Bismillah,
Apabila seorang wanita mengalami haid maka bukan hanya ia berhadapan dengan rasa sakit akibat Pre Menstruation Syndrom (PMS) tetapi juga masalah kulit berjerawat,kering ,kusam dsb. Untuk merawat kecantikan kulit,wanita perlu memahami kitaran haid dan hormon yang mempengaruhi serta cara penjagaan yang sesuai.
Apabila seorang wanita mengalami haid maka bukan hanya ia berhadapan dengan rasa sakit akibat Pre Menstruation Syndrom (PMS) tetapi juga masalah kulit berjerawat,kering ,kusam dsb. Untuk merawat kecantikan kulit,wanita perlu memahami kitaran haid dan hormon yang mempengaruhi serta cara penjagaan yang sesuai.
Setiap wanita
memiliki penampilan yang berbeza sepanjang bulan. Wanita dianugerahi paras hormon
estrogen yang tinggi yang membuat kulit kelihatan lebih cantik sewaktu dalam
masa subur.Hormon dalam tubuh seseorang wanita akan mempengaruhi kecantikan kulit
dan reaksi hormon juga terhadap kulit secara langsung berkait rapat dengan usia.
Ramai
pakar berpendapat bahawa majoriti wanita mencapai puncak kesuburan dengan paras
kolagen yang tertinggi pada usia 27 tahun.Adapun memahami kaitan antara kadar
estrogen dan kulit, dapat membantu wanita menangani masalah dan melakukan
rawatan yang tepat untuk penjagaan kulit supaya selalu kelihatan cantik.
Pada hari pertama haid
Hormon berada
pada titik yang terendah dan kulit akan kelihatan pucat dan kusam disebabkan
juga adanya prostaglandin yang menyebabkan peradangan sehingga kulit
akan lebih berminyak dan berjerawat.Prostaglandin adalah lipid yang
dilepaskan sel tubuh, dan menyebabkan peradangan atau bengkak, serta munculnya
jerawat pada hari pertama haid dan ini
juga membuatkan kulit kelihatan kusam.Untuk membantu menenangkan kulit, wanita
boleh mengunakan pelembab yang mengandungi anti-inflamasi seperti teh hijau ,chamomile
dsb.
Seminggu sebelum ovulasi
Ketika memasuki
masa subur kulit wanita akan kelihatan cantik ketika paras hormon estrogen
berada di puncak. Wanita akan merasa kagum dan takjub melihat kemulusan kulit ketika itu. Paras kolagen meningkat sehinggakan
kulit berada dalam keadaan yang paling baik Biasanya ini berlaku sebelum ovulasi
ketika masa subur.Waktu ini adalah masa yang terbaik juga untuk menampikan
kecantikan kulit alami tanpa kosmetik.
Setelah ovulasi
Kadar
hormon estrogen akan mengalami penurunan dan mula mempengaruhi kualiti
kulit seseorang wanita.Pada ketika ini lah wanita harus melakukan rutin penjagaan
dan rawatan kulit agar tetap kelihatan cantik.Wanita juga boleh mengunakan pembersih
wajah yang ringan tanpa pewangi yang boleh mengakibatkan iritasi.
Menjelang Haid
Wanita akan
berada dalam keadaan yang paling mencabar ketika menjelang haid. Fasa ini juga disebut
sebagai 'reset phase' disebabkan apabila tubuh telah menyedari tidak akan
berlaku kehamilan maka lazimnya ia akan membuat persiapan bagi ovulasi
selanjutnya.
Pada fasa ini, paras estrogen akan menurun
dan androgen (seperti testosteron) akan memicu kulit menghasilkan lebih banyak
minyak dan kulit akan cenderung bermasalah.Wanita boleh mengunakan produk yang
mengandungi Salicylic acid atau glycolic untuk
membantu mengimbangi lebihan minyak dalam fasa ini
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.