi menghasilkan cecair sebagai pelincir alami apabila seseorang wanita terangsang nafsunya.

Lazimnya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar apabila seseorang wanita mengalami rangsangan seksual berulang kali. Bartholin cyst sebenarnya tidak mendatangkan masalah ketika hubungan seks penetratif dan jika saisnya masih kecil cukup sekedar mendapatkan ‘warm shower’ selama 20 minit 3 kali sehari mungkin membantu mengurangkan kebengkakan.

Kebimbangan sesetengah wanita antara kaitan bartholin cyst dengan kanser sama sekali tidak berasas disebabkan peratusannya menyebabkan kanser sangat rendah. Walaubagaimanapun pesakit boleh memilih samada untuk menjalani pembedahan pada masa yang terdekat walaupun ia sebenarnya masih kecil dan belum mendatangkan masalah atau boleh sahaja menunggu sehingga ia membesar barulah menjalani pembedahan.

Namun jika ia telah membentuk abses Bartholin iaitu bengkak nanah (abcess) yang juga dikaitkan dengan jangkitan kuman dan pesakit mula merasa sakit serta demam maka jalan keluar yang terbaik adalah mendapatkan rawatan segera.

Secara protokol rawatan terbaik adalah incisional dan drainage untuk mengeluarkan nanah dan pengambilan antibiotik. Selain itu terdapat juga beberapa kaedah pembedahan sama ada secara prosedur yang dinamakan 'marsupialization' menggunakan pembiusan di bilik bedah. Ia juga boleh dilakukan secara menyedut menggunakan jarum yang dipasang pada picagari. Secara perbandingan, prosedur 'marsupialization' lazimnya dapat mengurangkan risiko ia berulang kerana ia juga membuka laluan baru untuk cecair dikeluarkan.

Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI


Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba

Rabu, 3 April 2013

Memahami pH Faraj wanita


gif
Bismillah,

Alat sulit wanita merupakan organ reproduksi wanita yang sangat mudah dijangkiti. Ini disebabkan batas antara urethra dengan dubur yang sangat dekat sehinggakan mikro organisma keputihan seperti kulat, bakteria, parasit ataupun virus mudah memasuki melalui liang faraj.Adapun di dalam faraj seseorang wanita terdapat berbagai jenis bakteria dimana 95 % daripadanya adalah jenis lactobacillus dan selebihnya adalah patogen. Dalam keadaan flora semulajadi didalam faraj yang seimbang, bakteria patogen tidak akan mengganggu. Namun apabila keseimbanganya terganggu, contohnya apabila tahap keasidan menurun, pertahanan semulajadi juga akan turut menurun dan ini memberi ruang berlakunya jangkitan.Antara puca timbulnya gangguan boleh disebabkan oleh pengambilan pil pencegah kehamilan, penyakit diabetes mellitus, pengambilan antibiotik dalam dos yang tinggi, darah haid, cairan sperma, menyembur air ke dalam faraj (douching), dan gangguan hormon seperti kehamilan atau menopaus dll.


Perlu difahami bahawa flora semulajadi alat sulit wanita merupakan lingkaran kehidupan yang dipengaruhi oleh dua unsur utama iaitu estrogen dan bakteria lactobacillus atau bakteria baik. Estrogen berfungsi dalam menentukan kadar zat gula sebagai simpanan tenaga dalam sel tubuh (glikogen). Glikogen merupakan nutrisi dari lactobacillus yang akan dimetabolismakan untuk pertumbuhan. Sisa metabolisma kemudian akan menghasilkan asid laktik yang menentukan suasana keasidan di dalam faraj dengan potential hydrogen (pH) sekitar 3.8 – 4.2. Tahap keasidan ini membolehkan lactobacillus hidup dengan subur dan bakteria patogen (jahat) akan mati. 


Secara alami,faraj wanita dapat melindungi dirinya daripada jangkitan melalui pH berasid yang rendah namun apabila keseimbangan ini berubah maka ianya membuka peluang bagi mikro organisma keputihan menyerang dan boleh mengakibatkan jangkitan pada faraj.Keadaan ini juga dapat dikesan apabila faraj mula terasa gatal atau keluarnya lelehan yang telah berubah pada warna atau bau. Perkara yang perlu diketahui adalah keseimbangan flora semulajadi didalam faraj wanita amat sensitif pada perubahan  persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) faraj.


Apakah normal untuk bakteria berada didalam faraj?

Faraj mempunyai dunia kecilnya sendiri dan sesetengah daripada bakteria ini merupakan bakteria ‘penghuni’ tetap dalam faraj. Dalam kebanyakan kes, bakteria dan organisma yang berada didalam faraj ini mungkin meningkat atau menurun dari masa ke semasa. Terdapat lebih daripada 30 jenis berlainan dan para wanita tidak perlu risaukan tentang kehadiran mereka. Sebahagian besar daripadanya dikenali sebagai lactobacilli atau bakteria yang bermanfaat yang bekerja keras untuk memastikan faraj sentiasa sihat dengan mengekalkan keasidan pH didalam faraj.


Fakta mengenai bakteria baik : Lactobacilli

  •  Bakteria yang paling dominan menetap didalam faraj.
  • Ianya membantu faraj agar sihat dengan membebaskan hidrogen peroksida.Hidrogen peroksida ini mengawal perkembangan bakteria lain dan melaluinya, persekitaran yang “normal” dan “seimbang” dapat dikekalkan.
  •  Lactobacilli juga menghasilkan asid laktik yang menyebabkan pH keasidan faraj.
  • Lebih banyak lactobacilli didalam faraj adalah lebih baik disebabkan ia melindungi faraj daripada jangkitan.


Menurut beberapa kajian tahap pH produk yang sesuai untuk membersihkan faraj ialah antara 3.8 hingga 4.2. Kebanyakkan sabun atau gel mandi yang terdapat dipasaran mempunyai tahap pH yang melebihi daripada 7. Ketidaksesuaian ini akan mengakibatkan gangguan pada flora bakteria semulajadi didalam faraj dan juga boleh memungkinkan jangkitan berlaku.

Semoga Bermanfaat

 
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑