Bismillah,
Pada artikel april 2012,saya telah menulis secara ringkas
tentang perkara yang amat digeruni oleh wanita diseluruh dunia bertajuk kanser
serviks namun sepanjang tahun 2012
juga sehingga kini saya masih menerima banyak email-email soalan daripada mereka yang masih
keliru tentang gejala kanser servik serta kaedah-kaedah pencegahan yang sesuai.
Kali ini saya masih ingin menulis atas tajuk yang sama cuma
bezanya ialah dengan input yang lebih jelas supaya mudah difahami.Semoga Allah
Subhanahu Wata’ala memberkati dan
merahmati kita semua serta dijauhkan daripada musibah penyakit yang amat misteri abad ini.Walaupun dunia
manusia dikurniakan dengan kemajuan dan kehebatan sains moden yang berpaksikan
‘evidence based’ namun kelemahan manusia amat ketara sekali apabila masih gagal
mengesan ribuan fenomena baru yang berlaku dalam kehidupan manusia khususnya
kesihatan.
Saya mulakan dengan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) yang melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 700 wanita di Malaysia
maut akibat kanser serviks pada setiap
tahun.Punca sebenarnya juga agak masih menjadi misteri namun dari kajian
saintis ,terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh
jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ).Terdapat lebih dari 100 jenis HPV dan kajian menunjukkan 99.7% daripada kes-kes
kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18
sementara jenis 6 dan 11 pula dikaitkan
dengan ketuat kelamin.
Secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari. Ia
tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam
tempoh 9 hingga 12 bulan. Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka
yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi
tempoh 18 bulan. Diatas sebab-sebab inilah maka ujian pap smear perlu dilakukan
bagi mengesan sel luarbiasa yang dikenali sebagai ‘dysplasia’ sebelum sel kanser servik mula membentuk dan mulai dikesan.Realitinya
pada masa dan saat ini hanya ujian pap
smear mampu mengesan sel luarbiasa ini dan keputusan rawatan juga akan bergantung
kepada jenis sel kanser yang berjaya dikesan.
Lazimnya kanser servik mengambil masa yang agak lama untuk
membentuk dari bermula jangkitan sehingga menjadi prakanser adalah dianggarkan
melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks akan mengambil masa
sehingga 10 tahun atau lebih.
Cara HPV Berjangkit
Cara virus HPV berjangkit terutamanya adalah melalui hubungan seksual dan sentuhan
antara kulit di kawasan genital. Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat
jangkitan HPV sekiranya:-
- Hubungan seksual bermula di awal remaja
- Mempunyai pasangan seks yang ramai
- Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin(STD)
Antara faktor sampingan (co factor)yang menyumbang kepada
terjadinya kanser serviks selepas jangkitan HPV berlaku ialah antaranya merokok,
kerap hamil, jangkitan HIV akibat sistem imuniti yang rendah dan jangkitan kelamin
Antara Gejala Yang Perlu Diawasi!
Tidak semua gejala yang
saya sebutkan sebagai gejala yang perlu diawasi ini memungkinkan kanser serviks disebabkan
masih terdapat lagi ruang untuk gejala yang
sama dari jangkitan keputihan biasa seperti trikomonas,bacterial vaginosis (BV)
atau candida albican umpamanya yang masih boleh dirawat dengan mudah .Sikap
tenang dan tidak terburu-buru
membebankan fikiran dengan sangkaan telah dijangkiti kanser servik sebelum
melakukan ujian pap smear hanya akan merugikan diri dan emosi.
Antara tanda dan gejala yang perlu diawasi adalah seperti
berikut:
- Apabila mengalami perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
- Berlaku perdarahan yang banyak dan yang berpanjangan
- Berlaku perdarahan di antara 2 haid
- Terdapat kehadiran darah beku
- Mengalami perdarahan selepas hubungan seksual
- Sakit semasa melakukan hubungan seksual
- Perdarahan dari vagina selepas putus haid
- Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
- Berbau atau bercampur darah
Vaksin Gardasil dan Cervarix
Berita baiknya ialah sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh
saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV
yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh FDA dan ratusan
negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk
Malaysia.
Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan
kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem
pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung
dalam vaksin tersebut. Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan
virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan
diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks.
Namun, seperkara yang perlu diingat walaupun vaksin ini
berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan
akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas
15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear masih perlu
dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.
Antara kaedah /saranan pencegahan
Pada hakikatnya, hanya dengan mengamalkan cara hidup yang
sihat sebagaimana yang dituntut didalam Islam mungkin dapat mengurangkan
risiko untuk dijangkiti kanser serviks.Berikut
adalah antara beberapa kaedah /sarananyang boleh diamalkan sebagai agen
pencegahan kanser serviks;
- Menambahkan ilmu pengetahuan tentang prakanser dan kanser serviks
- Menjalani ujian saringan pap smear
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman dan pemakanan seimbang.
- Pengambilan buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida yang boleh membantu mencegah kanser
- Mengelakkan daripada tabiat merokok.
- Mengamalkan hubungan seks yang sah dan sihat.Jauhkan dari melakukan seks secara rambang atau dengan ramai pasangan
- Kaedah pelalian dengan pengambilan vaksin HPV
Perkara asas kepada pencegahan adalah menjauhi amalan-amalan
yang tidak sihat dan menjalani kehidupan selaras dengan tuntutan agama kerana
itulah didalam Islam pencegahan lebih diutamakan dari rawatan
Kita dituntut untuk berusaha melengkapkan diri dengan ilmu
supaya mudah meresap tekanan yang bakal datang bersama simptom-simptom yang
agak mengelirukan tentang kanser servik.Namun kita juga dituntut untuk berusaha
mengesan kehadiran mikro organisma yang ‘tidak diundang’ ini dari dalam tubuh.Mahu tidak mahu,suka tidak
suka kita cuma ada satu pilihan sahaja untuk mengetahuinya iaitu dengan
menjalani saringan PAP SMEAR.
Semoga Bermanfaat
Semoga Bermanfaat
FEMININE WASH PILIHAN KAMI
Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari
Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan)
Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206
Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/
Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266