Pages

Isnin, 3 September 2012

Remaja Dan Masalah Haid

gif
Bismillah,
 

Ramai juga remaja yang bertanya soalan-soalan tentang haid yang tidak teratur seperti “mengapa saya mengalami pendarahan haid hanya sekali dalam masa dua bulan?” atau “Mengapa pendarahan haid saya hanya dua kali dalam sebulan?” atau “Mengapa pada bulan ini hanya dua hari pendarahan haid sedangkan bulan lepas selama sepuluh hari?”

Persoalan-persoalan ini juga bermain di fikiran ramai para remaja perempuan dan jika tidak mendapat jawapan yang meyakinkan tentunya akan menjadi suatu tanda tanya bagi mereka dan mungkin juga ada yang bakal mengalami kemurungan kerana menyangkakan mereka tidak normal.

Atas kesedaran ini dan khas untuk semua remaja diluar sana,maka saya tuliskan jawapan sebagai pencerahan kepada soalan-soalan yang sedang bermain-main dibenak fikiran anda memandangkan ramai remaja perempuan yang malu bertanya dan ditakuti pula akan mendapatkan informasi yang salah dari kawan-kawan mereka.

Sebenarnya adalah suatu yang normal bagi remaja perempuan yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid selama 28 hari hanya purata bagi kebanyakan wanita saja. Ianya bukanlah suatu kemestian dan tidak bermakna kitaran haid yang tidak teratur menandakan penyakit.

Setiap kitaran haid individu adalah berlainan. Kitaran haid yang masih dikatakan normal adalah antara 21 (paling pendek) hingga 35-40 hari (paling panjang). Kitaran yang tidak tetap ini berlaku dalam masa 2-3 tahun selepas bermulanya pendarahan haid dan ianya akan mula menjadi teratur selepas itu.

Lazimnya pendarahan haid akan berlangsung antara 3 hari hingga 7 hari dan amat jarang sekali yang mengalami pendarahan haid selama 14 hari.Seandainya pendarahan itu tidak terlalu banyak, ianya masih dikira normal namun amat sukar untuk mengagak kuantiti darah yang keluar secara normal.Secara anggaran ianya sebanyak ¼ cawan bersamaan dengan 10-15 pad yang basah dalam setiap kitaran haid.

Walaubagaimanapun ini bergantung kepada individu.Ada yang selesa menukarkan pad walaupun terdapat pendarahan yang sedikit. Ada pula yang tidak sempat menukarkannya akibat jadual sekolah yang padat. Jadi bilangan pad juga terlalu subjektif.Pendarahan yang banyak berlaku pada hari kedua dan ketiga,mungkin akan menggunakan 6 atau 8 pad pada hari itu. Kemudian ianya akan berkurangan.

Maka.dari itu hilangkan lah kerisauan jika mendapati kitaran haid, atau hari pendarahan atau banyaknya darah yang keluar itu berbeza dari kitaran haid sebelumnya.Harus difahami bahawa panjang atau pendek kitaran haid bagi remaja perempuan biasanya dipengaruhi hormon wanita yang mana ianya juga mempengaruhi tumbesaran.Lazimnya ia disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang sementara dan hormon ini juga dikawal oleh kelenjar pituitary di otak.Terdapat terlalu banyak faktor yang boleh mengganggu kitaran haid ini.

Banyak kajian mendapati emosi yang tertekan akibat persekitaran menjadi punca utama.Antaranya contoh seperti berpindah ke rumah baru atau sekolah baru, keluarga yang bercerai dan tekanan rakan-rakan.Amat jarang pula disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius seperti thyroid atau masalah endocrine yang lain.

Antara sebab lain juga ialah pengambilan ubatan termasuk herba, perubahan berat badan yang mendadak, bersenam keterlaluan, kurang zat makanan, diet yang mempunyai banyak karbohidrat, penyalahgunaan dadah, dan masalah kurang selera makan.

Haid yang tidak normal

Jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, dikhuatiri mempunyai masalah perubatan dan perlulah bertanyakan doktor.Keadaan ini dinamakan amenorrhoea. Dibimbangi ianya adalah tanda awal kegagalan fungsi ovari yang mana akan menjadi masalah kesuburan yng serius apabila meningkat dewasa kelak.

Cara mengatasi senggugut


Sekurang-kurangnya 50 % dari remaja perempuan mengalami senggugut atau dinamakan sebagai “dysmenorrhea”. Ada diantara mereka yang terpaksa ponteng sekolah akibat senggugut yang serius.

Jika mengalami keadaan ini,cara yang paling mudah untuk mengatasinya adalah dengan pengambilan panadol yang ada dijual di farmasi atau jika terlalu kuat boleh juga dapatkan Ponstan 250mg dan diambil sebanyak tiga kali sehari.

Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak bermanfaat membantu remaja diluar sana ye....





Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp Dr Herba

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum doktor.. saya ain..
    saya berumur 19 tahun... saya mengalami sakit di ari - ari disebelah kiri.. pinggang saya pun turut saya rasa sakit.. pada 3 minggu lepas saya mengalami darah bersama lendir hanya sedikit keluar selama 3 kali dan sekarang saya mengalami kitaran haid yang terganggu pula sepatutnya saya datang haid pada 12hb nov... saya tak pernah lewat datang haid.. alhamdulillah selalu saya datang haid dalam kitaran kiraan 28 hari.. tapi kini dah lebih.. adakah normal?

    dan lagi satu saya ada seorang kawan perempuan.. dia pernah luahkan pada saya tentang masalah yg dia hadapi.. ketika mana dia pernah melakukan kesilapan.. iaitu melakukan onani.. tetapi dia tak sentuh bahagian kemaluan dia,, dia hanya sekadar mengepit seperti kemut kemut hendak tahan kencing.. dia kerap melakukan seperti itu.. saya tak tahu nak jelaskan jawapan apa untuk dia.. adakah perkara tersebut akan mengundang masalah untuk dia?

    BalasPadam
  2. ANAK SAYA BARU BERUMUR 13 TAHUN . DIA DATANG HAID SELAMA 8 HARI SEMASA ITU DIA RASA PENING DAN TAK LARAT SAKIT KEPALA . ADA SAYA PERLU BAWA DIA JUMPA DOKTOR.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum.
    Umur saya 16 tahun.saya ada mengalami masalah berkaitan kemaluan sejak kecil.ibu saya pernah membawa saya berjumpa dengan doktor di klinik setelah keluar cairan berwarna kekuningan sewaktu saya berumur 9 tahun.namun doktor itu tidak memberikan apa-apa penjelasan.katanya saya tertekan kerana ayah saya baru meninggal.saya juga pernah mengalami kegatalan tapi berakhir setelah sekolah menengah.

    Saya pernah terjebak dengan gejala onani kerana pengaruh rakan.namun saya tidak pernah memasukkan sebarang benda asing ke dalam kemaluan.saya sedang cuba mengatasinya.tapi sejak akhir-akhir ini keluar lendiran putih tanpa mengira waktu atau keadaan.boleh dr tolong jelaskan masalah sebenar saya dan cara merawatnya?adakah risiko saya akan mengalami gangguan setelah saya berkahwin kelak?bolehkah saya menggunakan pembersih wanita?

    emel raja_liza@rocketmail.com
    Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih

    BalasPadam
  4. Saya berumur 14 tahun. Saya mulai risau apabila saya tidak bulan pada bulan November dan Disember ini. Apakah tindakan yang perlu saya ambil?

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.. Saya baru berusia 14 thun.. Ini kali pertama saya datang bulan.. Tetapi darah yg keluar brwrna coklat dan brlendir.. Adakah ia normal?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum doktor. Saya berusia 15tahun Dan berbadan besar. Saya tidal datang bulan hampir 2ke3 bulan terapi baru-baru ini saya sedar semasa saya buang air kecil Ada darah yang agak banyak. Saya jangka saya datang bulan. Keesokan harinya, tiada darah yang tinggal di pad mahupun semasa saya buang air kecil. Saya risau kerana Hanya sehari sahaja darah itu keluar. Dan disebabkan itu saya mula risau Dan kadang-kadang murung disebabkan fikir tentang masalah ini. Rakan2 kadang-kadang berfikir negative terhadap saya. Saya stress memikirkan masalah ini. Adakah saya wajib beejumpa doktor untuk membuat pemeriksaan atau ini merupakan perkara biasa yang dialami remaja???

    BalasPadam