Sabtu, 18 Jun 2016

Biji grape Fruit (Citrus paradisi) merawat jangkitan saluran kencing (UTI).

Bismillah,

Urinary tract infection (UTI) adalah antara beberapa jenis jangkitan yang kerap dialami oleh setiap lelaki dan wanita.Selain dibekalkan dengan ubat-ubatan klinik seperti gentamicin, tarivid, and augmentin terdapat pelbagai kajian tentang pengunaan bahan-bahan natural yang mudah didapat dirumah yang juga didapati berkesan.

Memandangkan ubat-ubatan klinik dan antibiotik telah mula menunjukkan ciri-ciri resistant(lali) bagi kebanyakkan spesies bakteria maka persediaan awal dengan bahan-bahan natural mungkin membantu dimasa akan datang.

Berikut adalah ringkasan dari salah satu kajian kecil pengunaan bahan natural yang boleh membantu UTI.

Ringkasan kajian

Tiga lelaki pertengahan umur dan seorang wanita didiagnosis sebagai mempunyai jangkitan saluran kencing (UTI) antara tahun 2001 dan 2003 di Wesley Guild Hospital, Ilesa, Obafemi Awolowo University Teaching Hospitals Complex, Ile Ife, Osun State, Nigeria.Daripada kesemua 4 pesakit, hanya pesakit wanita adalah asimptomatik.

3 lelaki masing-masing mempunyai Pseudomonas aeruginosa, spesies Klebsiella dan Staphylococcus aureus dalam sampel air kencing mereka manakala pesakit wanita dijangkiti Escherichia coli.

Kesemua 4 pesakit ini dirawat dengan biji limau gedang (Citrus paradisi) secara oral selama 2 minggu dan mereka semua menunjukkan perubahan yang ketara daripada rawatan ini kecuali lelaki dengan P. aeruginosa.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan berlebihan Pseudomonas pada pesakit yang didapati resistant pada gentamicin, tarivid dan Augmentin kemudian reda kepada pertumbuhan sederhana sahaja selepas rawatan 2 minggu dengan biji limau gedang.

Data-data awal mencadangkan satu ciri antibakteria biji limau gedang kering atau segar (C. paradisi) apabila diambil pada dos 5-6 biji setiap 8 jam terbukti setanding dengan ubat anti-bakteria.

Sumber:
The effectiveness of grapefruit (Citrus paradisi) seeds in treating urinary tract infections.
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15865506

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑