Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samada keputihan di tahap normal atau abnormal adalah melalui simtom-simtom berikut:
Simptom 1
Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
Penyebabnya ialah kulat Candida sp
Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli
Simptom 2
Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin
Simptom 3
Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.
Keadaan yang biasa menyebabkan berlaku keputihan
1-Pada masa yang subur
Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.
2-Ketika hamil
Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.
3-Saat terangsang
Lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.
4-Berat badan yang berlebihan
Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.
5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi
Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.
Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan
- Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
- Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
- Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
- Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
- Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
- Gunakan alas seluar dalam (panty liner) jenis "unscented" dan ada pengaliran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
- Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
- Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
FEMININE WASH PILIHAN KAMI
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
8 ulasan:
Salam.
Doktor, saya memang biasa keputihan sejak bujang tetapi pernah membuat pep smear dan keputusan adalah normal.
Kini saya hamil 5 bulan dan mengalami keputihan seperti susu likat dan berbau tanpa ada rasa gatal2.
Kuantitinya lebih sedikit je drpd kene masa bujang dulu, dalam 3-5 ml sehari.
Mohon nasihat. Terima kasih
Salam doctor,
Baru2 nih saya mengalami kegatalan di bhgian vagina yg amat sgt ini dan ia mengeluarkan ketulan kecil seperti cheese bsame lendir yg amat byk..akibatnya saya rase x selesa nk buat ape2,hubungn seksualiti trjejas,melecet dan pedih di vagina,hanya apabila saya tuamkan dgn air panas br hilang rase gatal tp itupon utk beberape jam sje dan ia akn kmbali gatal..minta bntuan doctor utk saye dapatkn rawatn yg sesuai srta xpe ke saye pakai air panas utk tuam pada kemaluan?
Mualaykusalam,
Maaf ye disebabkaan kesuntukan masa saya hanya dapat menjawab semua pertanyaan melalui email.Sila emailkan pada saya dan harap bersabar menunggu giliran
Assalam dr baru2 nieh ada lendir yang keluar dari alat kelamin saya tetapi kuantitinya tidak banyak apa yang merisaukan saya ialah alat kelamin saya terasa gatal.sejak dua menjak ini.1 lagi saya tidak pasti sama ada ini adalah masalah keputihan ataupun tanda2 akhil baligh kerana saya belum akhil baligh dan saya sekaran berusia 12 tahun.
Doctor pertanyaan saya mohon dijawab secepat mungkin kerana saya berasa sangat TAKUT,GEMENTAR dan RISAU sehingga membuatkn jari saya menggigil apabila mengetahui lendir adalah masalah keputihan TOLONG ya DR
saya mempunyai masalah mengenal pasti samaada apa yang keluar dari vagina saya adalah keputihan.ia berbentuk lendir berwarna jernih dan bercampur dengan sedikit putih pekat.ia sentiasa keluar selepas datang bulan dan berlarutan selama seminggu.adakah keadaan ini normal kepada perempuan?
Salam... Saya mempunyai masalah haid yg tidak teratur. Saya ada seorang cahaya mata berusia 2 tahun 9 bulan. Ada ketikanya sampai 3 bln. Bila pegi klinik, doc bg pil hormon (utk dtg haid). Period dtg mcm biasa untuk bulan itu. Bulan berikutnya tidak datang. Bulan yg ke-2 baru datang tapi sikit. Lagipun bukan warna merah, ianya warna coklat ke arah kehitaman. Hanya 2 hri je dtg, itu pun sikit saja. Lagipun saya tak pernah ambil pil perancang. Untuk pengetahuan doc. saya dngan suami sedang merancang untuk anak ke-2, tetapi belum ada rezeki lagi kerana masalah yang saya alami sekarng. Bukan masalah haid saja, baru2 ni saya bersama suami pun ada rasa sakit dan bila mencuci didapati ada lendir bercampur darah. Sekarang saya berasa takut... tolong ya Doctor..
salam , saya kan lagi hamil 8bulan , saya sering mengeluarkan cairan seperti lendir kekunungan , apa itu bahaya ya dokter ??
apa saya perlu tanya saat kontrol kerumah sakit bln berikutnya ??
Catat Ulasan