Penyakit radang pelvis atau Pelvic
inflammatory disease (PID) adalah satu istilah am untuk keadaan yang merangkumi
infeksi dan radang alat kelamin wanita. Ini termasuk radang rahim, tiub
fallopian dan kilang ovari. Kawasan persekitaran alat kelamin juga mudah
dijangkiti penyakit ini. Adapun majoriti kes jangkitan disebabkan PID adalah
melalui hubungan seksual.
Berlakunya radang pelvis apabila terdapat
jangkitan bakteria pada faraj yang telah memasuki pangkal rahim seterusnya
merebak ke organ peranakan wanita. Walaupun terdapat berbagai organisma dan
bakteria yang boleh mengakibatkan radang pelvis namun tetapi yang kekal menjadi
penyumbang utama adalah penyakit kelamin Gonorrhea dan Chlamydia.Penyakit
ini boleh mengakibatkan radangan kepada saluran Fallopian dan seterusnya
menyebabkan selaput tiub membengkak serta menyempitkan saluran tersebut. Ini
mangakibatkan embrio yang dihasilkan dari pesenyawaan akan tersumbat di tiub
lalu memungkinkan kandungan di luar rahim(Ektopik) dan kemandulan.
Jika rawatan tidak diberi, saluran tiub akan
membengkak lalu menghasilkan nanah. Nanah ini pula akan mengotori kawasan
sekitar tiub dan ovari menyebabkan permukaan luar tiub melekat dengan
organ-organ sekitarnya (seperti pundi air kencing dan usus).
Antara
Tanda dan Gejala
Antara gejala awal adalah gatal, iritasi
serta keluarnya lendiran yang berlebihan
dari faraj dan salur air kencing. Ia berlaku diantara 7 hingga 21 hari (untuk
infeksi chlamydia), dan 2 hingga 5 hari (untuk gonorrhea). Dalam keadaan biasa
wanita akan mendapati lendiran dari faraj yang tiada kaitan dengan penyakit
kelamin namun tetapi jika lendiran
didapati berbau busuk dan gatal, mentelah lagi setelah baru beberapa hari
melakukan seks, kemungkinan risiko PID tidak boleh ditolak apabila gejala awal
ini diikuti pula oleh kesakitan pada abdomen (perut) yang berterusan,
demam sekali sekala selain merasa kurang selesa atau juga sakit semasa
melakukan hubungan seksual.Jika jangkitan membabitkan lapisan rahim
(endometrium) besar kemungkinan akan berlaku pendarahan vagina di antara dua
kitaran haid.
Antara
Faktor Penyebab
Statistik menunjukkan sekurang-kurangnya 60%
kes PID adalah berpunca dari penyakit kelamin (STD). Bakteria chlamydia
trachomatis terlibat hampir 50% dalam kes-kes PID sementara infeksi Gonococcal
(disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhea) pula adalah yang paling kerap
dikesan di Malaysia. Terdapat juga beberapa anggaran kasar merekodkan diantaranya 10% wanita telah dijangkiti oleh kedua-dua bakteria.
Sementara itu di negara – negara barat pula
chlamydia trachomatis adalah antara
jangkitan kuman yang paling kerap berlaku dimana terdapat lebih 80%
wanita barat yang dijangkiti tidak menyedari akan keadaan mereka yang telah
dijangkiti apabila adakala ianya tidak
menunjukkan gejala dan perkara ini telah
menjadikan mereka sebagai agen tularan melalui aktiviti seks tanpa mereka sedari.
Antara
Langkah Pencegahan
Wanita boleh melindungi diri mereka daripada
PID dengan mengambil tindakan untuk mengelakkan jangkitan STD (penyakit
kelamin) atau dengan mendapatkan rawatan awal jika mereka dijangkiti STD.
Cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan STD
adalah untuk menahan diri dari melakukan hubungan seks, atau berada dalam
hubungan jangka panjang yang mana pasangan adalah saling monogami. Penggunaan
kondom secara konsisten dan betul juga didapati berkesan dalam mengurangkan
risiko jangkitan chlamydia dan gonorrhoea seterusnya mengurangkan risiko Radang
Pelvis (PID).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan