Rabu, 22 Julai 2015

Salah Faham Tentang Asid Folik Dan Kesuburan Wanita



Apabila Dr pakar anda mengesyorkan pengambilan 400mcg asid folik untuk diambil setiap hari,ianya sebenar bertujuan hanya untuk mengelakkan kecacatan tiub saraf tunjang di peringkat awal dan sistem saraf.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan kegagalan otak bayi untuk berkembang secara normal.

Namun kajian pernah membuktikan folik asid hanya berkesan diantara 50-70 peratus bagi kes-kes yang agak biasa seperti spina bifida.

Bagi sesetengah wanita yang keliru menganggap asid folik yang disyorkan oleh klinik pakar boleh membantu kesuburan untuk merancang hamil(TTC)adalah merupakan satu kefahaman yang keliru.

Mengapa saya kata begitu?

Pertama sekali TTC memerlukan semua organ reproduktif wanita berfungsi dengan baik dari keseimbangan,pembinaan laluan dan hormon sehingga mencapai ovulasi dan seterusnya kehamilan.

Asid folik hanya membantu mengurangkan kadar kecacatan (neural tubes) dan tidak membantu fungsi lain yang diperlukan untuk TTC seperti keseimbangan, laluan,hormon dan ovulasi. 

Pengambilan berlebihan asid folik berasaskan kimia ini juga pernah dikaitkan dengan beberapa kajian sebagai amat membimbangkan,namun jika boleh wanita mengamalkan makanan dalam diet yang berasaskan folat,ini sangat-sangat digalakkan.

Makanan berasaskan folat contohnya seperti sayur bayam yang kaya dengan vitamin dan mineral,bukan sahaja membantu mencukupkan folat malahan wanita akan mendapat tambahan nutrisi lain seperti Vit A,Vit C,Vit E dan Vit K, B1,B2,B3,B6,manganese,magnesium,zat besi, kalsium,potassium,serat, phosphorous,zink,protin,cholin,selenium,phosphorus dan panthotenic asid.



Masalah Keputihan Warna Coklat


Dalam kehidupan seharian seorang wanita,adakalanya berlaku pendarahan dari faraj secara tiba-tiba dan merupakan sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.Apa yang merisaukan mereka adalah keganjilan pendarahan tersebut tidak mengikut aturan biasa sewaktu haid  atau nifas.

 Perkara sebegini selalunya menjadi tanda tanya buat diri mereka.Bukan sahaja gadis remaja malahan seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga tidak terkecuali dari pendarahan yang tidak mengikut kadar waktu yang tetap serta dianggap ganjil.Pendarahan sememangnya membimbangkan setiap wanita tidak kira usia,status atau bangsa.

Pendarahan dikatakan  ganjil dan paling kerap dialami  oleh wanita lazimnya berwarna coklat terang atau gelap.Bagi membantu wanita memahami keadaan ini ,berikut adalah beberapa punca yang boleh menjadi penyebab keluarnya keputihan berwarna coklat.

Antara punca-punca keputihan warna coklat .


Turun naik hormon
Hormon adalah antara salah satu punca keluarnya keputihan warna coklat apabila seseorang wanita berhenti dari pengambilan pil pencegahan kehamilan.Lazimnya,ini disebabkan oleh perubahan hormon didalam tubuh. Walau bagaimanapun, jika keputihan warna coklat ini berlaku dengan kerap dan ketika itu masih lagi mengamalkan pengambilan pil tersebut, ia boleh menandakan terdapat masalah lain yang mungkin serius.

Kelewatan haid
Selalunya, kelewatan haid juga boleh menyebabkan keluarnya keputihan warna coklat selepas kitaran haid tersebut.Ini adalah disebabkan oleh saki baki lapisan tisu endometrium yang tertinggal dan proses pembersihan darah lama serta tisu daripada rahim. Dalam kebanyakan keadaan, ianya tidak perlu dibimbangkan kecuali jika ianya tidak berhenti dan aliran keluar berambah banyak,maka langkah paling bijak adalah melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.

Pendarahan Implantasi 
Jika keputihan warna coklat di kesan 3 hingga 4 minggu selepas kitaran haid terakhir , terutamanya jika  baru-baru ini telah terlibat dalam hubungan kelamin tanpa perlindungan atau berhenti mengambil pil pencegahan kehamilan, ianya boleh menandakan pendarahan implantasi atau tanda awal kehamilan.

Jangkitan kulat yang berulang 
Bagi mereka yang menganggap jangkitan kulat adalah jangkitan biasa dan tidak memudaratkan,ubahlah persepsi tersebut disebabkan antara keputihan warna coklat juga berpunca dari jangkitan kulat yang berulang-ulang apabila tiada keseimbangan bakteria di dalam tubuh.Lazimnya keputihan warna coklat ini disertai dengan rasa sakit, rasa terbakar,sakit ari-ari dan bau yang tidak menyenangkan.Jangkitan ini boleh dirawat dengan anti fungal atau rawatan alternatif herba yang berkesan dan seimbang.

Penyakit Radang Pelvik (PID) 
Keputihan warna coklat disertai bau yang busuk,sakit abdomen dan sakit ketika hubungan kelamin adalah antara gejala penyakit radang pelvik atau PID yang melibatkan rahim, ovari atau tiub fallopio. Ramai wanita muda mengalami PID disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit kelamin (STD) seperti gonorrhea, ketuat faraj, chlamydia dan sebagainya.

Vaginosis bakteria 
Jangkitan vaginosis bakteria boleh dirawat dengan bantuan antibiotik atau rawatan alternatif herba.Pesakit biasanya bertindak balas dalam masa hanya beberapa hari rawatan. Jangkitan ini bukan berpunca dari hubungan kelamin tetapi disebabkan oleh sistem imun yang lemah.Pengunaan produk penjagaan dan pH faraj yang tidak sesuai juga boleh menjadi punca ketidakseimbangan bakteria.

Kanser serviks 
Pendarahan selepas haid yang berlangsung selama lebih tiga kitaran, boleh menjadi sesuatu yang lebih serius daripada keputihan warna coklat yang biasa.Jika mengalami pendarahan atau keputihan warna coklat selepas hubungan kelamin,adalah lebih baik jika dilakukan pemeriksaan di klinik/hospital.

Kerosakan pada bahagian dalaman organ reproduktif
Dalam kes yang serius, keputihan berwarna coklat juga boleh menjadi tanda kepada beberapa jenis kerosakan di bahagian dalaman organ-organ reproduktif.Tentu sekali memerlukan pemeriksaan terperinci. Kemungkinan boleh disebabkan oleh polip, hakisan atau kecederaan pada mulut atau permukaan rahim.Ini boleh menjadi satu keadaan perubatan yang serius yang memerlukan perhatian segera.

Stres yang melampau
Akhir sekali,keluar keputihan warna coklat boleh berpunca dari stres yang melampau menyebabkan gangguan dalam kitaran haid serta gangguan kesuburan.Akibatnya,akan kelihatan kitaran haid yang tidak teratur disertai dengan senggugut yang teruk.Rawatan yang paling efektif adalah dengan membawa perubahan diet dan cara hidup yang lebih “relax” jauh dari tekanan.

Mencari jalan penyelesaian kepada masalah keputihan ?

Cuba link ini  http://perintisherba.blogspot.com/

FEMININE WASH PILIHAN KAMI




Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑