Selasa, 22 Oktober 2019

Hendak Kurus ? Hendak Turunkan Tekanan Darah Tinggi? - Minum 2 Gelas Jus Tembikai Setiap Hari

Bismillah,

Sekurang-kurangnya minum jus tembikai ,ada kajian sains yang boleh disandarkan,rasa pun lazat dan harga agak murah dan yang terbaik sekali tidak ada kesan sampingan.

Cuba buat perbandingan dengan apa yang produk komersial mampu berikan ?.

Satu kajian pada tahun 2012 yang diterbitkan dalam American Journal of Hypertension mendapati bahawa peserta obes dengan tekanan darah tinggi  apabila diberikan estrak buah tembikai yang mengandungi L-citrulline dan L-arginine setiap hari,berjaya menurunkan tekanan darah dan meningkatkan Kesihatan arteri.

Terkini untuk tahun 2019 pula kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari School of Exercise and Nutritional Sciences, San Diego State University, San Diego mengulangi kajian terdahulu.Sejumlah 33 peserta yang berlebihan berat badan atau gemuk setelah diberikan minuman 2 gelas jus tembikai setiap hari selama 4 minggu mendapati keputusan berikut:-

· Respons pada kelaparan yang lebih rendah
· Penurunan berat badan lebih ketara
· Penurunan BMI
· Penurunan tekanan darah sistolik
· Pengecilan nisbah pinggang-pinggul
· Peningkatan kapasiti antioksida
· Faktor lain berkaitan dengan kegemukan dan obesiti

Dengan data kajian yang sepositif ini…mengapa asih hendak buang duit beli produk komersial?

Sumber:
Watermelon extract supplementation reduces ankle blood pressure and carotid augmentation index in obese adults with prehypertension or hypertension
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22402472

Effects of Fresh Watermelon Consumption on the Acute Satiety Response and Cardiometabolic Risk Factors in Overweight and https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22402472Obese Adults


Jumaat, 24 Mei 2019

Habutussauda Vs Ubat Asma – Mana Pilihan Yang Terbaik?

Bismillah,

Setelah banyak kajian sebelum ini mengesahkan keajaiban Habatussauda,kini giliran satu lagi kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal Phytotherapeutic Research,menguatkan lagi keyakinan umat Islam tentang satu potong hadis yang amat popular.

“Pada habbatussauda itu ada penawar/ubat bagi semua penyakit kecuali mati.” [Riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, kitab Al-Tibb no. 5687; Riwayat Muslim no. 2215]

Kajian ini telah mengesahkan satu lagi penyakit yang boleh diubati hanya dengan mengamalkan minyak habatussauda. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sendiri mengatakan ianya penawar bagi segala penyakit. Tidak mungkin kita menolak perubatan Nubuwwah dan mengutamakan perubatan moden daripada apa yang Rasulullah amalkan sendiri.

Keputusan kajian ini sangat melegakan bagi berjuta-juta penderita asma kronik yang masih mengambil ubat-ubatan seperti beta agonist.Malah FDA (Foods & Drugs America) sendiri pernah mengeluarkan amaran pada tahun 2006 dan memperakui bahawa ubat-ubatan beta-agonist keluaran big pharma Glaxo Smith Kline dalam jangkapanjang sebenarnya meningkatkan risiko kematian akibat asma.

Kajian baru yang dijalankan oleh penyelidik dari University College London dan University King Abdul Aziz,Arab Saudi bertajuk, “Nigella sativa Supplementation Improves Asthma Control and Biomarkers: A Randomized, Double-Blind, Placebo-Controlled Trial,” adalah RCT yang  dijalankan keatas 80 pesakit asma. 

Para penyelidik melaporkan bahawa "Nigella sativa oil (NSO) yang digunakan secara tradisional apabila diberikan 500 mg dua kali setiap hari selama 4 minggu meningkatkan kawalan asma dengan trend peningkatan fungsi paru-paru.

Sumber:

Nigella sativa Supplementation Improves Asthma Control and Biomarkers: A Randomized, Double-Blind, Placebo-Controlled Trial.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28093815

Asthma Drug Combo Could Be Dangerous
https://www.webmd.com/asthma/news/20060824/asthma-drug-combo-could-be-dangerous#1

The Global Asthma Report 2018
http://www.globalasthmareport.org/

Selasa, 29 Januari 2019

Daun serai meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan membantu sembuhkan penyakit anemia?

Bismillah,

Batang serai sangat popular bagi masyarakat melayu dan banyak digunakan dalam resipi masakan nusantara.Batang serai yang selalunya dititik akan dimasukkan dalam masakan sebagai penambah aroma dan penyedap rasa.

Namun tetapi setelah batangnya diambil DAUN SERAI pula dibuang begitu sahaja kerana sering dianggap tidak berguna.Mungkin ramai wanita yang tidak mengetahui fakta bahawa daun serai yang selalunya dibuang itu lah mengandungi bahan-bahan aktif yang SANGAT BERMANFAAT.Lebih-lebih lagi bagi tujuan untuk meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan membantu penyakit anemia.

Buktinya,satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Medicinal Food mendapati bahawa minum teh daun serai (Cymbopogon citratus) dapat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan ini boleh dijadikan sebagai rawatan natural yang berkesan untuk anemia.

Anemia adalah satu keadaan di mana tahap sel darah merah yang sepatutnya normal menjadi terlalu rendah.Ini berpotensi membahayakan kesihatan kerana sel darah merah mengandungi hemoglobin, yang berfungsi sebagai pengangkut oksigen ke seluruh tisu dalam tubuh.Keadaan ini boleh mencetuskan komplikasi kesihatan, seperti keletihan dan tekanan pada organ-organ tubuh yang lain.

Dalam kajian ini, penyelidik dari University of Uyo dan University of Calabar di Nigeria telah berjaya menemukan bukti bahawa kesan minum teh serai pada indeks hematologi manusia.

Untuk menjalankan kajian , penyelidik telah mendaftar sejumlah 105 peserta yang berusia antara 18 hingga 35 tahun untuk mengambil bahagian.

Para peserta secara rawak dibahagikan kepada tiga kumpulan, dengan kelompok 1, 2, dan 3 menerima dua, empat atau lapan gram (g) serbuk daun serai yang dilarutkan dalam 150 mililiter (ml) air selama 30 hari.

Keputusan menunjukkan bahawa daun serai mengandungi tanin, saponin, alkaloid, flavonoid, makronutrien, dan mikronutrien. Teh daun serai yang diminum oleh semua peserta didapati boleh meningkatkan jumlah volum sel (PCV) yang merupakan peratusan sel darah merah yang terdapat di dalam darah. Penyerapan daun serai juga meningkatkan paras hemoglobin dan paras darah merah.

Maka dengan keputusan ini,penyelidik telah berjaya membuktikan bahawa amalan meminum teh daun serai boleh meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, yang dikaitkan dengan kandungan tinggi antioksida dalam ekstrak tersebut.

Kesimpulanya,penyelidik telah melaporkan bahawa kesan dari amalan meminum teh serai dapat membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan boleh digunakan sebagai rawatan untuk anemia.

Sumber:
Bioactive Natural Constituents from Lemongrass Tea and Erythropoiesis Boosting Effects: Potential Use in Prevention and Treatment of Anemia

https://www.liebertpub.com/doi/abs/10.1089/jmf.2013.0184

Isnin, 19 November 2018

Amalan memakan atau meminum jus carrot mengurangkan risiko pelbagai kanser dalam perut?

Bismillah,

Lima kajian antarabangsa  yang mengkaji lebih daripada 200,000 peserta di negara Jepun, Sweden, Belanda dan Lithuania telah membuktikan bahawa carrot berkesan membantu mencegah kanser perut.

Hasil dari kajian yang digabungkan ini, penyelidik mendapati bahawa peningkatan amalan makan carrot membantu mengurangkan risiko kanser perut sebanyak 26 peratus. Penyelidikan ini diterbitkan pada Disember 2015 dalam Journal of Gastric Cancer.

Malah amalan memakan carrot juga didapati berkesan untuk mengurangkan risiko kanser gastric cardia dengan peratusan yang lebih tinggi.Penyelidikan yang digabungan ini mendapati risiko kanser gastric cardia berjaya dikurangkan sebanyak 38 peratus daripada amalan memakan carrot.Kanser gastric cardia ini menyerang bahagian paling atas perut atau dikenali sebagai cardia.

Berapa carrot yang perlu diamalkan ?

Kajian terbesar dinegara belanda yang melibatkan sejumlah 120,852 peserta pada tahun 2011, menggunakan 25 gram sehari carrot sementara kajian kedua terbesar diJepun yang melibatkan sejumlah 60,000 peserta yang mengamalkan tiga atau lebih carrot seminggu.

Kajian dari Lithuania pula yang merangkumi 1,137 orang yang mengamalkan antara 1 hingga  6 carrot seminggu.Penyelidik mendapati peserta berjaya membantu mengurangkan risiko kanser gastric cardia sejumlah 47 peratus.

Carrot juga mengurangkan risiko kanser prostat

Dalam penyelidikan yang diterbitkan di dalam Journal of Nutrition Eropah, para penyelidik menjalankan kajian meta-analisis berkaitan dengan penggunaan carrot dan kanser prostat.

Meta anilisis yang dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa amalan memakan carrot berkesan mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 18 peratus.

Penyelidik mendapati bahawa amalan memakan setiap 10 gram sehari carrot membantu mengurangkan risiko kanser prostat sebanyak 5 peratus.

Semoga Bermanfaat

Sumber rujukan:

Fallahzadeh H, Jalali A, Momayyezi M, Bazm S. Effect of Carrot Intake in the Prevention of Gastric Cancer: A Meta-Analysis. J Gastric Cancer. 2015 Dec;15(4):256-61. doi: 10.5230/jgc.2015.15.4.256.

Ekström AM, Serafini M, Nyrén O, Hansson LE, Ye W, Wolk A. Dietary antioxidant intake and the risk of cardia cancer and noncardia cancer of the intestinal and diffuse types: a population-based case-control study in Sweden. Int J Cancer. 2000;87:133–140.

Kobayashi M, Tsubono Y, Sasazuki S, Sasaki S, Tsugane S. JPHC Study Group. Vegetables, fruit and risk of gastric cancer in Japan: a 10-year follow-up of the JPHC Study Cohort I. Int J Cancer. 2002;102:39–44.
Huang XE, Hirose K, Wakai K, Matsuo K, Ito H, Xiang J, et al.

Comparison of lifestyle risk factors by family history for gastric, breast, lung and colorectal cancer. Asian Pac J Cancer Prev. 2004;5:419–427.
Steevens J, Schouten LJ, Goldbohm RA, van den Brandt PA. Vegetables and fruits consumption and risk of esophageal and gastric cancer subtypes in the Netherlands Cohort Study. Int J Cancer. 2011;129:2681–2693.

Xu X, Cheng Y, Li S, Zhu Y, Xu X, Zheng X, Mao Q, Xie L. Dietary carrot consumption and prostate cancer. Eur J Nutr. 2014 Dec;53(8):1615-23. doi: 10.1007/s00394-014-0667-2

Christensen LP. Bioactive Polyacetylenes of Carrots in Cancer Prevention. Bioactive Dietary Factors and Plant Extracts in Dermatology. Humana, 2012.

Pollo LA, Bosi CF, Leite AS, Rigotto C, Kratz J, Simões CM, Fonseca DE, Coimbra D, Caramori G, Nepel A, Campos FR, Barison A, Biavatti MW. Polyacetylenes from the leaves of Vernonia scorpioides (Asteraceae) and their antiproliferative and antiherpetic activities. Phytochemistry. 2013 Nov;95:375-83. doi: 10.1016/j.phytochem.2013.07.011.

Tan KW, Killeen DP, Li Y, Paxton JW, Birch NP, Scheepens A. Dietary polyacetylenes of the falcarinol type are inhibitors of breast cancer resistance protein (BCRP/ABCG2). Eur J Pharmacol. 2014 Jan 15;723:346-52. doi: 10.1016/j.ejphar.2013.11.005.

Ahad, 14 Oktober 2018

Penggunaan Disinfectant Cleaner Di Rumah Meningkatkan Risiko Bayi Menjadi Obes ?

Bismilah,

Kajian terbaru yang diterbitkan oleh Journal of Canada Medical Association mendapati bayi yang tinggal bersama keluarga yang mengamalkan pengunaan pembersih kuman (disinfectant cleaner) untuk membersih lantai rumah atau tandas menunjukkan bakteria dalam usus yang lebih tinggi.

Kumpulan 15 penyelidik telah mengumpul data daripada 757 pasangan ibu dan bayi yang berdaftar dengan Canadian Healthy Infant Longitudinal Development, atau CHILD.Penyelidik juga melaporkan apabila kanak-kanak ini berusia 3 tahun, BMI mereka lazimnya lebih tinggi daripada kanak-kanak lain.

Sementara bayi yang tinggal bersama keluarga yang mengamalkan produk "mesra alam" kurang berkemungkinan menjadi gemok atau obes.

Disinfectant seperti glutaraldehyde, sodium hypochlorite dan quaternary ammonium compounds atau quats telah dikaitkan dengan kemudaratan besar pada pernafasan dan penyakit seperti radang paru-paru yang kronik.Quat juga dikaitkan dengan gangguan pada kesuburan dan kecacatan kelahiran dalam kajian pada haiwan.

Sumber:

Postnatal exposure to household disinfectants, infant gut microbiota and subsequent risk of overweight in children

http://www.cmaj.ca/content/190/37/E1097

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑