Isnin, 4 Julai 2016

Mentega vs Margerin - Mana yang lebih bermanfaat ?

Bismillah,

Saban hari kita didendangkan dengan sejumlah besar maklumat yang salah tentang nutrisi pemakanan di internet.Malahan terdapat dikalangan pakar sendiri yang sering mengatakan perkara-perkara yang mencabar minda tanpa sandaran asas yang saintifik.

Sebagai contoh, apabila mereka sering memberitahu orang ramai supaya menggantikan mentega dengan marjerin yang dibuat dari kilang.

Mengantikan sesuatu yang asli kepada tiruan…emmm,apapun jom kita lihat terlebih dahulu perbezaan antara keduanya sebelum membuat keputusan untuk diri sendiri.

Perbezaan antara Mentega dan Margerin

Mentega dan marjerin dibuat atas tujuan yang sama untuk kegunaan sebagai bahan membuat kuih,memasak dan juga sapuan roti.

Mentega adalah antara makanan yang telah di uji zaman kerana telah digunakan sejak berabad lamanya.Ianya hanya diperbuat dari putaran lemak susu lembu sehingga menjadi produk akhir iaitu Mentega.

Sementara marjerin sama sekali berbeza.Ianya adalah makanan yang diproses, dicipta untuk menggantikan mentega. Bahan utama yang digunakan adalah minyak sayuran bersama-sama dengan pengemulsi, pewarna dan pelbagai bahan-bahan tiruan lain.

Realitinya,minyak sayuran akan cair pada suhu bilik dan antara sebab mengapa marjerin perlu melalui proses hidrogenasi untuk tahan cair (lebih keras) dan juga memanjangkan jangka hayat produk.

Lebih malang lagi proses hidrogenasi ini akan juga menukar minyak sayuran kepada lemak trans.Hidrogenasi sebenarnya melibatkan pendedahan minyak kepada haba yang tinggi, tekanan tinggi, gas hidrogen dan pemangkin logam.

Hidrogenasi menjadikan lemak tidak tepu menyerupai lemak tepu namun lemak hidrogenasi juga dikenali sebagai lemak trans yang sangat bertoksik dan berkait rapat dengan penyakit jantung (1,2).

Selama ini mesin propaganda barat sering menyalahkan mentega sebagai mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi yang boleh menyebabkan penyakit kardovaskular NAMUN tetapi kajian menunjukkan bahawa tuduhan ini sebenarnya tidak berasas sama sekali.

Satu kajian besar yang diterbitkan pada tahun 2010 telah menganalisa semula data dari 21 kajian yang melibatkan sejumlah 347,747 peserta (3).

Berikut adalah keputusanya…

Penyelidik mendapati kaitan antara lemak tepu dan penyakit kardiovaskular sama sekali tidak benar. Kajian-kajian lain membawa kepada kesimpulan yang sama (4,5).

Pengambilan lemak tepu sebenarnya memperbaiki profil lipid darah. Ianya meningkatkan HDL (kolesterol baik) dan merubah LDL yang kecil (tidak baik) kepada LDL besar (sangat baik) (6, 7, 8,9,10).

Melainkan jika seseorang itu mengalami keadaan perubatan seperti hiperkolesterolemia familial, maka tiada sebab untuk takut menyertakan lemak tepu atau kolesterol dalam diet.

Walaubagaimanapun mengamalkan mentega dalam kadar yang sederhana amat bermanfaat disebabkan secara semulajadi tubuh kita memerlukan lemak bagi membantu menstabilkan hormon.

Sumber Rujukan:

1) Effect of Dietary trans Fatty Acids on High-Density and Low-Density Lipoprotein Cholesterol Levels in Healthy Subjects
http://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJM199008163230703

2) Dietary Fat Intake and the Risk of Coronary Heart Disease in Women
http://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJM199711203372102

3) Meta-analysis of prospective cohort studies evaluating the association of saturated fat with cardiovascular disease
http://ajcn.nutrition.org/…/…/01/13/ajcn.2009.27725.abstract

4) A systematic review of the evidence supporting a causal link between dietary factors and coronary heart disease.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19364995

5) The Questionable Role of Saturated and Polyunsaturated Fatty Acids in Cardiovascular Disease
http://www.jclinepi.com/arti…/S0895-4356(98)00018-3/abstract

6) Change in dietary saturated fat intake is correlated with change in mass of large low-density-lipoprotein particles in men
http://ajcn.nutrition.org/content/67/5/828.short

7) Saturated fat, carbohydrate, and cardiovascular disease
http://ajcn.nutrition.org/content/91/3/502.short

8) Low density lipoprotein particle size and coronary artery disease.
http://atvb.ahajournals.org/content/12/2/187.short

9) Atherosclerosis and Lipoproteins
Low-Density Lipoprotein Subfractions and the Long-Term Risk of Ischemic Heart Disease in Men
http://atvb.ahajournals.org/content/25/3/553.short

10) Small, Dense Low-Density Lipoprotein Particles as a Predictor of the Risk of Ischemic Heart Disease in Men
http://circ.ahajournals.org/content/95/1/69.abstract

0 ulasan:

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑