Bismillah,
Haid yang dialami oleh setiap individu berbeza dari seorang wanita ke seorang wanita yang lain. Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat ia mula berkurangan dan pada hari kelima ia hampir kering, pada hari keenam dan ketujuh darah kering langsung dan meninggalkan mungkin kesan spotting seperti bintik-bintik coklat pada seluar dalam atau pada panty-liners. Ia nampak seperti seurat lendir yang berwarna kehitaman ke coklat kemerahan.

Lendir ini
akan keluar bercampur sedikit dengan darah berwarna coklat dan ia mungkin
berlarutan selama beberapa hari. Haid dianggap berhenti jika tidak ada lagi
kesan darah merah yang keluar dari rahim. Purata darah yang keluar dalam jangka
masa haid ialah dua hingga tiga auns (100mls). Ini sama seperti penggunaan satu
hingga dua kotak tuala wanita.
Sesetengah
wanita mengalami pengeluaran lendir bercampur sedikit tompok-tompok darah yang
kecil untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual staining)
manakala ada setengah pula yang mengalami darah haid ‘berekor-ekor’ (Post-menstrual
staining). Kedua-dua keadaan ini dipanggil spotting dalam bahasa
inggeris.
Kedua-dua
keadaan tersebut mungkin menandakan bahawa samada wujudnya sejenis gangguan
hormon yang tidak seimbang atau mungkin juga terdapat penyakit pada rahim. Jika
seorang wanita mengalami spotting lebih panjang dari waktu haidnya yang tetap,
darah itu dianggap sebagai darah istihadah dan dia boleh mengambil
ghusul untuk menyucikan diri supaya dia boleh beribadah. Dia juga perlu
berjumpa doktor untuk mendapat diagnosis untuk keadaannya itu.
Abnormal
semasa haid
Tidak semua
wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan
seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah
wanita mempunyai masalah seperti berikut:
1. Dismenorea
Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.
2. Menoragia
Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14 peratus wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.
3. Amenorea
Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.
4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid
Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.
5. Sindrom prahaid
Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:

- Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
- Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
- Payu dara - ketegangan, bengkak
- Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
- Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)
- Kurang kencing
- Kulit berjerawat
Kenalpasti Sindrom dan Bertindak Cepat
Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh
penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan tindakan dan rawatan segera.
Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah
pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada
bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid,
kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara
atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara.
Semoga Bermanfaat
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

FEMININE WASH PILIHAN KAMI
Terkini! pada tahun 2016 kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard di Amerika Syarikat mendapati cnidium monneiri (osthole) komponen aktif yang digunakan dalam Feminine wash Dr Herba membantu melawan sel kanser ovari
Penyelidik dari Universiti Hong kong pula mendapati cnidium monneiri (osthole) sebagai anti kulat,parasit,bakteria dan virus (anti keputihan)
Sumber:
Anti-tumor effects of osthole on ovarian cancer cells in vitro
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27566206
Osthole: A Review on Its Bioactivities, Pharmacological Properties, and Potential as Alternative Medicine
https://www.hindawi.com/journals/ecam/2015/919616/
Maklumat lanjut sila Whatsapp (sila klik) 0163900266
Assalamualaikum Dr,
BalasPadamSaya berusia 29 thn dan telah berkahwin selama 2 tahun. Pada Mei yang lepas saya telah kehilangan kandungan yang berusia 7 minggu disebabkan mempunyai kehamilan ektopik dimana janin tersebut melekat pada ovari (diluar). Dan dengan itu juga, ovari saya telah dipotong setengah oleh Dr. yang membedah. Sebelum itu saya tidak sedar yang saya mengandung selama hampir 6 minggu . Ini terjadi kerana saya merasakan ianya adalah normal seperti sebelumnya dimana saya mempunyai masalah ketidakstabilan kitaran haid. Dan disebabkan itu saya tidak membuat "pregnancy test" kerana setiap kali "test" keputusan mengecewakan.Saya mendapati hamil setelah terkena urine infection. Pertanyaan saya adalah :
1)Bagaimanakah kitaran haid saya setelah ovari telah dipotong setengah?(saya telah datang haid 6 minggu selepas pembedahan)
2) Adakah saya dikategorikan sebagai wanita yang mempunyai masalah kesuburan kerana saya ingin hamil lagi.
3)Adakah normal atau tidak apabila datangnya haid saya rasa mual,letih,payudra membengkak,pening.
Terima kasih.