Berbanding kaum lelaki, masalah seks
kaum wanita jarang dipaparkan. Ramai yang lebih mengetahui tentang masalah mati
pucuk dan ejakulasi pramatang yang dihadapi golongan lelaki berbanding dengan
disfungsi seks wanita.
Antara masalah seks yang di hadapi
oleh wanita adalah sakit untuk melakukan seks. Seks yang seharusnya memberi
kenikmatan namun bertukar menjadi sebaliknya berpunca daripada beberapa sebab iaitu
vaginimus dan dispareunia.Mungkin anda salah seorang isteri yang menghidap vaginimus
tanpa disedari.
Apa
sebenarnya penyakit Vaginismus?
Mungkin agak asing bunyinya namun ia adalah masalah seks wanita yang telah lama wujud. Vaginismus adalah satu keadaan dimana terjejasnya keupayaan seseorang wanita menerima penetrasi vagina termasuklah penetrasi seksual, kemasukan tampon dan juga penetrasi ke vagina untuk tujuan pemeriksaan ginekologi seperti pemeriksaan pap smear dsb.
Ia berlaku disebabkan kesan daripada
tindak balas otot lantai pelvik seseorang wanita. Tindak balas ini menyebabkan
otot bahagian tersebut mengalami kekejangan dan menghalang sebarang penetrasi
termasuklah kemasukan alat kelamin suami. Pemaksaan untuk melakukan hubungan
seks ketika itu akan menyebabkan kesakitan ataupun kadang kala langsung tidak
boleh dilakukan.
Ramai wanita yang tidak pernah
mendengar tentang masalah ini walaupun ia sebenarnya sudah lama wujud dikalangan
wanita itu sendiri. Di negara barat 2% daripada wanitanya mengalami masalah
vaginismus dan di kalangan negara Islam peratusan mungkin lebih tinggi
memandangkan seks adalah sesuatu yang tabu dan jarang diperkatakan. Ramai
wanita yang mengalami masalah ini biasanya akan hanya memendamkannya sendirian.
Vaginismus
Awal
Masalah vaginismus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Vaginismus awal dan vaginismus sekunder. Vaginismus awal berlaku apabila seseorang wanita itu tidak boleh melakukan sebarang penetrasi seks ataupun apa juga penetrasi ke dalam vagina. Ia selalunya dialami oleh wanita muda awal usia 20-an.
Mereka selalunya tidak mengetahui
keadaan tersebut sehinggalah percubaan untuk penetrasi vagina dilakukan ketika hubungan seks.
Keadaan ini selalunya akan diikuti dengan perasaan cemas dan juga takut.
Beberapa penyebab vaginismus awal ini adalah pernah mengalami penderaan seksual
pemikiran bahawa seks adalah sesuatu yang kotor ketakutan untuk melakukan
hubungan seks.
Vaginismus
Pertengahan
Ia berlaku pada wanita yang sebelum ini mampu melakukan penetrasi vagina namun pada satu keadaan mula mengalami vaginismus. Ia mungkin berlaku akibat sebab fizikal seperti jangkitan kulat, trauma melahirkan anak ataupun faktor psikologi.
Punca
Psikologi Dan Fizikal
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah vaginismus. Ia mungkin disebabkan faktor fizikal mahupun psikologi dan rawatan yang diberikan perlulah bergantung pada penyebabnya.
Sekiranya vaginismus disebabkan oleh
faktor psikologi maka seseorang wanita boleh mendapatkan khidmat pakar terapi.
Ramai kalangan masyarakat termasuklah golongan profesional tidak menyedari
masalah emosi akan turut berkait dengan masalah vaginismus seperti ketakutan,
kurang keyakinan diri dan juga kemurungan. Wanita yang mengalami masalah ini
harus mendapat khidmat profesional yang berpengalaman dengan masalah
vaginismus.
Rawatan
Fizikal
Rawatan fizikal yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah vaginismus adalah dengan mengajar seseorang wanita yang menghadapi masalah ini teknik untuk menenangkan otot dan seterusnya mengelakkannya dari kejang.
Rawatan fizikal yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah vaginismus adalah dengan mengajar seseorang wanita yang menghadapi masalah ini teknik untuk menenangkan otot dan seterusnya mengelakkannya dari kejang.
Tekniknya termasuklah mengembangkan
vagina dengan cara memasukkan rod plastik kecil ke dalam vagina. Senaman kegel
juga boleh dipraktikkan. Ia akan membantu menguatkan otot pelvik sekitar vagina, urethra dan rectum. Senaman ini akan
membantu wanita tersebut mengawal otot yang berkontraksi secara paksa hingga
menyebabkan kekejangan.
Hubungan Seks
Sekiranya seseorang wanita itu menghadapi masalah vaginismus, penetrasi seksual akan hanya menyebabkan kesakitan dan hubungan seks sukar dilakukan sehinggalah masalah mereka dirawat.
Bagaimanapun wanita mengalami
vaginismus ini masih boleh melakukan aktiviti seksual lain yang tidak
melibatkan penetrasi vagina seperti kucupan, belaian mahupun oral seks.
Pasangan wanita yang mengalami vaginismus selalu beranggapan bahawa isteri
mereka langsung tidak mahu melakukan seks,
namun ini sebenarnya tidak benar. Ramai kalangan wanita dengan masalah ini mahu
melakukan seks namun terhalang oleh rasa sakit dan juga tekanan emosi setiap
kali percubaan seks dilakukan terutama sekali bila pasangan tidak melakukan
proses pemanasan yang cukup.
PENGUMUMAN
BalasPadamAssalamualaykum,
Minta maaf pada soalan2 yg belum terjawab lagi disebabkan masa tidak mengizinkan saya terpaksa menjawab banyak soalan2 melalui email sahaja dan membiarkan blog ini untuk artikel2 yg bermanfaat.Kepada ramai pengunjung blog ini yg inginkan jawapan yg lebih cepat sila emailkan kepada saya di email drsalwa@doktorherba.com
InsyaAllah saya akan menjawab dgn kadar yg lebih segera dgn syarat dapat mengenalkan diri,status dan usia bagi memudahkan saya memberi nasihat dan pandangan.
Terima kasih