Bismillah,
Statistik dari badan kesihatan sedunia (WHO ) tentang kesihatan reproduksi wanita menunjukkan 75% wanita di dunia mengalami vaginitis sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka dan 45% pula diantaranya pernah mengalami sebanyak dua kali atau lebih.
Simptom seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, iritasi, nyeri ketika melakukan hubungan intim, sakit pada ari-ari, bau yang tidak menyenangkan dan kadangkala ada pendarahan dari vagina.
Setiap wanita di seluruh dunia pasti pernah mengalami vaginitis walaupun hanya sekali seumur hidupnya. Ironinya, ramai wanita gagal memahami punca keadaan ini berlaku dan mula merasa tertekan, bingung, bercelaru, rasa rendah diri, marah, sebak dan bermacam-macam perasaan serta emosi yang negatif. Sementelahan lagi wanita yang sedang hamil atau remaja yang belum berkahwin dan belum pernah mendapat pendedahan seksual. Mereka cuma memahami keadaan ini sebagai keputihan.
Mengapa Wanita seringkali mengalami masalah ini ?
Bagaimana Sindrom ini Bermula
Dibandingkan dengan organ seksual lelaki,kedudukan organ wanita lebih tersembunyi dan sukar untuk diamati oleh yang empunya diri sendiri sehingga memerlukan perhatian yang lebih sedikit dalam penjagaanya.
Jika diambilkira latarbelakang seseorang wanita yang datang dari keluarga masyarakat Melayu Islam, maka tidak hairanlah wanita itu sendiri kurang pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakkan keluarga Melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.
Akibatnya, ramai wanita tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin dengan penjagaanya. Maka secara psikologi terbentuklah satu sindrom baru dalam kehidupan wanita itu sendiri yang menggabungkan penderitaan emosi dan rohani juga digelar sindrom “derita dalam senyap”
Didapati lebih ramai wanita dikalangan yang belum berkahwin menghadapi sindrom ini tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan orang lain atau ibubapa disebabkan perasaan malu dan taboo tadi. Masalah vaginitis ini akan terus membelenggu kehidupan seharian mereka sehinggalah mereka berusaha untuk merawatnya samada dengan cara perubatan moden ataupun perubatan alternatif herba yang banyak terdapat dipasaran.
Semoga Bermanfaat

- Antara sebab-sebab perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya keperihatinan atau mungkin terdapat sedikit kekeliruan terhadap satu-satunya organ yang sangat penting untuk wanita
- Ramai wanita tidak memahami fungsi organ kewanitaannya sehingga secara khusus tidak memberi perhatian terhadap organ tersebut.
- Selalu berperasaan bahawa tidak ada masalah terhadap organ kewanitaannya, membuatkan para wanita kurang menjaga kesihatan organ kewanitaan mereka.
- Wanita lebih berminat merawat wajah daripada organ kewanitaannya.
- Kurangnya informasi mengenai gejala penyakit yang bakal timbul jika tidak menjaga organ yang satu ini
- Tidak peka pada pengunaan ubat-ubatan, kimia, diet dan persekitaran yang kondusif bagi flora bakteria di dalam vagina.