Pages

Isnin, 1 Oktober 2012

Mitos Dan Bahaya Keputihan Ketika Hamil

gif
Bismillah,

Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Keputihan ketika seseorang wanita itu sedang hamil boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan perkara –perkara yang tidak diingini.

Mitos dan fakta keputihan ketika hamil


1. Mitos : Makanan seperti timun atau nenas seringkali dituduh sebagai penyebab keputihan

Fakta: Keputihan bukan disebabkan oleh makanan tertentu dan tentu sekali bukan nenas yang ternyata kaya dengan vitamin C.Realitinya tiada makanan tertentu yang menjadi punca kepada berlakunya keputihan semasa atau sesudah hamil.

2. Mitos : Pengunaan intimate wash atau antiseptik yang disangkakan dapat mencegah keputihan.

Fakta: Penggunaan antiseptik sebagai pembersih vagina hanya akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada flora normal yang ada dalam vagina (lactobacillus ). Walhal , flora normal ini amat diperlukan tubuh untuk mengawal vagina pada pH yg seimbang supaya flora (kuman) abnormal tidak dapat membiak di kawasan tersebut seterusnya menghindari dari bahaya jangkitan keputihan ketika hamil

Bahaya keputihan ketika hamil
Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis atau jangkitan kulat kandida adalah penyebab keputihan terbanyak yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.Kajian terkini mendapati kulat kandida boleh meresap masuk kedalam saluran darah dan mengakibatkan kes maut.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan kehamilan ibu dan keselamatan janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseorang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1. Chlamydia


Jangkitan yang dibawa oleh kuman chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran pra matang pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan cepat.

2. Kuman Herpes Simpleks

Jangkitan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3. Candida Albican

Jangkitan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4. Kuman HPV

Jangkitan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan maut.

5. Neisserea Gonorrhoea

Akhir sekali,jangkitan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae boleh menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Beberapa Tips Yang Boleh Di Amalkan 
  1. Elakkan dari pengunaan sabun, gel,shampu dan seumpamanya.Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadii khas anti gatal yang ada pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan mencuci dubur dari depan tolak kebelakang bagi mengelak bakteria seperti e coli atau cacing kerawit masuk ke dalam lubang faraj atau kencing
  6. Jika guna alas seluar dalam,sila pastikan (panty liner jenis unscented) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan hanya memudaratkan.
  7. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau,sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen lain..
Terdapat banyak tulisan di-dalam artikel dan nasihat yang selalu diberikan oleh pakar kepada wanita-wanita yang hamil supaya tidak memandang ringan tentang masalah keputihan. Realitinya,nasihat mereka amatlah bertepatan sekali jika diamati risiko-risiko yang perlu ditanggung seandainya wanita hamil gagal bertindak dengan bijaksana dalam situasi ini.Persoalannya kalau sudah tahu,kenapa pula nak ambil risiko?

Semoga Bermanfaat



Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI

Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari

Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan) 

Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206

Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/


Maklumat lanjut sila Whatsapp (sila klik) 0163900266

11 ulasan:

  1. assalamualaikum doktor,
    sy sekarang mengandung usia 20 minggu.. dan saya mengalami keputihan yg berwarna putih susu tp tidak berbau...tp saya merasa kegatalan di sekeliling kemaluan saya adakah ini memberikan efek terhadap bayi saya... saya telah memaklumkan kepada doktor saya,dan telah memberikan saya ubatclotrimazole vaginal,saya amat ragu2 menggunakan nya...saya takut memberikan kesan pd bayi dalam kandungan saya..?

    BalasPadam
  2. Insya'Allah,
    Clotrimazole utk candida telah dikaji pengunaanya dieropah dan didapati selamat ye..

    BalasPadam
  3. doctor, sy hamil 36 mggu. sy mengalami keputihan sepanjang kehamilan sy.akhir2 ini ia jadi gatal Dan merah di celah kelangkang membuatkan sy risau kerana hampir tiba Hari bersalin. bolehkah sy melahirkan scr normal tanpa memberi ksn buruk pd bayi?

    BalasPadam
  4. salam, saya hamil 18mggu ank ke 3, saya mengalami keputihan yang kekuningan dan agak berbau tetapi tidak gatal? semasa mgandung ank pertama n kedua mengalami masalah yg sama, bile rujuk ke doktor dan dia mengatakan x bahaya n normal

    BalasPadam
  5. salam. dr, saya kerap mengalami kegatalan di bahagian vagina dan kulit sangat mudah melecet. keputihan juga kadang2 berketul dan bewarna kekuningan. sy juga perasan bibir vagina berkedut dan tidak lagi normal sejak mngalami kegatalan. apakah ubat2 yang dapat sy guna agar keputihan dan bibir vagina kembali normal. Harap doktor dapat membantu memandangkan saya bakal berkahwinan tahun depan.

    BalasPadam
  6. Mualaykumsalam,

    Maaf ye..masa tidak menizinkan saya menjawab soalan diblog namun jika mahu boleh email saya di drsalwa@doktorherba.com

    Saya akan menjawab ikut giliran sebab terlalu banyak dan masa amat terbatas.

    BalasPadam
  7. Dr. sy dah pun email soalan sy pada doktor 18 nov lalu. harap doktor dapat membantu sy. trima kasih. nnti sy email kembali soalan sy ye :)

    BalasPadam
  8. salam..dr. Sy mengandung anak sulong tp byk keputihan yg keluar pastu berbau hanyir tp xgatal..pastu sy mengandung dh msk 7bulan..adakah efek sbb slalu bsama suami?adakah bhaya pd bby n dri sy.?

    BalasPadam
  9. Dr usia kandungan saya 35 minggu..saya telah mengalami keputihan yang bewarna kuning dan mengalami kegatalan sejak nengandung..saya telah cuba pelbagai ubat untuk dimasukkan di dalam vagina tetapi masih tidak hilang..apa yang perku saya buat..saya takut ia akan memberi kesan pada bayi saya.tq

    BalasPadam
  10. salam Dr.. sy pregnant 15 mggu dan mengalami keputih yg bwarna putih susu dan pekat. kadang2 bau hanyir.. sy mengalami gatal yg teramat sgt sehinggakan pedih. soalan sy apakah ubat yg sesuai utk sy? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaykumussalam,,
      untuk semua kes-kes jangkitan kulat candida saya hanya mengesyorkan terapi FVT yg saya dapati lebih seimbang dan selamat bagi wanita hamil..Terapi ini boleh didapati dari laman web Dr Herba http://www.doktorherba.com

      Padam