Rabu, 3 April 2013

Memahami pH Faraj wanita


gif
Bismillah,

Alat sulit wanita merupakan organ reproduksi wanita yang sangat mudah dijangkiti. Ini disebabkan batas antara urethra dengan dubur yang sangat dekat sehinggakan mikro organisma keputihan seperti kulat, bakteria, parasit ataupun virus mudah memasuki melalui liang faraj.Adapun di dalam faraj seseorang wanita terdapat berbagai jenis bakteria dimana 95 % daripadanya adalah jenis lactobacillus dan selebihnya adalah patogen. Dalam keadaan flora semulajadi didalam faraj yang seimbang, bakteria patogen tidak akan mengganggu. Namun apabila keseimbanganya terganggu, contohnya apabila tahap keasidan menurun, pertahanan semulajadi juga akan turut menurun dan ini memberi ruang berlakunya jangkitan.Antara puca timbulnya gangguan boleh disebabkan oleh pengambilan pil pencegah kehamilan, penyakit diabetes mellitus, pengambilan antibiotik dalam dos yang tinggi, darah haid, cairan sperma, menyembur air ke dalam faraj (douching), dan gangguan hormon seperti kehamilan atau menopaus dll.


Perlu difahami bahawa flora semulajadi alat sulit wanita merupakan lingkaran kehidupan yang dipengaruhi oleh dua unsur utama iaitu estrogen dan bakteria lactobacillus atau bakteria baik. Estrogen berfungsi dalam menentukan kadar zat gula sebagai simpanan tenaga dalam sel tubuh (glikogen). Glikogen merupakan nutrisi dari lactobacillus yang akan dimetabolismakan untuk pertumbuhan. Sisa metabolisma kemudian akan menghasilkan asid laktik yang menentukan suasana keasidan di dalam faraj dengan potential hydrogen (pH) sekitar 3.8 – 4.2. Tahap keasidan ini membolehkan lactobacillus hidup dengan subur dan bakteria patogen (jahat) akan mati. 


Secara alami,faraj wanita dapat melindungi dirinya daripada jangkitan melalui pH berasid yang rendah namun apabila keseimbangan ini berubah maka ianya membuka peluang bagi mikro organisma keputihan menyerang dan boleh mengakibatkan jangkitan pada faraj.Keadaan ini juga dapat dikesan apabila faraj mula terasa gatal atau keluarnya lelehan yang telah berubah pada warna atau bau. Perkara yang perlu diketahui adalah keseimbangan flora semulajadi didalam faraj wanita amat sensitif pada perubahan  persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) faraj.


Apakah normal untuk bakteria berada didalam faraj?

Faraj mempunyai dunia kecilnya sendiri dan sesetengah daripada bakteria ini merupakan bakteria ‘penghuni’ tetap dalam faraj. Dalam kebanyakan kes, bakteria dan organisma yang berada didalam faraj ini mungkin meningkat atau menurun dari masa ke semasa. Terdapat lebih daripada 30 jenis berlainan dan para wanita tidak perlu risaukan tentang kehadiran mereka. Sebahagian besar daripadanya dikenali sebagai lactobacilli atau bakteria yang bermanfaat yang bekerja keras untuk memastikan faraj sentiasa sihat dengan mengekalkan keasidan pH didalam faraj.


Fakta mengenai bakteria baik : Lactobacilli

  •  Bakteria yang paling dominan menetap didalam faraj.
  • Ianya membantu faraj agar sihat dengan membebaskan hidrogen peroksida.Hidrogen peroksida ini mengawal perkembangan bakteria lain dan melaluinya, persekitaran yang “normal” dan “seimbang” dapat dikekalkan.
  •  Lactobacilli juga menghasilkan asid laktik yang menyebabkan pH keasidan faraj.
  • Lebih banyak lactobacilli didalam faraj adalah lebih baik disebabkan ia melindungi faraj daripada jangkitan.


Menurut beberapa kajian tahap pH produk yang sesuai untuk membersihkan faraj ialah antara 3.8 hingga 4.2. Kebanyakkan sabun atau gel mandi yang terdapat dipasaran mempunyai tahap pH yang melebihi daripada 7. Ketidaksesuaian ini akan mengakibatkan gangguan pada flora bakteria semulajadi didalam faraj dan juga boleh memungkinkan jangkitan berlaku.

Semoga Bermanfaat

 
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Jumaat, 1 Mac 2013

Mengenali Herba Anti Gatal Dan Anti Tumor

gif
Bismillah,

Cnidium Moneiri adalah sejenis pokok dari keluarga lobak. Ia didapati tumbuh di kebanyakan negara seperti China, Korea, Mongolia dan kini terdapat juga di Oregon, Amerika Syarikat dan juga beberapa kawasan di Australia.

Antara bahagian yang penting dan banyak  digunakan dalam formula perubatan adalah bijinya. Biji cnidium yang bulat, berwarna kekuningan dan berbau harum sememangnya herba yang amat bermanafaat terutama sekali untuk wanita yang gerun akan perkataan barah servik dan yang juga kerap dijangkiti keputihan.

Biji cnidium telah digunakan secara meluas sejak 2000 tahun dahulu untuk membantu mengubati penyakit kegatalan kulit,ruam,ekzema dan cacing gelang terutama sekali dibahagian alat sulit. Pakar herbalis perubatan tradisional cina zaman dahulu juga mempreskripsikan biji cnidium yang dikisar dan dimakan  bagi meningkatkan pengaliran darah ke klitoris wanita atau alat sulit lelaki bagi menghasilkan kenikmatan dan ketahanan melakukan aktiviti seks.

Kebelakangan ini banyak kajian telah dilakukan oleh makmal-makmal universiti di negara China, Taiwan, Austalia dan Amerika Syarikat. Penemuan demi penemuan telah membuktikan pengambilan atau pengunaan biji cnidium ini amat berkesan bagi melawan sel-sel kanser servik, payu dara, osteoporosis, asthma dan ia juga besifat anti-histamin, alergi, anti kulat, anti bakteria serta anti kegatalan. Bahan aktif  “Osthole” yang terdapat pada biji cnidium ternyata memberi kesan yang amat positif  bagi melindungi lelaki dan wanita dari infeksi.

Kajian yang dilakukan oleh School of Pharmacy, Shenyang Pharmaceutical University pada 2004 telah mendapati estrak biji cnidium berpotensi menguatkan tulang begitu juga kajian yang dilakukan di sebuah universiti di Taiwan telah berhasil menemukan bahan aktif “Osthole” sebagai anti tumor dan dapat melawan sel-sel kanser.

Sehingga ke hari ini, banyak kajian yang dilakukan tentang keselamatan biji cnidium menunjukkan ia selamat untuk dimakan atau disapukan pada kulit dan tidak akan memberi kesan sampingan malah Persatuan Produk Herba Amerika memberikan cnidium rating tertinggi kelas 1 sebagai herba yang selamat digunakan.

Perkembangannya di Malaysia pula Dr Herba adalah antara syarikat yang terawal merebut peluang memanfaatkan serta mengkomersialkan estrak cnidium monneiri sebagai PPW atau pelindung peribadi untuk wanita dari jangkitan mikro organisma keputihan serta membantu mengawal sel –sel kanser yang rata-rata amat digeruni oleh wanita seluruh dunia.

Semoga Bermanfaat 

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Isnin, 4 Februari 2013

Kanser Servik-Gejala,Pencegahan Dan Rawatan

gif
Bismillah,
Pada artikel april 2012,saya telah menulis secara ringkas tentang perkara yang amat digeruni oleh wanita diseluruh dunia bertajuk kanser serviks namun  sepanjang  tahun 2012  juga sehingga kini saya masih menerima banyak  email-email soalan daripada mereka yang masih keliru tentang gejala kanser servik serta kaedah-kaedah pencegahan yang sesuai.

Kali ini saya masih ingin menulis atas tajuk yang sama cuma bezanya ialah dengan input yang lebih jelas supaya mudah difahami.Semoga Allah Subhanahu Wata’ala  memberkati dan merahmati kita semua serta dijauhkan daripada musibah penyakit  yang amat misteri abad ini.Walaupun dunia manusia dikurniakan dengan kemajuan dan kehebatan sains moden yang berpaksikan ‘evidence based’ namun kelemahan manusia amat ketara sekali apabila masih gagal mengesan ribuan fenomena baru yang berlaku dalam kehidupan manusia khususnya kesihatan.

Saya mulakan dengan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan bahawa terdapat lebih daripada 700 wanita di Malaysia maut  akibat kanser serviks pada setiap tahun.Punca sebenarnya juga agak masih menjadi misteri namun dari kajian saintis ,terjadinya prakanser dan kanser servik adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang dinamakan Human Papilloma Virus ( HPV ).Terdapat  lebih dari 100 jenis HPV  dan kajian menunjukkan 99.7% daripada kes-kes kanser servik mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18 sementara  jenis 6 dan 11 pula dikaitkan dengan ketuat kelamin.
Secara umumnya, jangkitan HPV berlaku tanpa disedari. Ia tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan. Walaubagaimanapun dianggarkan 20 peratus dari mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi tempoh 18 bulan. Diatas sebab-sebab inilah maka ujian pap smear perlu dilakukan bagi mengesan sel luarbiasa yang dikenali sebagai ‘dysplasia’  sebelum sel kanser servik  mula membentuk dan mulai dikesan.Realitinya pada masa dan saat ini hanya  ujian pap smear mampu mengesan sel luarbiasa ini dan keputusan rawatan juga akan bergantung kepada jenis sel kanser yang  berjaya dikesan.

Lazimnya kanser servik mengambil masa yang agak lama untuk membentuk dari bermula jangkitan sehingga menjadi prakanser adalah dianggarkan melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks akan mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.

Cara HPV Berjangkit
Cara virus HPV berjangkit  terutamanya  adalah melalui hubungan seksual dan sentuhan antara kulit di kawasan genital. Seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HPV sekiranya:-

  • Hubungan seksual bermula di awal remaja
  • Mempunyai pasangan seks yang ramai
  • Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin(STD)
Antara faktor sampingan (co factor)yang menyumbang kepada terjadinya kanser serviks selepas jangkitan HPV berlaku ialah antaranya merokok, kerap hamil, jangkitan HIV akibat sistem imuniti yang rendah dan jangkitan kelamin

Antara Gejala Yang Perlu Diawasi!
Tidak semua gejala yang  saya sebutkan sebagai gejala yang perlu diawasi  ini memungkinkan kanser serviks disebabkan masih terdapat  lagi ruang untuk gejala yang sama dari jangkitan keputihan biasa seperti trikomonas,bacterial vaginosis (BV) atau candida albican umpamanya yang masih boleh dirawat dengan mudah .Sikap tenang dan  tidak terburu-buru membebankan fikiran dengan sangkaan telah dijangkiti kanser servik sebelum melakukan ujian pap smear hanya akan merugikan diri dan emosi.
Antara tanda dan gejala yang perlu diawasi adalah seperti berikut:
  • Apabila mengalami perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Berlaku perdarahan yang banyak dan yang berpanjangan
  • Berlaku perdarahan di antara 2 haid
  • Terdapat kehadiran darah beku
  • Mengalami perdarahan  selepas hubungan seksual
  • Sakit semasa melakukan hubungan seksual
  • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
  • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau atau bercampur darah
Vaksin Gardasil dan Cervarix
Berita baiknya ialah sejenis vaksin HPV telah dicipta oleh saintis yang berupaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV. Vaksin HPV yang dinamakan Gardasil dan Cervarix telah diluluskan oleh FDA dan ratusan negara di seluruh dunia telah meluluskan penggunaan vaksin ini termasuk Malaysia. 
Vaksin ini perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun. Suntikan vaksin ini akan meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut. Antibodi ini akan menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut. Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks. 

Namun, seperkara yang perlu diingat walaupun vaksin ini berkesan mencegah jangkitan virus HPV yang menjadi punca kanser servik, kesan akhir terhadap pengurangan insiden kanser ini cuma akan dapat dilihat selepas 15-20 tahun program perlalian berjalan. Ujian saringan Pap Smear masih perlu dijalankan kerana vaksin ini cuma mencegah 70% daripada kanser servik.

Antara kaedah /saranan pencegahan
Pada hakikatnya, hanya dengan mengamalkan cara hidup yang sihat sebagaimana yang dituntut didalam Islam mungkin  dapat mengurangkan risiko untuk dijangkiti  kanser serviks.Berikut adalah antara beberapa kaedah /sarananyang boleh diamalkan sebagai agen pencegahan kanser serviks; 
  • Menambahkan ilmu pengetahuan tentang prakanser dan kanser serviks
  • Menjalani ujian saringan pap smear
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat  seperti senaman dan pemakanan seimbang.
  • Pengambilan buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida yang boleh membantu mencegah kanser
  • Mengelakkan daripada tabiat merokok.
  • Mengamalkan hubungan seks yang sah dan sihat.Jauhkan dari melakukan seks secara rambang atau dengan ramai pasangan
  • Kaedah pelalian dengan pengambilan vaksin HPV

Perkara asas kepada pencegahan adalah menjauhi amalan-amalan yang tidak sihat dan menjalani kehidupan selaras dengan tuntutan agama kerana itulah didalam Islam pencegahan lebih diutamakan  dari rawatan
Kita dituntut untuk berusaha melengkapkan diri dengan ilmu supaya mudah meresap tekanan yang bakal datang bersama simptom-simptom yang agak mengelirukan tentang kanser servik.Namun kita juga dituntut untuk berusaha mengesan kehadiran mikro organisma yang ‘tidak diundang’ ini  dari dalam tubuh.Mahu tidak mahu,suka tidak suka kita cuma ada satu pilihan sahaja untuk mengetahuinya iaitu dengan menjalani saringan PAP SMEAR.

Semoga Bermanfaat

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (klik sini) 0163900266

Selasa, 1 Januari 2013

Masalah Faraj Berbau - Punca Dan Rawatan

gif
Bismillah,

Menyingkap kembali dari ribuan soalan-soalan yang dihantar melalui email. sepanjang tahun,majoriti masalah yang dialami oleh wanita merupakan ‘carbon copy’ masalah yang hampir sama.Namun sebagai menutup tirai 2012 ini fokus dan simpati saya ditujukan kepada soalan-soalan wanita yang mengalami masalah ‘faraj berbau’.Ini disebabkan oleh implikasi yang bakal dihadapi jika masalah tidak ditanggani dengan fikiran yang positif serta kaedah yang spesifik atau holistik.

Seperti yang telah saya tuliskan dalam artikel –artikel sepanjang tahun 2012 ,masalah ini mungkin tanpa disedari boleh menimbulkan kerumitan dan implikasinya boleh menghadirkan tekanan dalam kehidupan seseorang wanita selain perasaan rendah diri dan impak terbesar sekali ialah ‘gangguan hubungan seksual’.Soalan yang sering bermain difikiran saya adalah :

”Mengapa wanita perlu membayar harga yang tinggi nilainya bagi masalah yang boleh dielakkan atau mudah dirawat”?.

Seperkara yang harus difahami ialah bukan semua jenis jangkitan mikro organisma itu boleh mengakibatkan barah dan nasihat saya agar wanita supaya jangan terlalu membebankan tekanan kepada diri sendiri tanpa mengetahui simtom yang sebenar sebelum didiagnosis.

Mari lah kita sama-sama menghalusi dan menyerap fakta-fakta tentang masalah ini supaya ianya tidak menjadi pemangkin kepada bebanan difikiran dan tanda tanya kelak apabila ianya datang menjengah..

Bau wanita & Hormon pheromon

Menurut pakar psikoterapi yang juga penulis buku The Unofficial Guide to Dating Again, Dr Tina Tessina,seorang wanita secara semulajdinya akan mengeluarkan bau. Bau tersebut menurutnya terhasil disebabkan oleh rembesan hormon pheromon yang berfungsi menjadikan seorang wanita kelihatan menarik di mata pasangannya.Dalam keadaan normal,bau asal faraj wanita tidak menyengat atau hamis.Keunikan aroma dari faraj seorang wanita pula biasanya dapat dihidu pasangan meskipun baunya tidak menyengat, namun aromanya masih dapat dihidu dengan jelas oleh pasangan.Malah kenyataan ini juga turut dipersetujui oleh Dr Tina Tessina yang mengatakan bahawa bau vagina akan menjadi semakin kuat terhidu apabila dijangkiti mikro organisma keputihan.

Punca faraj berbau yang ‘normal’

Sebagai contoh ,pemakaian panty liner boleh menyebabkan‘faraj berbau’ ini berlaku disebabkan oleh gangguan pengaliran udara di sekitar faraj yang mengaktifkan tindak balas bakteria terutama sekali jika kawasan faraj lembab atau berpeluh.Namun bau tersebut akan berkurangan apabila tindak balas bakteria mula reda.Antara lain ,faraj berbau juga boleh berlaku disebabkan selepas memakan atau meminum jenis-jenis makanan atau minuman yang beraroma kuat seperti durian,petai dsb.

Punca faraj berbau yang ‘abnormal’

Punca-punca abnormal yang perlu diberi perhatian lazimnya apabila wanita mendapati keluar cecair yang berbau dari faraj samada gatal ataupun tidak namun tetap merupakan simptom jangkitan kuman, sama ada pada permukaan faraj atau pintu rahim ataupun dari bahagian organ pelvis yang lebih dalam.

Kumpulan kuman yang sering menyerang ialah bacterial vaginosis dan selalunya rungutan wanita yang mengalami masalah ini adalah keluar cecair atau lendir yang berbau busuk (fishy odour discharge) dan kegatalan yang teruk.Penyebab lain yang mungkin menjadi punca faraj berbau juga adalah disebabkan berlakunya infeksi penyakit menular seksual (STD)seperti chlamydia, herpes genital atau gonorrhea.

Realitinya, hanya terdapat kes-kes yang terpencil melibatkan ‘kanser servik’ dengan hanya bersimtomkan faraj berbau,lazimnya kanser serviks diikuti oleh pendarahan yang banyak antara 2 haid dsb.Ini membuktikan keresahan,kebimbangan dan stres sesetengah wanita apabila mengdiagnosis sendiri faraj berbau sebagai kanser tidak berasas sama sekali.Perkara yang perlu difahami adalah faraj berbau boleh dirawat dengan mudah namun kelewatan merawatnya yang boleh mengakibatkan koplikasi-komplikasi yang tidak di ingini.

Pilihan rawatan untuk masalah faraj berbau

Berita baiknya,hampir kesemua jangkitan ini boleh dirawat samada dengan antibiotik yang spesifik setelah menjalani kaji kuman diklinik atau terapi alternatif yang holistik seperti homeopati,TCM,terapi herba yang telah diguna sejak ratusan tahun.Seperkara yang perlu difahami juga ialah apabila ditahap jangkitan ianya memerlukan rawatan samada yang spesifik atau holistik bagi memastikan jangkitan tidak berulang-ulang.

Dengan hanya pengunaan pembersih peribadi,herba seperti sirih ,manjakani atau suplemen kapsul dan jamu mungkin membantu apabila jangkitan yang ‘’mild’ namun ditahap simtom seperti faraj berbau kekerapan jangkitan berulang amat tinggi.Wanita juga perlu berhati-hati tentang pengunaan pembersih peribadi,ini disebabkan jika ia tidak mengandungi pH yang sesuai hanya akan memburukkan keadaan yang telah sediada.Pastikan setiap pengunaan pembersih perbadi mengandungi asid laktat dan pH3.8-4.2 yang juga sama dengan pH semulajadi di dalam faraj setiap wanita..

Antara Beberapa Tips Yang Baik Jika Di Amalkan

  1. Hindari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan elakkani memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Gunakan alas seluar dalam(panty liner jenis unscented) dan yang mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
  7.  Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
  8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain.

Telah banyak yang saya tuliskan dalam artikel-artikel sepanjang 2012 tentang punca jangkitan,rawatan dan pencegahan.Selepas ini di harapkan semua wanita supaya jangan menunggu terlalu lama apabila mengalami simtom faraj berbau ini,rawat lah segera ye..Alhamdulillah,semoga ilmu yang bermanfaat dan tips-tips yang berguna ini dapat dipraktikan sesaat tibanya tahun 2013.

Semoga Bermanfaat





FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 


Sumber:

Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila whatsapp (klik sini)0163900266

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑